Connect with us

Infomaklumat

Covid-19 Hanya Seorang Dibenarkan dalam Sebuah Kenderaan, Mula Rabu Ini

Published

on

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang akan bermula 1 hingga 14 April nanti hanya membenarkan seorang individu dalam sebuah kenderaan.

Walaupun kenderaan persendirian dibenarkan untuk keluar membeli makanan atau barangan harian, namun ian dihadkan kepada seorang sahaja. Perkara itu diputuskan bagi mengehadkan pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, kenderaan komersial yang membawa bekalan makanan atau barangan lain digalakkan beroperasi bermula jam 7 malam hingga 7 pagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua kenderaan komersial terlibat masih boleh bergerak atas jalan raya, tetapi kami mencadangkan waktu perjalanan seperti dinyatakan.

“Ini cuma satu galakan dan bukan arahan. Ini kerana kami faham ada kenderaan yang memerlukan perjalanan jangka masa panjang untuk operasi,” katanya lagi.

Antaranya lagi..

Covid-19: Tak Nak Patah Balik, Siap Ajak Polis Bertumbuk

SEORANG lelaki berusia 37 tahun menjadi individu pertama ditahan di Kuala Pilah akibat melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Malah suspek turut mengajak anggota polis yang bertugas untuk bertumbuk.

Insiden tersebut berlaku di satu sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir, depan Klinik Kesihatan Juasseh, petang semalam.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani dipetik HMetro berkata, lelaki itu ditahan pada jam 3.40 petang selepas enggan bekerjasama untuk berpatah balik.

Menurutny, suspek dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang dan gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada polis. Suspek juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas supaya bertumbuk.

Amran berkata lagi, permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Seremban, pagi ini. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Sumber : pandulaju

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Infomaklumat

Sek0lah, Kawasan Masjid Dan Rumah lbadat Ditutup, PKPD Bakal Di Jalankan Di Kedah

Published

on

By

Pengesanan kontak rapat secara aktif membabitkan kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga giat dilaksanakan di pejabat-pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk mencegah penularan Covid-19 di Kedah yang didapati semakin meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian turut menjalankan aktiviti pembersihan dan nyah kuman di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah-rumah kes yang dikesan positif.

“Sebanyak 313 orang telah disaring sehingga pukul 12 tengah hari ini. Daripada jumlah itu, 20 kes dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih me­nunggu keputusan ujian.

Malaysia di fasa pemulihan, kata Noor Hisham menjelang PKP4

“Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Tiada kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Kluster Sivagangga menular akibat jangkitan import selepas seorang pemilik kedai nasi kandar di Napoh yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu.

Dia dilaporkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan tidak menjalani kuarantin di rumah sebaliknya ke premis perniagaan berkenaan sebelum penularan jangkitan di kawasan itu berlaku.

Tambah Noor Hisham, daripada kes positif yang dilapor­kan, sebanyak 15 kes adalah warganegara Malaysia dan lima kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan.

“Sebanyak lapan kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,975 iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur tujuh tahun sementara kes-8,975 merupakan kes generasi pertama,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, sebanyak tiga kes me­rupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,976 yang me­rupakan kes generasi pertama iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur 10 tahun.

“Kesemua kes telah dima­sukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan,” ujarnya.

PKPD AKAN DIJALANKAN

Polis tahan 315 ingkar PKPP, 127 tak pakai pelitup muka

Hari ini pada sidang media Menteri Ismail Sabri, beliau memberitahu kerajaan negeri Kedah memohon agar PKPD secara pentadbiran dijalankan di beberapa tempat.

Menteri Ismail Sabri membuat kenyataan bahawa PKPD secara Pentadbiran akan dijalankan bermula dari 3hb Ogos sehingga 30hb Ogos.

Perlaksanaan PKPD akan menggunakan SOP yang sedia ada seperti sekatan jalan raya.

Seramai 7000 penduduk di kawasan akan disaring secara swab test.  Kawasan masjid dan rumah ibadat akan ditutup.

4 kawasan di Kedah dikenakan PKPD secara pentadbiran akibat ...

Sekolah dan pusat taska juga akan ditutup.

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)#BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Sunday, August 2, 2020

Sumber : utusan 0nline

Continue Reading

Infomaklumat

P0lis Kuantan S0und Pekerja Pusat Beli Belah Tak Pakai Facemsk Dengan Betul

Published

on

By

Melihat daripada peningkatan kes C0vid-19 di negara kita ini, kerajaan Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa bermula 1 Ogos, dend4 RM1,000 akan dikenakan kepada orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Justeru, bermula 1 Ogos pihak p0lis sudah membuat pantauan di tempat-tempat awam, bagi memastikan orang ramai memakai pelitup muka.

Melay4ng RM1,000

Terbaru, tular video OCPD Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali menegur beberapa pekerja kedai makanan di sebuah pasaraya di sekitar ECM bandar Kuantan, kerana tidak pemakaian pelitup muka dengan betul.

Dapat diperhatikan menerusi vide0 tersebut, ada beberapa pekerja dilihat tidak menutup muka dengan betul ketika menyediakan makanan untuk pelanggan.

Tuan OCPD Tegur Cara Pakai Mask

OCPD Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali menegur pemakaian pelitup muka (face mask) yg tidak betul ketika buat rondaan di sekitar ECM bandar Kuantan semalam..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, August 1, 2020

Bukan sahaja di Kuantan, di kawasan lain juga pihak p0lis sudah mula mengambil tindakan dan mendend4 sesiapa sahaja yang gag4l mematuhi arahan.

