Dunia

“Kemtian pnagih yg dicemburui”. Banyaknya kesempatan yg diberiNya kpd Ali di pengakhiran hayatnya

Foto sekadar hiasan. Perkongsian lelaki ini mengenai kenalan terdekatnya yang meninggal dalam keadaan yang sungguh baik. Walaupun dirinya adalah penagih dan penghidap A1DS.

Kehidupan lelaki ini yang semakin teruk semenjak kelahiran anak ke2 hingga terjerumus menjadi penagih. Keluar masuk pusat hingga isterinya memohon cerrai.

Beberapa hari sebelum kemtiannya, lelaki ini mula mendapat ‘petanda’. Ikuti perkongsian yang memilukan di bawah.

Cerita dari tajuk ni sebenarnya memberi kesan mendalam untuk aku. Ini kisah benar yang betul-betul jadi diantara orang terdekat dengan aku.

Aku gelarkan dia ni Ali. Ali ni dah berkahwin dengan Lia dan dikurniakan 2 orang anak lelaki. Masa tahun 2003, lahir anak sulung mereka. Hidup diaorang bahagia sangat. Hidup nampak senang, pakaian anak pun semua branded.

Masuk umur anak dia dalam 3-4 tahun, Ali terjebak dengan dadah. Lepas lahir anak kedua, Ali makin teruk. Kerja berhenti, kerja berhenti. Keluarga dah tak bahagia macam dulu. Anak-anak terabai. Ali dah start kena tangkap dan masuk pusat serenti.

Tahun 2013, Lia minta cerai kat Ali. Masa tu Ali kat dalam pusat serenti lagi. Ali ni walaupun dia ni penagih dadah, tapi dia seorang yang sangat jaga adab, akhlak dengan orang sekeliling dia.

Dia ni rajin sangat kat rumah. Masa dia tinggal duduk sama dengan mertua dia, bila hari cuti je dia mesti bangun awal lepastu terus sapu & bakar sampah. Kemas dalam rumah apa yang patut. Dia memang rajin. Dengan orang-orang terdekat dia baik je. Tak pernah aku dengar dia mengata orang ke apa. Muka dia sentiasa senyum je tengok orang.

Satu lagi yang aku perasan, dia kalau berjalan mesti tundukkan kepala. Tak tengok depan. Maksud aku ni bukan lah dia tak tengok depan terus sampai jatuh langgar dinding. Bukan gitu lah. Dia macam seorang yang humble macam tu.

Sebulan yang lepas, Allah dah ambik Ali sebab organ dalaman dia semua dah tak berfungsi. Dia ada Aids.

Kau nak tahu macam mana kemtian dia? Aku ni tak habis asyik fikir je apa sebab rezeki Ali dapat mti macam tu. Hmm

2 minggu sebelum kemtian Ali, kesihatan Ali dah merosot. Ali cakap dengan Mak dia yang dia mimpi anak-anak dia mti lemas. Dia kata dia nak pergi tengok anak-anak dia kat rumah bekas mertua dia.

Ali redah pergi rumah bekas mertua dia naik motor buruk, tak pakai helmet. Jauh kau tahu. Lebih 40km. Ali nekad nak pergi tengok anak-anak dia. Ali sebenarnya dah 2-3 tahun juga tak datang rumah bekas mertua dia lepas Lia kahwin baru. Biasa cuti sekolah, anak-anak dia yang datang rumah Mak Ali ni.

Ok sambung tadi. Masa Ali jumpa anak-anak dia, Ali nangis peluk-peluk anak dia minta maaf sebab tak jadi ayah yang baik. 2 malam Ali tidur rumah bekas mertua dia sebab dia nak tidur dengan anak-anak dia. (Lia dah duduk rumah lain ikut laki dia. Dekat-dekat situ jugak)

Masa kat rumah bekas mertua tu pun Ali sakit. Anak dia bawa pergi klinik. Anak dia yang uruskan mandi, makan minum dia. Masa kat sana tu, Ali sempat minta maaf dengan bekas mertua dia, bekas ipar-ipar dia dan kat Lia sekali. Ali sempat jadi imam buat kali pertama dan terakhir masa solat dengan anak dia.

2 hari lepas Ali balik dari rumah bekas mertua tu, Ali kena tahan wad. Anak sulung dia yang jaga kat hospital. 3 hari Ali kat wad dan boleh balik.

Lebih kurang 8 hari lepas keluar dari wad tu, Ali meninggal. Tapi cerita sebelum dia meninggal tu, Ya Allah cemburunya aku rasa. Mak dia cerita sendiri kat aku malam sebelum Ali meninggal, Ali tak dapat tidur.

Ali cakap kat Mak dia kenapa rumah dia ramai orang datang sedangkan tak ada pun sesiapa kat rumah melainkan 2-3 orang adik beradik dia yang memang tinggal situ. Masa lepas Subuh pagi tu, Ali panggil Mak dia. Ali baring kat riba Mak dia.

Ali minta Mak dia ajarkan lah apa-apa. Sebab Ali kata dia macam dah tak ingat apa-apa. Ali kata mata dia dah kabur. Nafas dia pun masa tu dah laju. Mak Ali ajarkan dia mengucap. Ali ikut beberapa kali. Mak Ali sempat cakap kat Ali yang Mak dia memang ampunkan segala d0sa-d0sa dia. Ali sempat ucap terima kasih kat Mak dia.

Pukul 7 pagi, Ali nampak macam dah nazak tapi masih boleh bercakap jelas. Ali minta hantarkan pergi klinik. Dalam kereta, Ali masih bercakap, masih mengucap. Masa kat klinik tengah terima rawatan, Ali terserempak dengan kawan dia. Ali masih sempat berbual & minta maaf kat kawan dia kalau-kalau dia ada buat salah.

Lepas kawan Ali keluar dari bilik rawatan, doktor terus panggil semua waris Ali masuk bilik untuk menghadap Ali yang tengah nazak. Mak Ali ajarkan lagi dia mengucap. Masa tu mata Ali dah ke atas je, mulut masih boleh ikut mengucap. Tapi badan semua dah tak boleh gerak. Tak berapa minit lepas tu, Allah dah ambik Ali.

Anak-anak dia sedih sangat masa tu. Menangis tak berhenti. Anak-anak dia lah yang solatkan jnazah Ali, angkat jnazah, teman jnazah dalam van dan angkat sampai masukkan dalam liang lahad. Walaupun diaorang tak pernah rasa membesar dengan Ayah, tak rasa nafkah dari Ayah tapi diaorang tahu yang Ayah dia memang seorang yang baik.

Ikut pada cerita yang Mak Ali sendiri bagitahu kat aku, sejak Ali kurang sihat ni, Ali ada jumpa jiran-jiran dia minta maaf. Ali sempat call adik beradik dia yang duduk jauh untuk minta maaf juga.

Ya Allah. Nak menangis rasa masa aku dengar cerita dari Mak dia ni. Sebak weh! Banyaknya kesempatan yang Allah bagi kat Ali di pengakhiran hayatnya. Sempat minta maaf dengan ramai orang sekeliling dia. Walaupun masa hidup dia, dia nampak hina sampah masyarakat. Tapi siapalah kita nak membenci dan mengeji sesama manusia kan?

Aku tak tahu lah macam mana hubungan Ali dengan Pencipta. Itu rahsia Ali dengan Allah. Tapi yang aku nampak, hubungan dia sesama manusia memang baik. Pergi dia pun dengan pengakhiran yang baik. Husnul Khotimah ke ni namanya?

Wallahualam.

Sumber – LM_ (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Siapalah kita hendak menghukum manusia lain. Sedangkan si penagih pun mendapat pengkhiran yang sangat baik. Allah itu maha pengampun. Andai kata ada melakukan perkara yang tidak elok, pohonlah keampunanNya.

Moga roh Ali dicucuri rahmat dan ditempaktkan dikalangan orang beriman. Kongsikan, semoga menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *