Connect with us

Semasa

Benda Mcm Ni Pun Ada 0rg Jual Dkwa Gelang Boleh Halang C0vid, Penjual K3na K0mpaun R M 50k

Published

on

Korang ingat lagi tak awal-awal PKP haritu ada viral pasal gelang yang boleh cegah C0vid-19? Haa.. ada lah pihak yang tak bertanggungjawab jual gelang yang kononnya boleh cegah C0vid-19 tu.

Gelang entah apa-apa pastu claim boleh cegah penyakit. Senang betul buat duit.

Baru-baru ni, ada penjual yang kena kompaun sebab jual gelang tu. Kompaun RM 50,000 weh.

Free-free je bayar kompaun sebab nak senang buat duit sangat. Korang tengok tweet hmetromy kat bawah ni

Siapalah yang percaya?

Rupa macam getah rambut je, tapi harga sebenarnya RM580 tau satu. Yang tangkap tu penguatkuasa KPDNHEP lepas dapat laporan pasal isu ni.

Kalau penguatkuasa tak kompaun, memang ramai lagi lah orang yang akan beli sebab keliru dan terpedaya dengan dakwaan tak masuk akal ni.


Betul, kalau harga bawah RM50 tu nak percaya tak apa lah juga. Ni sampai dekat RM600 tu agak-agaklah kan. Mahal tu!
Kalau betul dengan gelang boleh cegah C0vid-19, pegi bagitahu WHO sana tu. Senang pakai gelang tak payah vaksin bagai.

Ni pun satu masalah gak. Admin pernah tengok vide0 orang pakai kad waktu isi minyak. Katanya boleh pecahkan particle apa benda ntah. Pelik-pelik je claim itu ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Lobak Merah

Semasa

Hari pertama wajib pakai Mask, lebih 20 0rang dapat surat cinta dari P D R M

Published

on

By

Kerajaan sudah menguatkuasakan peraturan dan undang-undang bagi menguatkuasakan nasihat Kementerian Kesihatan dengan mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka atau mask.

Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan kompoun sebanyak RM1000 dibawah akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Jadi semalam kami juga telah memperingatkan orang ramai untuk pakai pelitup muka seperti mana nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mulai esok tak pakai “Mask” terus kompoun RM1000, Tak de kompromi – Kerajaan

Semalam kerajaan telah mula menguatkuasakan perkara ini dan 20 orang individu telah dikompoun sebanyak RM1000.00 ketika operasi dijalankan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Ass Komisioner Noorzainy Mohd Noor. Ia telah mengadakan pemantauan bermula jam 12
dan

ketika pemantauan dibuat di kawasan Rehat dan Rawat itu didapati sekumpulan individu melepak dan mereka tidak mengamalkan penajarakan fizikal bahkan tidak memakai pelitup mula.

Oleh itu, tindakan kompaun terpaksa dikeluarkan ke atas kesemua mereka kerana kegagalanmematuhi SOP mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Jadi kami ingatkan sekali lagi kepada anda semua, pastikan sebelum keluar rumah pakai mask mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam laman sosial mereka.

Pastikan jika anda mahu jahit sendiri mask anda ikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh KKM kerana ia adalah standard yang ditetapkan oleh Kesihatan Dunia (WHO)

Sumber : wowrentasasia

Continue Reading

Semasa

Musa Aman Pergi lstana, Yakin Dpt Bentuk Krajaan Baru. Sekali Lain Pula Terjadl Dan Mereka Sendiri PeIik

Published

on

By

Terkini, seramai 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kecewa kerana pihak Istana Negeri tidak membenarkan mereka mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mewakili semua Adun terbabit berkata, keadaan ini pelik dan mengecewakan kerana mereka memiliki majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Katanya, tujuan mereka bertemu dengan Juhar adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

” Kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan… pelik dan mengecewakan apabila pihak istana tidak membenarkan kami masuk (Istana Negeri).

” Sedangkan sebelum ini, wakil Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah bertemu dengan TYT (Tuan Yang Terutama) dan menyatakan kami sudah ada majoriti.

” Semua 33 Adun ada di sini, bukan hanya surat tetapi juga badan mereka.. akan tetapi kami tidak dibenarkan masuk,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Sebaik saja sidang media selesai jam 5.30 petang tadi, semua kenderaan yang membawa seramai 33 ADUN beredar termasuk Tan Sri Musa Aman.

Sebelum itu, Musa bersama rombongannya tiba di Bulatan Nenas di Jalan Istana, Kota Kinabalu, jam 3.50 petang untuk mengadap TYT namun dihalang masuk sepasukan polis yang membuat kawalan di jalan berkenaan sejak semalam.

Sementara itu, Musa dalam sidang media di kediamannya, hari ini, mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu dan mendakwa pembubaran DUN adalah tidak wajar.

Beliau berkata, pihaknya memperoleh sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Shafie Apdal pula kata TYT setuju DUN bubar

Pagi hari ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memperkenankan permohonannya untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau berkata, sehubungan itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

” Rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Sumber : asiakini

Continue Reading

Semasa

Musa Aman dijangka tiba di istana utk angkat sumpah Sekali Shafie Apdal cakap miliki majoriti

Published

on

By

10.05 pagi: Ketua Bersatu Sabah yang juga Adun Sulaman, Hajiji Mohd Noor mengesahkan bahawa pembangkang akan bertemu dengan Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin.

“Ada isyarat (dari istana untuk hadir ke istana negeri), tetapi masa belum ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada Musa akan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri, dia berkata: “Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar.”

Hajiji juga mengatakan bahawa pembangkang mendapat sokongan sekurang-kurangnya 34 daripada 65 Adun untuk mengambil alih kerajaan negeri pimpinan Warisan.

Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah, miliki majoriti

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah selepas masih mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketika ditemui pemberita di kediaman rasminya, Mohd Shafie berkata segala kemelut politik yang berlaku hari ini (Rabu) dan intipati mesyuarat tertutup malam ini akan diumumkan esok (Khamis).

“Saya masih ketua menteri (Sabah) dan masih memiliki majoriti (ADUN).

“Esok ada satu sidang media dan semua akan saya ulas mengenai keadaan ini,” katanya secara ringkas.

Mesyuarat tertutup di kediaman Mohd Shafie itu dihadiri ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Terdahulu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengadakan sidang media di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu dan mendakwa memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Pada sidang media itu terdapat beberapa ADUN Warisan hadir dan menyatakan sokongan kepada Musa.

Tambah Musa, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew mengesahkan kepada portal Malay Mail bahawa Mohd Shafie kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Sumber : musangviral

Continue Reading

Trending

error: Content is protected !!