Setakat ini, di Kuantan sudah seramai 17 pengunjung dan pekerja di sebuah pusat beli-belah di sini dikompaun kerana 1ngkar arahan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan tumpuan ramai semalam.

17 individu ingkar arahan pakai pelitup muka dikompaunKUANTAN – Seramai 17 pengunjung dan pekerja di sebuah pusat…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, August 1, 2020

17 individu ingkar arahan pakai pelitup muka dikompaun

KUANTAN – Seramai 17 pengunjung dan pekerja di sebuah pusat beli-belah di sini dikompaun kerana ingkar arahan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan tumpuan ramai semalam.

Ketua P0lis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof berkata, kesemua yang ditahan termasuk tiga wanita berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun dan kebanyakannya dalam kalangan remaja.

Menurutnya, penahanan individu terlibat hasil 0perasi Khas Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di lokasi tumpuan ramai sekitar Kuantan termasuk di pusat peranginan Teluk Cempedak, pusat beli- belah dan Terminal Sentral Kuantan (TSK) petang semalam.

Beliau berkata, secara keseluruhan, seramai 189 individu diperiksa dalam operasi bermula jam 4 hingga 6 petang yang turut disertai oleh angg0ta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

“Selain tindakan kompaun, teguran turut dibuat terhadap orang ramai yang gagal memakai pelitup muka dengan betul.
“Secara keseluruhannya, orang ramai akur dengan arahan pemakaian pelitup muka kecuali segelintir yang masih ingkar dan kita ambil tindakan kompaun RM1,000 ke atas mereka mengikut

Perkara 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana gagal mematuhi peraturan terbaharu itu,” katanya selepas operasi itu petang semalam.

Mohamad Noor berkata, sepanjang 0perasi itu, pihaknya mendapati ramai ibu-bapa membawa anak-anak kecil di tempat tumpuan ramai dan teguran dibuat agar mereka mengawasi anak masing-masing.

“Memang kank-kank bawah dua tahun tidak diwajibkan pakai pelitup muka tapi kita bimbang mereka terdedah kepada risiko jangkitan kor0navlrus (C0vid-19) bila dibawa ke tempat-tempat tumpuan ramai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan 0perasi pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan yang dikenalpasti menjadi tumpuan ramai termasuk di terminal bas, pasar malam, pasar tani dan sebagainya bagi memastikan arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka dipatuhi.

“Ia termasuk pemeriksaan terhadap kenderaan awam termasuk bas melalui sekatan jalan yang akan diadakan.
“Kita menggerakkan 20 pasukan dari seluruh daerah termasuk dari balai-balai berdekatan untuk melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap arahan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Noor berkata, beliau berpuas hati dengan pematuhan terhadap garis panduan ibadah korban sempena hari raya Aidiladha di daerah ini.

“Hasil pemantauan dilakukan, boleh dikatakan semua tempat yang melaksanakan aktiviti penyembelihan haiwan korban mematuhinya,” katanya.

Jadi, kepada sesiapa yang tidak mahu RM1000 melayang begitu sahaja, silalah memakai pelitup muka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : kec0hhabis

Continue Reading

Infomaklumat

Solat tepi Jalan boleh jatuh Hukum Haram – Mufti Pahang

Published

on

By

MALAYSIA: Beberapa hari lepas telah tular gambar yang menunjukkan rakyat Malaysia solat di bahu Jalan disebabkan oleh surau yang penuh. Pelbagai reaksi telah diberikan oleh warga maya yang mana ada yang bersetuju dan juga tidak.

Ramai yang telah memberi pandangan. Berikut adalah pandangan dari orang yang layak memberi pandangan tengang hukum hakam.

“Membuat sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”

Demikian komen Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong keceemasan di Kilometer 32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) akibat kesesakan lalu lintas ketika pulang ke kampung bagi sambutan Aidiladha.

Abdul Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.

“Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyaawaa (hifz al-nafs).

“Begitu juga dalam situasi ini, jika membaahaayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.

“Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.

“Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing,” katanya.

Katanya, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Hari ini, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad (ANIH) menggesa orang ramai tidak menunaikan ibadah solat di lorong kecemasan lebuh raya atas faktor keselamatan.

ANIH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bimbang jika dibiarkan keadaan itu berterusan menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu sedang menunaikan solatdi lorong kecemasan.

Sebelum ini tular dua wanita bertelekung dilihat menunaikan solat di tepi lebuh raya dipercayai berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dulu suasana macam ni kita boleh tengok kat oversea je terutama masa dekat mesir.

Tapi sekarang ianya berlaku di Malaysia guys. MasyaAllah 😍😍.

Allah indahnya kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah pasti Allah jaga hubungan dengan kita.

Kredit Photo : Ust Zarul Salleh

Jadi selepas ini kita cuba sedaya upaya untuk solat hormat waktu dahulu sekiranya tidak dapat menunaikan solat di RNR atau kerajaan harus memikirkan alternatif sekiranya perkara ini berlaku.

Mungkin boleh sediakan tempat-tempat solat yang lebih banyak sekiranya musim perayaan muslim tiba. Apa-apun kita harus rasa bangga apabila rakyat Malaysia sangat menjaga solat. Semoga istiqomah yang belum solat tu bawa-bawa la solat dunia ni ada penghujungnya.

Sumber : mysumber

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!