Connect with us

Infomaklumat

Sek0lah, Kawasan Masjid Dan Rumah lbadat Ditutup, PKPD Bakal Di Jalankan Di Kedah

Published

on

Pengesanan kontak rapat secara aktif membabitkan kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga giat dilaksanakan di pejabat-pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk mencegah penularan Covid-19 di Kedah yang didapati semakin meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian turut menjalankan aktiviti pembersihan dan nyah kuman di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah-rumah kes yang dikesan positif.

“Sebanyak 313 orang telah disaring sehingga pukul 12 tengah hari ini. Daripada jumlah itu, 20 kes dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih me­nunggu keputusan ujian.

Malaysia di fasa pemulihan, kata Noor Hisham menjelang PKP4

“Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Tiada kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Kluster Sivagangga menular akibat jangkitan import selepas seorang pemilik kedai nasi kandar di Napoh yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu.

Dia dilaporkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan tidak menjalani kuarantin di rumah sebaliknya ke premis perniagaan berkenaan sebelum penularan jangkitan di kawasan itu berlaku.

Tambah Noor Hisham, daripada kes positif yang dilapor­kan, sebanyak 15 kes adalah warganegara Malaysia dan lima kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan.

“Sebanyak lapan kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,975 iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur tujuh tahun sementara kes-8,975 merupakan kes generasi pertama,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, sebanyak tiga kes me­rupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,976 yang me­rupakan kes generasi pertama iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur 10 tahun.

“Kesemua kes telah dima­sukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan,” ujarnya.

PKPD AKAN DIJALANKAN

Polis tahan 315 ingkar PKPP, 127 tak pakai pelitup muka

Hari ini pada sidang media Menteri Ismail Sabri, beliau memberitahu kerajaan negeri Kedah memohon agar PKPD secara pentadbiran dijalankan di beberapa tempat.

Menteri Ismail Sabri membuat kenyataan bahawa PKPD secara Pentadbiran akan dijalankan bermula dari 3hb Ogos sehingga 30hb Ogos.

Perlaksanaan PKPD akan menggunakan SOP yang sedia ada seperti sekatan jalan raya.

Seramai 7000 penduduk di kawasan akan disaring secara swab test.  Kawasan masjid dan rumah ibadat akan ditutup.

4 kawasan di Kedah dikenakan PKPD secara pentadbiran akibat ...

Sekolah dan pusat taska juga akan ditutup.

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)#BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Sunday, August 2, 2020

Sumber : utusan 0nline

Infomaklumat

9 Kesilapan Mengecas Telefon Bimbit Yang Korang Perlu Berhenti Buat Kalau Nak Bateri Tahan Lama

Published

on

By

Kadang kala kita tak perasan pun sebenarnya rutin yang selalu kita buat adalah tidak betul.

Kesalahan mengecas telefon bimbit adalah yang sering kita lakukan tetapi masih ramai yang tidak tahu.

Jika mahu bateri telefon bimbit korang tahan lama, elakkan daripada melakukan 9 kesilapan mengecas berikut:

1. Tinggalkan kabel cas pada soket

Pengecas sentiasa menggunakan kuasa di soket walaupun handphone tidak disambungkan. Hal ini tidak baik untuk bil elektrik korang.

Selain itu, ia juga melepaskan haba yang perlahan-lahan dapat berkumpul dan jika udara dalam ruang tersebut lembap, ia mampu menyebabkan kebakaran.

Jika korang tidak mengecas telefon, tanggalkan kabel daripada soket.

 

2. Cas sehingga bateri 100%

Setiap bateri mempunyai bilangan kitaran pengisian yang tepat dan sekiranya korang selalu mengecas handphone sehingga 100%,

ia akan berakhir dengan lebih cepat. Cara yang betul adalah cas penuh handphone sebulan sekali dan untuk waktu-waktu yang lain,

ianya dicaj sekitar 20 hingga 80% sahaja.

3. Biarkan sehingga bateri mati

Jangan biarkan bateri handphone korang betul-betul habis kerana jangka hayat bateri untuk bertahan akan semakin berkurangan.

4. Biarkan cas handphone semalaman

Jika korang mengecas handphone semalaman, ia bukan sahaja membazirkan bil eletrik,

malah boleh menyebabkan tempoh jangka hayat bateri korang berkurangan.

5. Gunakan handphone sewaktu cas

Jangan menghabiskan bateri telefon korang semasa sedang dicaj.

Ini kerana ia membawa dua tekanan bateri yang berlebihan untuk melakukan dua perkara sekali gus.

Jika ada yang menelefon korang, cabut terlebih dahulu plug charger dan cas semula selepas tamat panggilan.

6. Caj handphone walaupun bateri lebih 20%

Mengecas telefon secara berterusan adalah salah kerana ia boleh menjadikan jangka hayat bateri korang lebih pendek daripada sepatutnya.

Cara terbaik untuk menggunakan bateri adalah mengecasnya hanya bila ia benar-benar diperlukan.

7. Caj handphone tanpa membuka casing telefon

Salah satu ‘bahaya’ ketika mengecas telefon adalah membiarkan handphone dicaj tanpa membuka casing.

Ia boleh menyebabkan overheat dan supaya telefon boleh ‘bernafas’.

8. Menggunakan kabel cas yang murah dan tidak original

Setiap telefon mempunyai pengecas serasi yang tidak boleh diganti dengan jenama lain.

Sekiranya korang tidak menggunakan pengecas yang betul,

tenaga yang dihantar ke bateri mungkin terlalu banyak atau terlalu sedikit.

9. Mengecas handphone melalui laptop

Ada diantara individu yang gemar mengecas handphone melalui laptop, ketika mereka sedang bekerja.

Namun begitu, ia memerlukan masa lebih lama untuk bateri menjadi penuh

. Sebaiknya, cas telefon pada soket di dinding.

Semoga informasi ini berguna dan memberikan sedikit sebanyak pengetahuan untuk korang mengecas telefon bimbit.

Sumber : brightside

Continue Reading

Infomaklumat

Tol0ng Sebrkan Kepada Tetamu Yang Dtng Kenduri Ini. Rupanya Ada Yang Dtng Tidak Scan My Sjahtera

Published

on

By

Di Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah sedang mengesan kesemua tetamu yang hadir di sebuah majlis akad nikah di Bukit Indera Muda di Seberang Prai baru-baru ini.

Menerusi laporan Penang Kini, difahamkan ada segelintir tetamu tidak scan QR Code MySejahtera semasa menghadiri majlis tersebut.

Ada tetamu tidak scan

Berdasarkan laporan, tuan rumah telah menyediakan QR Code MySejahtera buat tetamu yang datang ke majlis tersebut.

Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan gagal mematuhi SOP. Mereka dipercayai tidak scan MySejahtera.

Salah seorang positif Covid-19

Susulan daripada itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Prai Tengah telah mengeluarkan notis di mana semua tetamu yang telah menghadiri majlis tersebut perlu menghubungi bilik gerakan PKD SPT. Hal ini kerana dipercayai salah seorang tetamu yang hadir telah didapati positif Covid-19.

Perangai manusia, degil!

Sumber: Penang Kini via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading

Infomaklumat

Ramai yg Tak Tahu, Antara 4 Individu Ini, Siapa Waris Faraid Sebenar Arwah Abam. Ini penjelasan dr Peguam

Published

on

By

Nampaknya kemelut antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.

Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dia dan keluarganya.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama).

Bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Berikut Posting dari TN KA sebgai perkongsian kita bersama

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk campur tangan isu keluarga sesaorang, tetapi kerana saya berada dalam bidang pewarisan dan telah membantu menyelesaikan banyak kes kes pusaka, ramai yang

bertanya kepada saya untuk mendapat pandangan dan analisa akan perkara yang berlaku dan telah tersebar di media social.

Saya akan beri pandangan saya dari sudut professional berdasarkan maklumat saya dapat dari apa yang ada di media dan yang telah menjadi pengetahuan umum.

SIAPAKAH WARIS FARAID ARWAH ABAM?

1. Ayahnya (Syed Mohd Redzuan yang diberitakan masih lagi hidup) Hak Faraid 4/24

2. Ibunya (Rosbiah Arshad) hak Faraid 4/24

3. Isterinya (Siti Nurhidayah Mohd Ali) 3/24

4. Anaknya (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey) bakinya sebagai Assobah Binafsih 13/24.

Hak nya akan dijaga oleh penjaganya. Untuk kes ini Ibunya berhak menjadi penjaga.

APAKAH TANGGUNG JAWAB WARIS ARWAH ABAM?

1. Jika ada sebarang harta yang telah dihadiahkan (Hibah) oleh arwah dengan cukup syarat dan rukunnya, keluarkan harta tersebut dari pengiraan Pusaka.

2. Jika ada sebarang harta yang Arwah pegang sebagai pemegang amanah bagi pihak sesiapa, keluarkan bahagian yang dipegang amanah dari pengiraan Pusaka

3. Jika ada sebarang kos pengkebumian, boleh diambil dari harta tunai ynag ditinggalkan seperti duit tunai dalam dompet, duit yang sempat dikeluarkan dari ATM dll.

Dan sekiranya ada ahli keluarga yang dahulukan pembayaran kos kebumi, boleh tuntut dari pusaka tunai arwah.

4. Jika ada sebarang hutang arwah kepada Allah seperti Zakat, Fidyah, Haji, waris boleh gunakan pusaka tunai arwah untuk lunaskan.

5. Jika ada sebaran hutang arwah kepada manusia atau kerajaan, waris uruskan untuk membayarnya mengunakan harta yang ditinggalkan (Rujuk Surah An Nisa ayat 11-12)

6. Jika ada isteri yang sah, Si isteri boleh menuntut 3 perkara

a. Nafkah sara hidup semasa iddah atau sebaiknya selama 12 bulan ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

b. Peruntukan untuk tempat tinggal ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

c. Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka

7. Jika ada sebarang wasiat yang dibuat oleh arwah kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan dan nilainya tidak melebihi 1/3 dari harta yang ditinggalkan.

Maka wajib waris laksanakan ( rujuk Surah An Nisa ayat 11 dan 12)

HAK WARIS

Setelah dilaksanakan 7 perkara di atas, barulah bakinya menjadi hak waris faraid.

Waris-waris ini setelah tahu berapa kadar hak faraid mereka dan nilai pusaka yang ditinggalkan, mereka boleh bermuafakat ( At

Taharuj). Ada 4 jenis permuafakatan yang mereka boleh ambil.

1. Melepaskan hak mereka dengan redha kepada waris lain.

Jika ini berlaku waris yang melepaskan hak itu seolah olah memberi sedekah akan hak mereka dan akan mendapat ganjaran pahala

2. Melepaskan hak mereka dengan menerima pampasan yang dipersetujui

3. Semua waris setuju untuk membahagikan pada kadar tertentu

4. Semua waris setuju untuk dibahagi mengikut kadar faraid

Setiap harta boleh mengikut kaedah muafakat ynag berbeza, bukan bermakna satu muafakat terpakai untuk semua harta. CARA TERBAIK MENYELESAIKAN ISU PUSAKA

1. Jemput pihak ketiga yang pakar dalam menyelasaikan isu pusaka.

Tindakan sendiri dari pihak waris, lebih lebih lagi dengan pengaruh emosi dan bertindak tanpa kefahaman yang tepat tentang faraid dan proses urus pusaka akan mengeruhkan keadaan.

2. Mulakan proses urus pusaka di tempat yang sepatutnya, sebaik baiknya dengan bantuan pakar.

Membuat kenyataan di media social dan tindakan saman menyaman tidak akan menyelesaikan masalah

3. Untuk semua yang masih hidup dan yang mempunyai keluarga, harta, Hasrat dan satu haru nanti akan mati, disarankan untuk membuat perancangan legasi yang lengkap.

ANALISA PERIBADI SAYA

Apa yang berlaku kepada urusan Pusaka arwah Abab, adalah kesilapan yang biasa berlaku dalam pengurusan pusaka masyarakat kita yang menyebabkan ketika ini ada lebih RM 80 billion harta milik orang mati

masih terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih milik orang mati dan banyak kes perbalahan antara waris berlaku yang menyebabkan urusan pusaka tidak selesai

SEKIRANYA PERKHIDMATAN SAYA DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI

SAYA SEDIA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA, INSYAALLAH

Pandangan ikhlas dari KAMARUL AZMAN. CEO Mypusaka

Pemegang tauliah berceramah dan mengajar Faraid dan Urus Pusaka dari Pejabat Mufti Negeri Sembilan ( No Ruj 02749)

Saya tidak menyesal – Ali Puteh

“Saya tidak menyesal” itu kenyataan Ali Puteh ketika diminta mengulas tindakannya menfailkan saman terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 31, memberitahu, apa yang dilakukan ini dilihat sebagai satu tindakan yang betul dalam mengembalikan maruah keluarganya.

“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga.

Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikecam dengan pelbagai kata-kata tidak benar.

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu.

Jadi saya akan tetap teruskan saman seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,” katanya kepada Utusan Malaysia sebentar tadi.

Sementara itu, Ali juga memberitahu laman sosialnya kini juga dibanjiri pesanan netizen yang ingin meminta maaf.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak.

Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.

“Tapi sebenarnya lebih ramai yang meninggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya.

Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu.

Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,” katanya.

Sebelum ini Ali memaklumkan dia menerima surat saman daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu.

Saman itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

sumber : Aida Mypusaka

Continue Reading

Trending