Month: November 2018

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa ?

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa ?

Kalaulah duit itu boleh menenangkan hati yang lara, nescaya tak ada orang kaya yang susah hati. Cara paling baik untuk mengubati sakit hati, adalah kembali kepada Pencipta hati. 🙁

Hati sedang kecewa dan terluka?

Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka.

Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.

Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya.

Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.

Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.

Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.

Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.

Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

####################

Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.

kita berpura-pura kuat.

Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.

Sampai bila kita harus berpura-pura?

Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.

Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.

Hati anda merasa tidak tenang.

Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.

Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga:

1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.

Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.

 

Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)

** tips supaya mudah nak bangun **

– Berwudhuk sebelum tidur

– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)

– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“

– Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh 🙂

5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.

Sentiasa mengingati Allah.

Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Sulur Bidar Makhluk Misteri Yang Menghantui Kaki Pancing…

Sulur Bidar Makhluk Misteri Yang Menghantui Kaki Pancing…

Merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.

Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada “sesuatu” yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.

Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.

Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.

Versi Pertama

Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.

Versi Kedua

Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.

Versi Ketiga

Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

Versi Keempat

Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

Versi Kelima

Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

Versi Keenam

Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.

Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?

Sumber: Sepat

“Siapa yang Mencipta Allah” ? Jawapan Pemuda ini Bakal Mengejutkan Anda!

“Siapa yang Mencipta Allah” ? Jawapan Pemuda ini Bakal Mengejutkan Anda!

Ada seorang umat yang memasuki sebuah masjid, dia mengajukan 3 pertanyaan yang hanya boleh dijawab dengan akal. Artinya tidak boleh dijawab dengan dalil, karena dalil itu hanya dipercaya oleh pengikutnya, jika menggunakan dalil (naqli) maka justeru perbincangan ini tidak akan menghasilkan apa-apa…

Pertanyaan atheis itu adalah:

Siapa yang menciptakan Allah?? Bukankah semua yang ada di dunia ada karena ada penciptanya?? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya??
Bagaimana caranya manusia bisa makan dan minum tanpa buang air?? Bukankah itu janji Allah di Syurga?? Jangan pakai dalil, tapi pakai akal….

Ini pertanyaan ketiga, kalau iblis itu terbuat dari Api, lalu bagaimana bisa Allah menyiksanya di dalam neraka?? Bukankah neraka juga dari api??
Tidak ada satupun jamaah yang bisa menjawab, kecuali seorang pemuda. Pemuda itu menjawab satu per satu pertanyaan sang atheis :

1. Apakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal?? Sebagaimana angka 2 adalah 1+1 atau 4 adalah 2+2?? Atheis itu diam membisu..

“Jika kamu tahu bahwa 1 itu adalah bilangan tunggal. Dia bisa mencipta angka lain, tapi dia tidak tercipta dari angka apapun, lalu apa kesulitanmu memahami bahwa Allah itu Zat Maha Tunggal yg Maha mencipta tapi tidak bisa diciptakan??”

2. Saya ingin bertanya kepadamu, apakah kita ketika dalam perut ibu kita semua makan? Apakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu?? Jika anda dulu percaya bahwa kita dulu makan dan minum di perut ibu kita dan kita tidak buang air didalamnya, lalu apa kesulitanmu mempercayai bahwa di Syurga kita akan makan dan minum juga tanpa buang air??

3. Pemuda itu menampar sang atheis dengan keras. Sampai sang atheis marah dan kesakitan. Sambil memegang pipinya, sang atheis-pun marah-marah kepada pemuda itu, tapi pemuda itu menjawab : “Tanganku ini terlapisi kulit, tanganku ini dari tanah..dan pipi anda juga terbuat dari kulit dari tanah juga..lalu jika keduanya dari kulit dan tanah, bagaimana anda bisa kesakitan ketika saya tampar?? Bukankah keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Syetan dan Api neraka??
Sang athies itu ketiga kalinya terdiam…

Sahabat, pemuda tadi memberikan pelajaran kepada kita bahwa tidak semua pertanyaan yang terkesan mencela/merendahkan agama kita harus kita hadapi dengan kekerasan. Dia menjawab pertanyaan sang atheis dengan cerdas dan bernas, sehingga sang atheis tidak mampu berkata-kata lagi atas pertanyaannya..

Itulah pemuda yang Islami, pemuda yang berbudi tinggi, berpengetahuan luas, berfikiran bebas…tapi tidak liberal… tetap terbingkai manis dalam indahnya Aqidah…

Kisah Tukang Kayu Menemani Mayat Di Dalam Kubur Selama 40 Hari

Kisah Tukang Kayu Menemani Mayat Di Dalam Kubur Selama 40 Hari

Alkisah seorang ahli perniagaan yang sangat kaya raya menulis surat wasiat: “Barang siapa yang mau menemaniku selama 40 hari di dalam kubur setelah aku mati nanti, akan aku beri warisan separuh dari harta peninggalanku.”

