Dunia

Kadang Kadang Saya Bantu Tapi Kalau Dah Dekat Sebulan Aku Pun Meluat

Tidak ada siapa yang boleh menidakkan bakat serta kebolehan pelakon berbakat besar, Nabila Huda, dalam bidang lakonan.

Walaupun sering dihujani pelbagai kntroversi yang mampu menjatuhkannya, namun ia bukanlah penanda aras penerimaan peminat.

Ianya terbukti apabila anak penyanyi rock terkenal, Amy Search ini berjaya menambat hati peminat, sekali gus meletakkannya menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK2019.

Sentiasa memberi komitmen jitu setiap kali di set penggambaran, Nabila Huda menyuarakan rasa kecewa dengan sikap segelintir selebriti yang mengambil sikap sambil lewa ketika menjalani sesuatu penggambaran drama mahupun filem.

Menurut Nabila, 34, seseorang pelakon itu seharusnya membuat persediaan dengan membaca skrip berulang kali agar memahami watak yang dibawa mereka.

” Ada saja pelakon yang tak fokus, lepas tu tak deliver dalam lakonan kerana mereka ini hanya hafal dialog… kenapa? Sebab boleh rasa mereka sekadar bercakap. Feel tu tak rasa. Sepatutnya mereka bersedia, baca skrip bukan asyik tengok telefon.

” Itu yang buat saya rasa mereka ni tahu berlakon ke tak reti berlakon? Tak memberi pun. Tapi kadang-kadang fikir nak habiskan kerja, terpaksa teruskan sajalah.

” Kadang-kadang saya akan bantu… sampai seminggu pun saya bantu. Tapi kalau dah dekat sebulan nak kena buka kelas akademi, aku pun rengsa (meluat),” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila yang baharu menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) menerusi Dia Tak Berdosa berkata, dia akan memberikan sepenuh komitmen terhadap setiap tawaran yang diterimanya.

Nabila akan berulang kali membaca skrip bagi memastikan sesuatu watak itu berjaya dibawanya.

Meskipun sudah hampir 18 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Nabila berkata, sehingga kini dia akan berulang kali membaca skrip bagi memastikan watak yang dibawa berjaya dihasilkan dan seterusnya meninggalkan kesan kepada penonton.

” Biasanya apabila diberikan watak, saya akan study karakter-karakter itu, baca sampai tiga kali skrip dan akan fahamkan.

” Kemudian plan apa yang saya nak buat dengan karakter macam ni supaya ia tak jadi stereotype atau sama dengan karakter lain.

” Saya tak akan ambil ringan kerana kalau bekerja, saya memang serius termasuk fikirkan baju yang nak dipakai untuk disesuaikan dengan watak,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar/malaysiaunited

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *