Connect with us

Semasa

Pndapatan Bulanan Para Menteri Didedahkan. Muhyiddin Paling Tinggi 93k Sebulan, Aset 10 Juta

Published

on

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga perdana menteri merekodkan pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Menerusi portal itu, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula berada di kedudukan kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dengan jumlah aset kurang dari RM20 juta.

Tempat ketiga pula adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan dengan jumlah aset kurang dari RM20 juta.

Di tangga keempat pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara RM5 hingga RM8.5 juta dan kelima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara RM5 hingga RM8.5 juta

Lima lagi anggota pentadbiran kerajaan mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi mengikut turutan ke enam hingga ke 10 ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Diikuti Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Mohamed Hashim yang mana mereka mencatatkan pendapatan bulanan antara RM64,087.41 hingga RM69,186.46.

Sementara itu, lima anggota berpendapatan terendah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memperoleh RM34,004.48, Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin (RM33,450).

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (RM24,687) manakala Timbalan Menteri II Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong serta Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Mas Ermieyati Samsudin masing-masing RM25,700.

Berdasarkan tinjauan di portal berkenaan mendapati pendapatan anggota pentadbiran kerajaan itu mula direkod dan diterima antara 30 Oktober 2019 hingga 17 Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada maklumat pendapatan bulanan diperoleh bagi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Turut tiada dalam senarai adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataan akhbar semalam dilaporkan berkata, orang ramai boleh mula mengakses maklumat perisytiharan harta anggota pentadbiran itu menerusi laman sesawang mydeclaration.sprm.gov.my.

Sehingga kini, SPRM sudah menerima dan memaparkan maklumat harta membabitkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri.

SPRM memaklumkan, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperoleh atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan.

Sumber : Hm

Antaranya lagi

Mural Diconteng: Kenyataan Terbaru Pihak PoIis Dan Kemungkinan Ini Bakal Berlaku Dlm Masa Terdekat

Kejadian lukisan mural pemimpin negara yang diconteng telah mendapat tumpuan masyarakat yang mahu pelaku dit4ngkap dan dikenakan hukuman setimpal.

Selepas dua hari, PoIis Selangor memaklumkan sudah mempunyai beberapa petunjuk serta sasaran individu dipercayai terbabit dalam insiden menconteng mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua PoIis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih di peringkat siasatan untuk mengenalpasti individu terbabit.

Dah ada ‘target’ dah petunjuk

” Ada (perkembangan kes conteng mural). Tapi kita sedang membuat siasatan susulan.

” Kita ada beberapa ‘target’ dan petunjuk. Ada kemungkinan individu berkenaan akan ditahan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan SUK Selangor di Shah Alam, hari ini.

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial pada tengah hari Isnin yang memaparkan dua kelibat wanita dipercayai dalang merosakkan mural berkenaan.

Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diparkir di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vndalisme.

Menurut klip video pendek berkenaan mural yang diconteng itu dan dimuat naik di Twitter pagi ini, perkataan “b#bi” ditulis di antara potret Abdul Hadi dan Muhyiddin, dan bersebelahan gambar Al-Sultan Abdullah.

Sementara perkataan “bangs#t” diconteng di tengah-tengah potret Dr Noor Hisham.

Susulan kjadian vndalisme itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memadam semua mural dengan mengecat semula dinding itu.

Kejadian ini turut mencuri tumpuan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meluahkan rasa sedih baginda di Instagram dan mahukan pelaku mendapat balasan dari Allah swt.

Ramai juga tumpang simpati dengan si pelukis berkenaan berikutan kjadian yang menimpa muralnya itu.

Namun, pelukis mural berkenaan, Suhaimi Ali turut meninggalkan pesanan dan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia yang telah menyokong hasil karyanya

Malah katanya, ia membakar semangat mereka untuk melakar lukisan yang lebih besar jika diberikan peluang.

” Luluh hati bila melihat hasil usaha keras kami menjadi mngsa vndalisme seperti ini. Bagaimanapun mereka yang buat (kerja) ini kena ingat, benda ini tidak akan sama sekali mematahkan semangat kami.

” Malah ia semakin membakar semangat kami untuk terus melukis, kami akan buat (lukis) lagi besar kalau diberikan peluang!,” katanya

Sumber : Hm

Semasa

Hari pertama wajib pakai Mask, lebih 20 0rang dapat surat cinta dari P D R M

Published

on

By

Kerajaan sudah menguatkuasakan peraturan dan undang-undang bagi menguatkuasakan nasihat Kementerian Kesihatan dengan mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka atau mask.

Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan kompoun sebanyak RM1000 dibawah akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Jadi semalam kami juga telah memperingatkan orang ramai untuk pakai pelitup muka seperti mana nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mulai esok tak pakai “Mask” terus kompoun RM1000, Tak de kompromi – Kerajaan

Semalam kerajaan telah mula menguatkuasakan perkara ini dan 20 orang individu telah dikompoun sebanyak RM1000.00 ketika operasi dijalankan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Ass Komisioner Noorzainy Mohd Noor. Ia telah mengadakan pemantauan bermula jam 12
dan

ketika pemantauan dibuat di kawasan Rehat dan Rawat itu didapati sekumpulan individu melepak dan mereka tidak mengamalkan penajarakan fizikal bahkan tidak memakai pelitup mula.

Oleh itu, tindakan kompaun terpaksa dikeluarkan ke atas kesemua mereka kerana kegagalanmematuhi SOP mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Jadi kami ingatkan sekali lagi kepada anda semua, pastikan sebelum keluar rumah pakai mask mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam laman sosial mereka.

Pastikan jika anda mahu jahit sendiri mask anda ikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh KKM kerana ia adalah standard yang ditetapkan oleh Kesihatan Dunia (WHO)

Sumber : wowrentasasia

Continue Reading

Semasa

Musa Aman Pergi lstana, Yakin Dpt Bentuk Krajaan Baru. Sekali Lain Pula Terjadl Dan Mereka Sendiri PeIik

Published

on

By

Terkini, seramai 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kecewa kerana pihak Istana Negeri tidak membenarkan mereka mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mewakili semua Adun terbabit berkata, keadaan ini pelik dan mengecewakan kerana mereka memiliki majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Katanya, tujuan mereka bertemu dengan Juhar adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

” Kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan… pelik dan mengecewakan apabila pihak istana tidak membenarkan kami masuk (Istana Negeri).

” Sedangkan sebelum ini, wakil Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah bertemu dengan TYT (Tuan Yang Terutama) dan menyatakan kami sudah ada majoriti.

” Semua 33 Adun ada di sini, bukan hanya surat tetapi juga badan mereka.. akan tetapi kami tidak dibenarkan masuk,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Sebaik saja sidang media selesai jam 5.30 petang tadi, semua kenderaan yang membawa seramai 33 ADUN beredar termasuk Tan Sri Musa Aman.

Sebelum itu, Musa bersama rombongannya tiba di Bulatan Nenas di Jalan Istana, Kota Kinabalu, jam 3.50 petang untuk mengadap TYT namun dihalang masuk sepasukan polis yang membuat kawalan di jalan berkenaan sejak semalam.

Sementara itu, Musa dalam sidang media di kediamannya, hari ini, mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu dan mendakwa pembubaran DUN adalah tidak wajar.

Beliau berkata, pihaknya memperoleh sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Shafie Apdal pula kata TYT setuju DUN bubar

Pagi hari ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memperkenankan permohonannya untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau berkata, sehubungan itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

” Rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Sumber : asiakini

Continue Reading

Semasa

Musa Aman dijangka tiba di istana utk angkat sumpah Sekali Shafie Apdal cakap miliki majoriti

Published

on

By

10.05 pagi: Ketua Bersatu Sabah yang juga Adun Sulaman, Hajiji Mohd Noor mengesahkan bahawa pembangkang akan bertemu dengan Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin.

“Ada isyarat (dari istana untuk hadir ke istana negeri), tetapi masa belum ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada Musa akan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri, dia berkata: “Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar.”

Hajiji juga mengatakan bahawa pembangkang mendapat sokongan sekurang-kurangnya 34 daripada 65 Adun untuk mengambil alih kerajaan negeri pimpinan Warisan.

Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah, miliki majoriti

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah selepas masih mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketika ditemui pemberita di kediaman rasminya, Mohd Shafie berkata segala kemelut politik yang berlaku hari ini (Rabu) dan intipati mesyuarat tertutup malam ini akan diumumkan esok (Khamis).

“Saya masih ketua menteri (Sabah) dan masih memiliki majoriti (ADUN).

“Esok ada satu sidang media dan semua akan saya ulas mengenai keadaan ini,” katanya secara ringkas.

Mesyuarat tertutup di kediaman Mohd Shafie itu dihadiri ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Terdahulu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengadakan sidang media di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu dan mendakwa memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Pada sidang media itu terdapat beberapa ADUN Warisan hadir dan menyatakan sokongan kepada Musa.

Tambah Musa, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew mengesahkan kepada portal Malay Mail bahawa Mohd Shafie kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Sumber : musangviral

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!