Dunia

HUKUM WANITA MENUTUP AURAT MELETAKKAN GAMBAR DI FACEBOOK

Nauzubillah min zalik
Astaghfirullah hal azim

Boleh sebenarnya. Wanita boleh letak gambar di facebook atau twitter dan sebagainya dengan syarat mestilah menutup aurat dan tidak bertabarruj iaitu bersolek secara berlebihan seperti yang diharuskan syarak 🙂

Tetapi gambar jangan besar ! Bukan apa, dikhuatiri dikhianati oleh orang lain. Zaman sekarang orang boleh edit gambar kita dengan pelbagai cara. Hal ini sudah pasti akan menjatuhkan maruah kita. Gambar tu biarlah kecil je iaitu satu inci bak kata Ustaz Azhar Idrus.

Lagi satu, niat masuk gambar tu biarlah betul. Jangan masuk gambar sebab nak bagi kaum Adam terpikat dengan kecantikan kita dan buatkan mereka jatuh cinta dengan kita. Perbetulkan niat. Ibarat menjual diri saja kan ?

Walaupun menutup aurat, janganlah melakukan gaya yang menggoda, DiHARAMkan oleh ulama ! Duduk elok-elok buat gaya biasa lagi okey bukan ?

**HUKUM WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT MELETAKKAN GAMBAR DI FACEBOOK.

Sudah pastinya haram dan berdosa tanpa diragui lagi. Siapa yang letak gambar tak tutup aurat tu, jom kita delete dengan kadar yang segera. Kita boleh lakukan demi mendapat reda Allah.

Bukan itu sahaja, orang yang mengambil gambar orang yang tidak menutup aurat juga mendapat dosa.

Yang like atau comment gambar tu pun dapat dosa.

Semoga dapat sama-sama kita mengubah diri dan menjaga aurat kita. sama-samalah kita berdoa agar terbuka hati untuk menutup aurat dan mendapat hidayah daripadanya.

Sumber:
(Ceramah dari ustaz Azhar Idruz)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *