Connect with us

Keluarga

Suaml Sudah Pun Didakwa. Ini Kata-Kata Pavithra Yang Mengejtkan, Beri Hint Apa Bakal Terjadi

Published

on

Semalam, berita membabitkan Youtuber terkenal S Pavithra, 28, yang diced3rakan suaminya telah mencuri tumpuan orang ramai.

Sementara hari ini, S Pavithra, 28, yang hadir mengikuti prosiding pend4kwaan terhadap suaminya di Mhkamah Sesyen Ipoh, hari ini, kelihatan tenang.

Dia hadir ketika prosiding bermula dan duduk di galeri awam sehingga tamat.

Dia juga dilihat sempat berbual dengan suaminya, M Sugu, 29, sebelum prosiding bermula.

Pada awalnya Pavithra enggan memberi sebarang ulasan sebaliknya dilihat berbual dengan peguam Mahinderjit Singh di luar mhkamah.

Namun beliau akhirnya membuka mulut mengenai ins1den menimpa dia dan suami.

” Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa. Kami akan kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube nanti.”

Pagi tadi, suaminya, M Sugu, 29, mengaku tidak bersaIah di Mhkamah Sesyen Ipoh atas d4kwaan memiliki s3njata berb4haya.

Berdasarkan pertudvhan, dia did4kwa memiliki sabit sepanjang berukuran 66 sentimeter di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, kira-kira 6 petang, Selasa lalu.

Sudah maafkan suami

Pavithra berkata, dia sudah memaafkan suaminya dan membayar jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya.

Menurutnya, dia tidak mahu lagi memikirkan masaIah itu dan mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga terutama meneruskan rancangan masakan di YouTube.

Sugu did4kwa mengikut Sksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letvpan dan S3njata Berb4haya 1958.

Dia mengaku tidak bersaIah ketika pertudvhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut pertudvhan, dia didapati memiliki s3njata berb4haya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis Tiger.

Kejadian berlaku di parkir wad unit penjagaan paliatif (PCU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 6 petang, 21 Julai lalu.

KesaIahan itu did4kwa mengikut Sksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letvpan dan S3njata Berb4haya 1958.

Jika disabitkan kesaIahan boleh dipnjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun dan s3bat.

Pend4kwaan dilakukan oleh Timbalan Pend4kwa Raya, Mohd Waffy Ismail dan tertudvh diwakili Mahinderjit.

Mhkamah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Semasa prosiding berkenaan, Mohd Waffy memohon mhkamah tidak memberi jaminan kepada tertvduh memandangkan kesaIahan berkenaan tidak ditawarkan jaminan, namun ia bergantung kepada budi bicara hakim.

Katanya, tertvduh adalah Youtuber terkenal dan menjadi ikon namun jika diletakkan amaun yang rendah ia akan menimbulkan salah faham kepada masyarakat mengenai keseriusan kes.

Mahinderjit bagaimanapun memohon mhkamah membenarkan jaminan berikutan tertvduh ketika ini menanggung dua anak dan akan mematuhi segala syarat tambahan dikenakan.

Menurutnya, s3njata berkenaan ditemui disimpan dalam kenderaan bukan pada badan.

Mhkamah membenarkan tertvduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertvduh perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan.

Sumber : hm

Keluarga

Telefon Dan Beg Duit Hilang, Tapi Gelang Emas Masih di Tangan. Rupanya Ini Punca Pensyarah Dibvnuh

Published

on

By

P0lis berjaya merungkai pembvnuhan seorang wanita di mana m4yatnya ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang, Khamis lalu.

Motif wanita yang juga seorang pensyarah itu dibvnuh dikatakan berpunca akibat suami mngsa tidak dapat menerima hakikat isterinya memfailkan perceraian.

Svspek berusia 41 tahun itu kemudian tergamak membvnuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung.

Terdahulu, suspek berpura-pura mencari isterinya, 40, bersama anak perempuan berusia 14 tahun selepas membvnuhnya sebelum menghubungi Mers 999 mendakwa menemui mngsa dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 1.04 pagi.

Ketua P0lis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang bekerja sebagai sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang.

” Suspek kemudiannya membawa m4yat mngsa menggunakan kenderaan dipandunya menghala ke Tasik PKNS, Dengkil pada 4.30 petang Rabu lalu,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian menukarkan tempat mngsa ke tempat pemandu sebelum mengambil dompet dan telefon sim4ti serta meninggalkan isterinya dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

” Dia (svspek) kemudian keluar bersama anak menaiki kenderaan e-hailing konon ingin mencari wanita itu yang tidak pulang ke rumah dari jam 4 petang Rabu lalu.

” Suspek mengatakan dirinya bersama dengan bantuan pemandu e-hailing dari rumah yang terletak di Putra Perdana sehingga menjumpai kereta yang dinaiki mngsa di tepi tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya dan kemudiannya hubungi pihak polis apabila mendapati isterinya tidak bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gelang emas masih berada di tangan

Wan Kamarul berkata, pemeriksaan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian dapati tiada sebarang kecederaan pada badan mngsa melainkan telefon bimbit dan beg duit yang tiada bersama dengannya tetapi gelang emas masih berada di pergelangan tangan kiri.

” M4yat mngsa dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan b3dah siasat dan hasil b3dah siasat yang dijalankan pada Khamis lalu mendapati punca kem4tian adalah disebabkan jerutan di leher.

” Siasatan yang dijalankan ke atas suami mngsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana lelaki itu melafazkan cerai pada pada 24 Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek menjerut leher wanita itu kerana terlalu marah selepas bertengkar berkaitan perceraian yang mahu difailkan mngsa.

” Suspek mengaku membvnuh isterinya kerana marahkan mngsa yang tetap mahu bercerai dengannya.

” Mereka sudah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 14 tahun,” katanya.

Katanya, suspek direman sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Sksyen 302 Kanun Kesksaan

Sumber : malaysiaunited

Continue Reading

Keluarga

Walaupun kepala pening mencengkam pengantin gembira majlis tema songket tetap on

Published

on

By

BAGAI pinang dibelah dua, pasangan pengantin sama cantik sama padan ini mengabadikan kenangan menjadi raja sehari.

Beberapa foto busana pengantin perempuan yang anggun dalam persalinan kebaya songket kuning yang dikongsikan di laman Twitter menjadi tular.

My Songket dream come trueAll the way traditional for Kuantan’s wedding reception,” tulis darleenzakir sehingga diulang kicau lebih 4,000 kali dan meraih 16,000 tanda suka.

Pengantin perempuan, Darleen Zakir berkata, foto-foto tersebut dirakamkan semasa majlis persandingannya di sebelah pengantin lelaki di Kuantan, Pahang, pada 25 Julai lalu.

Darleen anggun dalam persalinan kebaya songket kuning. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

Wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia dan suami telah bernikah pada 27 Jun lalu dan idea untuk memakai kebaya songket itu telah dirancang lebih awal sebelum majlis pernikahan.

“Selain saya yang teringin, ibu juga nak sangat tengok saya bersanding dalam persalinan songket. Saya dan suami dah tempah baju pengantin songket lebih awal untuk majlis persandingan yang sepatutnya diadakan pada 11 Julai.

“Tapi majlis itu terpaksa dibatalkan disebabkan oleh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Masa tu saya fikir dah tak ada harapan nak pakai songket,” katanya kepada mStar sambil menambah tempahan dewan ketika itu juga terpaksa dibatalkan.

Majlis persandingan sebelah pengantin lelaki diadakan selepas dibatalkan sebelum ini berikutan PKP. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

Darleen berkata, ketika itu baju pengantin songket tinggal kira-kira 40 peratus untuk disiapkan dan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu berikutan pembatalan majlis.

“Walaupun majlis yang sepatutnya diadakan pada awal Julai dibatalkan, dalam hati saya memang teringin nak pakai baju songket tu satu hari nanti.

“Dan Alhamdulillah, kerajaan kemudian membenarkan untuk mengadakan majlis kahwin mengikut kapasiti dewan dan keluarga pengantin lelaki bersetuju untuk mengadakan semula majlis persandingan,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.

Darleen (tengah) dan suami (tiga, kiri) bersama keluarga. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

Namun kata Darleen, dia gementar kerana mereka perlu membuat persiapan kira-kira dua minggu sebelum majlis persandingan di Kuantan.

“Paling saya berdebar adalah baju kebaya songket saya, sebab baju tu saya terus cuba seminggu sebelum majlis. Saya takut nanti tak muat.

Paling saya berdebar adalah baju tu saya terus cuba seminggu sebelum majlis. Saya takut nanti tak muat.

DARLEEN ZAKIR

“Mujur saya amalkan diet, kurangkan pengambilan nasi iaitu hanya makan sekali sehari atau saya gantikan dengan salad.

Syukur masih muat,” katanya yang menetap di Kajang, Selangor.

Darleen yang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat swasta bersyukur apabila hasratnya untuk menyarungkan baju kebaya songket akhirnya direalisasikan.

“Rasa gembira sangat, tak sangka impian saya nak pakai songket di atas pelamin tercapai juga. Bersyukur sangat, Alhamdulillah,” tambahnya.

Acara memotong pulut kuning. Foto instagram Khairul_Fazlan_Brahim

Kegembiraan tersebut membuatkan Darleen tidak kisah memakai hiasan sanggul lintang yang begitu berat di atas kepalanya sepanjang majlis istimewanya itu.

“Sanggul lintang memang berat sangat, bukan saja hiasannya sarat tapi rasa ketat dan mencengkam di kepala. Sampai saya rasa pening kepala di atas pelamin.

“Masa sesi makan beradab lagilah, memang tak boleh nak tunduk sangat kepala masa makan. Tapi sebab gembira sangat dapat pakai songket, berat sanggul dan pening kepala tu saya layankan aje,” katanya.

Sumber : M star

Continue Reading

Keluarga

Gadis Ini Pelik Bila Ibunya Sering Beli Tisu Banyak2. Masa Mandi Je Ibu Mesti Mintak Hulurkan Tisu. Rupanya Ibunya Sorokkan Sesuatu. Akhirnya Terbongkar Apa Yang Ibunya Buat Setiap Kali Dalam Bilik Air

Published

on

By

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Aku seorang saja perempuan, adik-adik semua lelaki. Umur aku 17 tahun dan akan menduduki peperiksan penting tahun ini. Aku ingin menceritakan tentang kesedihanku sejak tahun lepas. Ramadhan tahun lalu, ibuku pergi buat selamanya akibat sakit payudara.

Semasa hidupnya, ibuku seorang wanita yang hebat. Setiap subuh selepas solat, ibu akan siapkan sarapan untuk kami semua dan menguruskan kami sebelum ke sekolah. Selepas itu, barulah ibu pergi kerja. Ibu berkerja di syarikat swasta dan memegang jawatan penting dalam syarikat tersebut. Ekonomi keluarga kami sangat baik disebabkan pendapatan ibu yang agak tinggi, sedangkan ayah bekerja biasa-biasa sahaja. Pernah juga ayah menganggur.

Ibu sangat memanjakan kami. Tidak pernah ibu mengasari kami. Marah yang teruk-teruk pun tak pernah. Sebab tu kami semua rapat dengan ibu. Ibu buat semua kerja di rumah, aku cuma tolong sikit-sikit saja. Aku tak banyak masa di rumah.

Lepas sekolah, aku akan pergi ke pusat tusyen. Aku tak pandai buat kerja rumah. Goreng telur, masak nasi, bahkan cuci kasut sekolah pun aku tak pandai buat. Semua ibu yang buatkan untuk kami. Saat-saat terakhir ibu bersama kami seperti mimpi. Sangat mengejutkan. Aku tidak pernah terfikir ibu akan pergi tinggalkan kami begitu cepat. Aku menyangka ibu cuma sakit biasa.

Sebelum ibu pergi, memang ibu sakit. Ibu dimasukkan ke wad. Bila ada saudara-mara yang datang melawat, ibu cakap ibu ditahan sebab sakit gastrik yang melampau. Sakit ulu hati. Memang itulah jawapan ibu setiap kali ditanya. Selepas beberapa hari ditahan di wad, ibu boleh pulang. Kami pun lega akhirnya ibu boleh pulang, sebab kehidupan kami serabut tanpa ibu. Syarikat ibu kerja memberi cuti sehingga ibu betul-betul sembuh.

Suatu hari, ibu pitam dan terjatuh. Kami adik-beradik panik dan terus memanggil ayah. Ayah datang dan terus mengangkat ibu untuk pergi ke hospital. Tapi ibu bersuara, “Abang tak perlu hantar saya ke hospital. Waktu saya sudah tiba.”

Saya dah tak nampak apa-apa lagi. Masa tu ayah menangis dan tidak peduli cakap ibu. Ayah tetap hantar ibu ke hospital dan dibawa ke bahagian kecmasan. Tidak lama kemudian, doktor cakap ibu tidak dapat diselamatkan lagi. Ibu hanya mampu bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Masa tu aku tidak tahu apa yang aku rasa. Seluruh badanku terasa lemah, lututku rasa seolah-olah tiada tulang. Aku lihat ayah menangis.

“Ayah tanya doktor, kenapa dengan isteri saya doktor? Kenapa tiba-tiba macam ni?” Doktor menjawab, “Encik tak tahu ke sakit isteri encik?, Isteri encik hidap sakit pyudara tahap akhir.” Bagaimana mungkin ayah tak tahu penykit ibu? Ya Allah, masa tu aku sangat berharap semua tu cuma mimpi buruk dan ingin cepat-cepat bangun bangun dari tidur. Tapi malangnya, semua kenyataan.

Rupanya sudah bertahun ibu menyimpan rahsia tentang penykit ibu. Barulah aku terfikir, mengapa ibu selalu mengadu sakit bila adik bongsu bermanja di dada ibu. Baru aku terfikir mengapa ibu selalu beli tisu banyak-banyak dan meminta aku hantarkan tisu itu di pintu bilik air setiap kali ibu mandi.

Barulah aku faham mengapa ibu tidak mahu membuka pakaian dalamnya masa ditahan di wad sebelum ini. Mengapa ibu sembunyikan semua ini? Sekarang ibu sudah tiada dan aku masih tertanya-tanya mengapa ibu biarkan diri ibu tersiksa seorang diri.

Semasa menguruskan ibu, aku berada di samping ibu dari awal sampai akhir. Aku ikut memandikan dan membaluti ibu dengan baju baru dan baju terakhir ibu. Waktu itu, tiada lagi air mata yang mampu menitis. Sudah kering. Yang aku harapkan, agar ibu pergi dengan tenang.

Aku mencium ibu buat kali terakhir, aku merasakan luka kesedihan yang paling dalam waktu itu. Sebaknya tidak mampu untuk kutahan lagi. Ibu telah pergi tinggalkan kami buat selamanya. Aku melihat ibu diturunkan ke tanah persemadian. Di situlah aku menangis semahu-mahunya. Ibuku yang kusayang, yang selama ini selalu menemani kami sebelum tidur, kini akan tidur sendiri di dalam tanah. Ya Allah.. sayangilah ibu kami ya Allah, sebagaimana dia menyayangi kami selama hidupnya.

Setelah selesai urusan prsemadian ibu, kami pulang ke rumah. Aku menangis lagi. Rumah ini tiada ertinya tanpa ibu. Hatiku meronta-ronta mencari ibu. Tiada lagi sosok tubuh ibu yang kami peluk setiap hari. Adik bongsuku seperti tidak mengerti apa-apa.

Tiap kali dia melihat aku menangis, dia akan cakap, “Kakak jangan la nangis. Ibu pergi kejap je. Ibu tidur je tu.” Dan aku semakin sebak mendengarnya.Ibu, macam mana kami nak lalui hari-hari seterusnya tanpa ibu?

Selepas pemergian ibu, aku belajar berdikari. Aku belajar buat semua kerja rumah, mak cik aku ajar. Ayah aku? Ayah aku jarang pulang ke rumah selepas ibu pergi. Maka kami adik-beradik menyambut aidilfitri yang paling menyedihkan dalam hidup kami. Tanpa ibu.

Lebih kurang sebulan lebih selepas pemergian ibu, aku mendengar berita yang mengejutkan. Ayah ada wanita baru dalam hidupnya. Bahkan wanita itu sudah pun update status di laman sosial dan ‘tag’ ayah. Dia update gambar mereka berdua dengan caption,

“Finally after all this years, we’ve been through a lot of bla bla bla bla blaa…” Aku sedih. Aku marah. Apa semua ni? Maksudnya selama ni ayah ada perempuan lain selain ibu ke? Ya, memang ayah sudah lama ada hubungan dengan wanita tu. Sampai hati ayah.. sampai hati ayah buat macam tu pada ibu. Apakah makna air mata ayah di hari pemrgian ibu? Adakah ayah sedih sebab tak nak kehilangan ibu? Atau sedih sebab mengenangkan d0sa ayah terhadap ibu? Atau lakonan semata-mata? Hanya Allah yang tahu.

Aku benci ayah. Aku ingat ibu. Ya Allah.. kenapa ibu pendam semuanya sendiri? Kenapa ibu? Aku semakin sebak dan kasihan mengenangkan nasib ibuku semasa hidupnya. Sudahlah menanggung skit, ditambah lagi dengan keselingkuhan ayah.

Beberapa bulan selepas itu, ayah pun berkahwin dengan wanita itu. Majlis disambut dengan meriah. Ayah tak ingat dengan ibu ke? Tanah ibu masih merah! Semudah itu ke ayah lupakan ibu? Ibu, wanita yang mendampingi hidup ayah selama 20 tahun.

Aku ingat kembali, memang ibu seorang saja yang over excited setiap kali ada tarikh2 istimewa (anniversary dan birthday). Ayah tidak excited. Kami fikir memang ayah seorang yang tidak romantik, tapi rupanya.. sampai hati ayah.

Sekarang, ayah jarang balik rumah. Adik bongsu aku dijaga oleh mak cik aku. Aku dan seorang adik lagi hidup berdikari. Tinggal di rumah peninggalan ibu. Sekali-sekala mak cik akan datang melawat dan bermalam di rumah.

Ayah sibuk dengan isteri barunya. Mungkin akan menimang anak baru, entah la. Aku malas ambil tahu. Ayah juga tidak pernah membawa isteri barunya datang ke rumah. Kalau ayah balik, dia cuma balik sendiri. Mujurlah ibu ada banyak wang simpanan semasa hidupnya. Wang itulah yang mak cik aku belanjakan untuk kami. Harapkan duit ayah, dia kan sibuk bagi nafkah pada isteri barunya.

Ibu juga ada buat akaun simpanan atas nama kami dulu. Simpanan itulah yang akan kami gunakan untuk sambung belajar di masa hadapan. Terima kasih ibu. Ibu wanita terhebat. Tahun ini merupakan kali kedua kami beraya tanpa ibu. Aku terima takdir ini. Aku cuma berharap, aku dapat jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Ibu, semoga kita dipertemukan di syurga kelak.

Kami rindu ibu. Rindu yang tiada penghujungnya. Al-fatihah untuk ibu. Buat ayah, berbahagialah ayah dengan isteri baru ayah. Semoga kami mampu teruskan hidup walaupun kehilangan kasih sayang ayah. Terima kasih semua yang sudi membaca. Doakan aku lulus cemerlang SPM tahun ini.

Sumber : Dunia Kini

Antaranya lagi

Gadis Ini Dengar Suara Mak Nya Melalak Minta Sesuatu. Terus Dia Gelabah Panjat Pagar Dan Lari Masuk Rumah. Apa Yang Dia Nampak Dekat Ruang Tamu Sangat Mengejutkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Rambutan, kawan kepada Maria. Aku nak confess dekat sini bahawa seingat aku, sepanjang hidup aku, aku tak pernah cakap aku sayang mak aku dekat mak aku. Bukan aku tak sayang, cuma aku tak pernah cakap.

Dalam adik beradik aku, aku sorang je yang paling kenal mak aku sebab aku je yang duduk lama dengan mak ayah aku. Abang, kakak aku duduk asrama masa sekolah kemudian merantau dan terus kawin. Sebelum masuk belajar dan selepas habis belajar aku memang duduk dengan mak ayah. Kerja pon dekat.

Nak dijadikan cerita, mak aku normal dengan orang lain tapi bila dengan aku, mak aku ni macam nakal. Aku dari kecik memang tak nakal langsung. Tapi mak aku memang nakal sampai sekarang aku jadi sasaran. Orang lain selalu ada anak nakal kan, tapi kes aku terbalik. Aku nak share pengalaman aku je.

Peristiwa 1

Pada suatu petang, aku duduk dekat luar rumah, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicauan. Aku hirup udara segar kampung. Tiba-tiba phone berdering, tertera nama ‘Mak’. Aku angkat, aku dengar suara mak aku cakap ‘tolong’. Sepantas kelajuan cahaya aku berlari masuk rumah, aku lompat pagar rumah aku. Sampai dalam rumah, aku nampak mak aku terbaring dekat ruang tamu, lepas tu aku dengar mak aku cakap

“Tolong ambilkan remote tu Butan, mak tak sampai” sambil tunjuk remote yang jarak semeter dari beliau. Aku kenangkan syurga bawah tapak kaki beliau je masa tu.

Peristiwa 2

Aku balik dari kerja dalam pukul 5 petang, aku baring dekat kerusi depan. Aku terlelap. Tiba-tiba aku terasa panas, pandangan aku kabur. Kedengaran suara orang mengaji. Aku cuba bangun walaupon rasa berat sangat.

Aku nampak mak aku dekat tepi tengah pakai telekung sambil baca Surah Yassin. “Eh Butan hidup lagi kau” kata mak aku sambil berlalu pergi. Aku speechless masa tu, termenung seketika aku dahla berpeluh kena selimut dari hujung kaki ke hujung rambut. Takpa la, at least aku ada pengalaman pergi buat selamanya.

Peristiwa 3

Ada satu hari tu mak aku ajak tengok cerita hantu dekat Astro Citra. Mak aku pujuk aku cakap nanti nak belanja lollipop la apa la kalau teman beliau. Aku tetap tak nak sebab pagi tu ada rancangan nak jogging. Aku ingat lepas subuh pukul 6 macam tu terus jogging untuk menguruskan badan. Jadi aku kena tidur awal untuk bangun awal.

Tengah sedap tidur, alarm berbunyi. Bukan alarm phone aku, tapi alarm phone mak aku tapi phone beliau tu dibawah bantal aku. Tengok jam baru pukul 4 pagi. Mak aku balas dendam tu sebab tak teman beliau. Sudahnya aku pegi sahur. Aku tak jogging.

Pagi tu muka aku masam je. Aku perhati je mak aku sengih-sengih macam Spongebob. “Butan jom pegi KFC, mak belanja kau pinggan ular(snack plate)”. Sebagai seorang anak, aku pon maafkan mak aku selepas aku kenyang. Lepas tu baru aku ingat aku puasa hari tu.

Peristiwa 4

Aku dah bertekad untuk diet, aku dah berjaya diet selama 3 hari masa tu. Malam tu, aku tengah duduk dekat bilik, pintu aku biar buka. Tiba-tiba mak aku datang bawa char kuew tiaw, air Milo sejuk. Mak aku pon duduk bersila depan pintu aku, baca doa dan makan.

Dekat rumah aku ada 3 meja makan dan 14 kerusi makan tetapi mak aku memilih untuk makan depan pintu bilik aku. Mengapa ye tuan puan? “Butan, mak sakit perut la, tengok kan makanan ni kejap mak nak ke bilik ayor.”

Aku pon tengokkan makanan tersebut, lepas tu rasa la sikit-sikit. Takda la rasa banyak, 5 sudu je. Air Milo dia nikmat. Aku nak jenguk mak aku kt bawah, takut kantoi. Tapi aku nampak mak aku tengah duduk tengok tv makan karipap. Mak aku nampak aku, “Butan, kalau dah habis makan pinggan dengan cawan tu bawa turun.” Aku sedekahkan Al Fatihah kepada diet aku yang 3 hari menemani aku. Kini tiada lagi.

Peristiwa 5

Peristiwa ni takda kena mengena dengan aku cuma aku tak boleh lupakan.

Mak aku baca majalah. Lepas tu mak aku tanya aku maksud apa benda tah kat aku sebab ada tulis dekat situ. Aku jawab la lelaki bergaya dan kemas kot. Lepas tu suatu hari Persatuan Village Onions datang rumah aku adalah dalam 5-6 orang makcik. Mereka kupas isu apa entah masa tu. Salah seorang makcik tu ada sebut perkataan tak senonoh. Dengan yakin nya mak aku mencelah,

“Saya tahu benda tu, anak lelaki saya ada sorang yang macam tu” Persatuan Village Onions speechless. Lepas 15 minit aku gelak guling-guling, aku buat pembetulan dekat makcik-makcik tu. Baru la ceria sikit muka mereka lepas aku terangkan.