Lalu ditanyakanlah hal itu kepada anak-anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.
Tapi anak-anaknya menjawab, “Mana mungkin kami sanggup menjaga ayah, karena pada saat itu ayah sudah menjadi mayat.”

Keesokan harinya, dipanggillah semua adik-adiknya. Dan beliau kembali bertanya, “Adik-adikku, sanggupkah diantara kalian menemaniku di dalam kubur selama 40 hari setelah aku mati nanti? Aku akan memberi setengah dari hartaku!”

Adik-adiknya pun menjawab, “Apakah engkau sudah gila? Mana mungkin ada orang yang sanggup bersama mayat selama itu di dalam tanah.”

Lalu dengan sedih Konglomerat tadi memanggil ajudannya, untuk mengumumkan penawaran istimewanya itu ke se antero negeri.

Akhirnya, sampai jugalah pada hari di mana Konglomerat tersebut kembali ke Rahmatullah. Kuburnya dihias megah laksana sebuah peristirahatan termewah dengan semua perlengkapannya.

Pada waktu yang hampir bersamaan, seorang Tukang Kayu yang sangat miskin mendengar pengumuman wasiat tersebut. Lalu Tukang Kayu tersebut dengan tergesa-gesa segera datang ke rumah Konglomerat tersebut untuk memberitahukan kepada ahli waris akan kesanggupannya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah Sang Konglomerat. Si Tukang Kayu pun ikut turun ke dalam liang lahat sambil membawa Kapaknya. Yang paling berharga dimiliki si Tukang Kayu hanya Kapak, untuk bekerja mencari nafkah.

Setelah tujuh langkah para pengantar jenazah meninggalkan area pemakaman, datanglah Malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang kayu menyadari siapa yang datang, ia segera agak menjauh dari mayat Konglomerat. Di benaknya, sudah tiba saatnya lah si Konglomerat akan diinterogasi oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.

Tapi yang terjadi malah sebaliknya, Malaikat Mungkar-Nakir malah menuju ke arahnya dan bertanya, “Apa yang kau lakukan di sini?”

Aku menemani mayat ini selama 40 hari untuk mendapatkan setengah dari harta warisannya”, jawab si Tukang kayu.

Apa saja harta yang kau miliki?”, tanya Mungkar-Nakir.
“Hartaku cuma Kapak ini saja, untuk mencari rezeki”, jawab si Tukang Kayu.

Kemudian Mungkar-Nakir bertanya lagi, “Dari mana kau dapatkan Kapakmu ini?”
“Aku membelinya”, balas si Tukang Kayu.
Lalu pergilah Mungkar dan Nakir dari dalam kubur tersebut.

Besok di hari kedua, mereka datang lagi dan bertanya, “Apa saja yang kau lakukan dengan Kapakmu?”
“Aku menebang pohon untuk dijadikan kayu bakar, lalu aku jual ke pasar”, jawab tukang kayu.

Di hari ketiga ditanya lagi, “Pohon siapa yang kau tebang dengan Kapakmu ini?”
“Pohon itu tumbuh di hutan belantara, jadi ngak ada yang punya”, jawab si Tukang Kayu.
“Apa kau yakin?”, lanjut Malaikat.
Kemudian mereka menghilang.

Datang lagi di hari ke empat, bertanya lagi “Adakah kau potong pohon-pohon tersebut dengan Kapak ini sesuai ukurannya dan beratnya yang sama untuk dijual?”
“Aku potong dikira-kira saja, mana mungkin ukurannya bisa sama rata”, tegas tukang kayu.

Begitu terus yang dilakukan Malaikat Mungkar Nakir, datang dan pergi sampai tak terasa sekarang 39 hari sudah. Dan yang ditanyakan masih berkisar dengan Kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang kayu tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir, “Hari ini kami akan kembali bertanya soal Kapakmu ini”.

Belum sempat Mungkar-Nakir melanjutkan pertanyaannya, si Tukang kayu tersebut segera melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Ternyata di luar sudah banyak orang yang menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kayu dengan tergesa-gesa keluar dan lari meninggalkan mereka sambil berteriak, “Kalian ambil saja semua bagian harta warisan ini, karena aku sudah tidak menginginkannya lagi.”

Sesampai di rumah, si Tukang Kayu berkata kepada istrinya, “Aku sudah tidak menginginkan separuh harta warisan dari mayat itu. Di dunia ini harta yang kumiliki padahal cuma satu Kapak ini, tapi Malaikat Mungkar-Nakir selama 40 hari yang mereka tanyakan dan persoalkan masih saja di seputar Kapak ini. Bagaimana jadinya kalau hartaku begitu banyak? Entah berapa lama dan bagaimana aku menjawabnya.”

Dari Ibnu Mas’ud RA dari Nabi Muhammad SAW bahwa beliau bersabda, “Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara, yaitu umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya dan kemana dibelanjakannya, ilmunya sejauh mana diamalkan?” (HR. Turmudzi)

#Like & Share….
Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa =D
Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
Silahkan Klik Like dan Bagikan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa istiqomah dan bisa meningkatkan ketakwaannya kepada ALLAH SWT.

 

Han cur kereta kebal Russia dite rajang Wali Kedah!

Han cur kereta kebal Russia dite rajang Wali Kedah!

Siapa tak kenal dengan Syeikh Ahmad Junaidin, Mursyidul Am Persatuan Warga Melayu yang beribu pejabat di Sungai Petani, Kedah. Diceritakan bahawa, Syeikh Ahmad yang mewarisi ilmu Tok Kenali (Wali Allah di Kelantan) pernah menghancurkan kereta kebal tentera komunis soviet Russia yang ketika itu sedang menyerang bumi Mujahideen, Afghanistan. Kisah ini diperkirakan tidak pernah diceritakan kepada mana-mana anak muridnya yang berjumlah ribuan orang kecuali kepada adindanya.

Pada waktu itu beliau sedang duduk berzikir di atas sejadah selepas menunaikan solat, tiba-tiba Syeikh Ahmad melihat cahaya putih berserta terowong dihadapannya. Syeikh Ahmad langsung masuk ke dalam terowong dan melihat sekumpulan perajurit Islam sedang dikepung oleh berpuluh unit kereta kebal Russia. Laungan Allahuakbar jelas kedengaran dan Allah menolong para Mujahideen dengan mendatangkan Syeikh Ahmad.

Kata Syeikh Ahmad, dia merasa seperti mimpi lalu terus meluru ke arah kereta kebal dan menedang semua kereta kebal sehingga hancur terbarai. Maka terselamatlah para Mujahideen daripada keganasan tentera Russia.

Selesai menghancurkan kereta kebal, dia menemui sebentar para Mujahideen sebelum meminta diri untuk pulang. Beberapa orang dari para Mujahideen sempat berbual mesra dengan Syeikh Ahmad sambil bertanyakan nama dan dari mana Syeikh Ahmad berasal?

Sekalilagi, Syeikh Ahmad mendapati secara tiba-tiba dia tersedar sudah berada di atas sejadah. Apa yang berlaku hari itu diceritakan kepada sahabatnya yang tinggal serumah.

Sahabatnya menganggap Sheikh seorang pembohong kerana sehaian itu dia bertemu Syeikh Ahmad, masa bila pula Syeikh sudah sampai ke Afghanistan yang berada beribu kilometer jauhnya dari Kedah.

Selepas setahun, datanglah sekumpulan orang berwajah Arab dari Afghanistan ke Kedah mencari Syeikh Ahmad. Mendengar cerita sebenar daripada orang Afghanistan itu barulah sahabat Syeikh itu mengetahui bahawa apa yang diceritakan oleh Syeikh Ahmad benar-benar berlaku.

Allah menolong hamba-hambaNYA yang bertakwa secara lazim lahupun tidak lazim. Mintalah kepada Allah swt dengan sabar, solat serta melakukan sejumlah perbuatan baik lain mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

Sumber : http://www.budijagat.com/2016/05/wali-allah-kedah-hancurkan-kereta-kebal.html

Haiwan pertama yang anda lihat akan menunjukkan keperibadian sebenar anda…

Haiwan pertama yang anda lihat akan menunjukkan keperibadian sebenar anda…

Keperibadian kita dibentuk oleh pengalaman dan genetik kita. Ahli psikologi mengatakan bahawa pengalaman terawal kita sering menggalakkan otak kita dengan cara menentukan bagaimana kita melihat orang dan dunia di sekeliling kita. Kita melihat apa yang paling masuk akal kepada kita dalam secara tidak sedar dan kita cenderung untuk mengelak perkara yang tidak sepadan dengan kepercayaan kita. Apakah haiwan pertama yang menangkap mata anda dalam gambar ini?

Makhluk yang agung ini bermaksud terbang tinggi dan elegan. Jika haiwan pertama yang anda lihat adalah seekor helang, ini bermakna anda seorang yang fokus dan tepat dalam pendekatan anda. Anda tidak membiarkan apa-apa peluang. Anda membawa diri anda dengan keyakinan yang mulia kerana anda tidak mempunyai masa untuk drama dan lain-lain perkara kecil dalam kehidupan. Anda berani dan tidak takut untuk ‘terbang’ ke tempat yang tidak diketahui.

Rama-rama mewakili dualiti kehidupan. Kelihatan lembut dan terkenal dengan kecantikannya, adalah juga yang telah melalui masa paling gelap dalam kepompong. Jika rama-rama adalah haiwan yang pertama menarik perhatian anda, sama seperti rama-rama, anda menawan di luar tetapi membawa semangat yang jitu di dalamnya.

Anjing adalah sahabat baik bagi kebanyakan manusia. Sangat setia dan penyayang, anjing membawa kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Jika anjing merupakan haiwan yang pertama anda menarik perhatian anda, anda memiliki jiwa yang bijak dan tahu apa yang benar-benar penting dalam kehidupan anda. Anda melakukan sepenuh hati terhadap orang dan tidak ada yang dapat mengubah kehendak anda apabila anda membuat keputusan. Namun, anda tahu bagaimana untuk berehat dan bersenang-senang.

Mentadak adalah sejenis serangga pemangsa yang unik dikalangan dunia serangga. Kekuatannya adalah ketepatan dan kesabaran. Kerana ia boleh duduk diam selama berjam-jam untuk menyerang tepat pada masanya dan ia tidak terlibat dalam perkara yang remeh. Jika makhluk hijau kecil ini menangkap mata anda terlebih dahulu, ini bermakna anda seorang yang tekad. Orang mungkin memandang remeh keupayaan anda, tetapi apabila tiba masanya, anda tahu anda akan keluar sebagai pemenang.

Ketam adalah makhluk yang menarik dengan personaliti yang kompleks. Dengan corak dan warna eksotik yang meliputi kulit keras mereka, mereka boleh menyamarkan diri mereka sendiri. Tetapi itu kerana kehidupan tidak mudah bagi mereka. Jika ketam adalah haiwan pertama yang menarik perhatian anda, anda mungkin seorang yang pintar dan bijak seperti ketam. Anda mungkin kelihatan seperti memiliki masa silam yang sukar kerana kehidupan telah mengajar anda banyak pengajaran yang sukar. Tetapi di dalam diri anda adalah jiwa yang lembut, sentiasa berada di samping orang yang anda sayangi.

Serigala dianggap sebagai panduan semangat kerana kebijaksanaan yang dibawa olehnya. Misteri, berani, dan intuitif, seekor serigala dapat melindungi serigala lain dalam kumpulannya tetapi dapat berdikari dengan sendiri ketika berada di dalam hutan yang gelap. Jika serigala adalah haiwan pertama yang anda lihat, anda seorang yang sukakan cabaran. Anda mencari pengembaraan dan kehidupan yang misteri. Anda enggan mengikuti norma dan peraturan sosial. Tetapi apabila ia datang untuk melindungi orang yang dikasihi, tiada siapa yang boleh menandingi dan bersemangat seperti anda.

Dilahirkan secara bebas dan liar, kebebasan mengatasi segalanya. Sebagai makhluk yang bermaruah, mereka membiarkan hati mereka memimpin tanpa banyak kekecohan. Sekiranya haiwan yang megah ini adalah yang pertama menarik perhatian anda, ini bermakna anda membawa semangat liar yang sukar dikuasai. Namun, seperti kuda, anda lebih bersedia untuk membantu dan menyokong orang lain. Anda suka ketawa dan bergurau dengan kawan-kawan rapat. Jika anda perlu memilih antara kebebasan dan cinta, hati anda meletakkan orang yang anda sayangi dahulu sebelum keperluan anda sendiri.

Ayam jantan adalah berwarna-warni, unik, dan pantas. Ia menggunakan minda yang tajam untuk menavigasi medan rumit di bumi. Sekiranya ayam jantan menarik perhatian anda, anda seorang yang bijak, dan mahir. Orang mungkin akan salah faham dengan sikap tenang anda, tetapi mereka akan terkejut jika mereka tersilap langkah dengan anda. Anda tidak takut untuk bertarung dan tidak takut untuk membuat bersuara apabila sesuatu yang tidak adil berlaku. Anda seorang pemimpin semulajadi yang tidak takut untuk menyuarakan fikiran anda.

Burung merpati melambangkan kesucian, kecantikan, dan kelembutan. Burung cantik ini sebenarnya memiliki kekuatan yang luar biasa, yang membolehkan mereka berhijrah ke merata tempat, kadang-kadang ke negara-negara jiran. Jika burung merpati menarik perhatian anda terlebih dahulu, anda mungkin seorang yang tenang dan bermaruah, tetapi membawa kekuatan yang dapat membawa anda melalui masa yang sukar. Anda bijak membahagi masa anda dalam membina keluarga atau komuniti. Anda enggan mengejar dan hanya membiarkan perkara-perkara kecil mengganggu anda.

Sumber: Lessons Learned In Life