Peristiwa 6

Mak aku suka main game tapi ayah aku tak pernah tahu. Mak aku pandai sembunyi kan kegiatan beliau. Mak aku kadang main game masa lipat kain, bila ayah aku datang, mak aku letak phone dekat bawah kain baju beliau lipat tu lepas tu pura-pura lipat kain.

Hari tu pernah, mak aku tengah masak sambil main game, tiba-tiba ayah aku datang, mak aku letak phone beliau dalam peti ais sebab takut kena marah dengan ayah aku. Aku yang terkejut bila buka peti ais tu. Aku tengok si Layla mobile legends mengigil sejuk dalam tu ha.

Peristiwa 7

Ni bukan peristiwa tapi terjadi hari-hari. Mak aku takut naik kereta kalau aku yang drive. Mak aku takut tapi hari-hari suruh aku bawak beliau. Kadang rumah jiran selang 2-3 rumah pon mak aku suruh aku hantar. Jiran aku tu kalau dia kentut pon aku boleh dengar dari rumah aku, kalau drive tu tak payah masuk gear pon dah sampai.

Pernah aku nak pergi kedai dengan mak aku, akak aku call, lepas tu aku dengar mak aku cakap, “Okay lah kalau panjang umur aku call balik, nak menggadai nyawa dengan Butan jap.” Masa dalam kereta, mak aku akan genggam pemegang dekat atas tu, tangan lagi sebelah beliau pegang bahu aku. Bila nak kona ke nak sodok bonggol ke mesti beliau genggam bahu aku kuat-kuat macam orang nak bersalin tu, nafas turun naik. Gayat kot, tapi tulaa pergi kedai depan rumah je kot. Bawak 40 je. Tapi kalau dengan ayah aku lain. “Laju lagi Butan, laju lagi”, “Potong kereta tu Butan, potong”, “Drift Butan, drift”.

Peristiwa 8

Mak aku pernah pinjam phone aku nak call pakcik aku. Aku pon biar jela, aku pergi makan. Dalam 15 minit macam tu, mak aku senyap je. Aku intai dari belakang mak aku, aku tengok mak aku tengah whatsapp dengan boifren aku. Dengan muka tak bersalah mak aku pulangkan phone aku, “Nah Butan, abiy kau kirim salam”.

Peristiwa 9

Aku ada diari zaman sekolah menengah, masa budak-budak sangat. Aku simpan dalam kotak dekat bilik. Masa tengah kemas, aku baca balik, mengimbau kenangan silam. Aku tersenyum, ketawa sorang-sorang bila baca diari tu. Mak aku masuk bilik..

Mak, Gelak apa tu Butan?.. Aku, Tak ada apa lah. Baca dulu punya kenangan.. Mak, Oow mak pon nak tahu jugak, ceritalah.. Aku, Tak boleh mak, ni rahsia Butan. Mak, Ha yela, tapi muka surat kedua terakhir tu paling kelakar kan. (Sambil buat muka spongebob). Mak dah khatam 10x masa kau takda kat rumah hahahahahaaaaaa. Best la baca diari kau… Aku., Makkkkk!!!!!!

Peristiwa 10

Aku dekat tempat kerja masa tu, nak balik. Aku tengok phone, aku baca whatsapp mak aku, “Butan, mak dah takda nyawa dah ni, balik cepat sikit.” Rancangan aku nak mengopi dengan kawan dibatalkan. Aku bawa motor laju, selamba je aku potong mat rempit, asalnya aku pakai tudung tapi sampai rumah dah jadi kelambu.

Aku cari mak aku, aku dah risau. Aku nampak mak aku tengah duduk. Nampak runsing, “Butan, bagi mak nyawa sikit dekat Gardenscapes (nama game), mak perlukan satu je lagi star ni ha.” Aku sayang mak aku dunia akhirat, tapi aku tak reti nak luahkan. Walaupon mak aku selalu prank aku, aku sayang mak aku.

Sumber : Rambutan / IIUMC

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!