Connect with us

Keluarga

Telefon Dan Beg Duit Hilang, Tapi Gelang Emas Masih di Tangan. Rupanya Ini Punca Pensyarah Dibvnuh

Published

on

P0lis berjaya merungkai pembvnuhan seorang wanita di mana m4yatnya ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang, Khamis lalu.

Motif wanita yang juga seorang pensyarah itu dibvnuh dikatakan berpunca akibat suami mngsa tidak dapat menerima hakikat isterinya memfailkan perceraian.

Svspek berusia 41 tahun itu kemudian tergamak membvnuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung.

Terdahulu, suspek berpura-pura mencari isterinya, 40, bersama anak perempuan berusia 14 tahun selepas membvnuhnya sebelum menghubungi Mers 999 mendakwa menemui mngsa dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 1.04 pagi.

Ketua P0lis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek yang bekerja sebagai sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang.

” Suspek kemudiannya membawa m4yat mngsa menggunakan kenderaan dipandunya menghala ke Tasik PKNS, Dengkil pada 4.30 petang Rabu lalu,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian menukarkan tempat mngsa ke tempat pemandu sebelum mengambil dompet dan telefon sim4ti serta meninggalkan isterinya dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

” Dia (svspek) kemudian keluar bersama anak menaiki kenderaan e-hailing konon ingin mencari wanita itu yang tidak pulang ke rumah dari jam 4 petang Rabu lalu.

” Suspek mengatakan dirinya bersama dengan bantuan pemandu e-hailing dari rumah yang terletak di Putra Perdana sehingga menjumpai kereta yang dinaiki mngsa di tepi tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya dan kemudiannya hubungi pihak polis apabila mendapati isterinya tidak bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gelang emas masih berada di tangan

Wan Kamarul berkata, pemeriksaan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian dapati tiada sebarang kecederaan pada badan mngsa melainkan telefon bimbit dan beg duit yang tiada bersama dengannya tetapi gelang emas masih berada di pergelangan tangan kiri.

” M4yat mngsa dihantar ke Hospital Serdang bagi tujuan b3dah siasat dan hasil b3dah siasat yang dijalankan pada Khamis lalu mendapati punca kem4tian adalah disebabkan jerutan di leher.

” Siasatan yang dijalankan ke atas suami mngsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana lelaki itu melafazkan cerai pada pada 24 Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek menjerut leher wanita itu kerana terlalu marah selepas bertengkar berkaitan perceraian yang mahu difailkan mngsa.

” Suspek mengaku membvnuh isterinya kerana marahkan mngsa yang tetap mahu bercerai dengannya.

” Mereka sudah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 14 tahun,” katanya.

Katanya, suspek direman sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Sksyen 302 Kanun Kesksaan

Sumber : malaysiaunited

Keluarga

Bangga Dapat lstri Cantik bak Model, Tp Mlm Pertama Svami Lari Lintang Pvngkang Keluar Dari Bilik. Bila lstri Buat Bunyi yg Sangat Bvsuk

Published

on

By

GAMBAR SEKADAR HIASAN.Bila baca tajuk story aku ni, korang jangan lah jump to the conclusion terus ok.

Sebelum kau orang nak komen negatif ke positif ke, meh dengar aku citer dulu. Macam ni.

Aku ni kahwin dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Lawa sangat bini aku.

Sebagai suami, mesti la aku bangga ada bini lawa.

Lawa dia bukan lawa biasa, tapi lawa dia persis Korea beb ! Before nikah, bini aku ni ramai sangat la peminatnya.

Tapi dalam ramai-ramai lelaki, aku yang tak hensem ni jugak yang dia terima.

Mungkin di mata dia, aku ni memang hensem? Mungkin.

Waktu kami dating, aku nampak bini aku ni perfect 100%.

Aku rasa bahagia gila masa bercintan cintun dengan dia dulu. A

ku rasa akulah lelaki paling bertuah sebab dapat bini lawa.

Kawan-kawan aku pun semua jeles sebab aku yang takde rupa ni dapat tackle perempuan lawa.

Kau rasa? Hohoo bahagia sangat la aku waktu tu. Dah la bini lawa, dia pun sopan santun je.

Memang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir la. Tapi selepas kahwin, lain yang aku nampak.

Lepas je kawin, baru kantoi tabiat isteri aku yang kuat kentut.

Setiap malam waktu tengah tidur, boleh pulak isteri aku kentut.

Dah la kuat kentutnya, busuk pula tu! Aku yang tengah lena tidur pun terjaga.

Aku punya la tahan hidung sebab tak tahan bau busuk tu.

Pernah juga aku keluar bilik tidur kat luar sebab kentut bini aku tu semerbak 1 bilik.

Tapi sejak bini aku pelik kenapa aku tidur luar, aku tak sampai hati la nak lukakan hati dia.

So setiap malam benda sama berulang. Memang aku kena hadap lah bau kentut dia tiap malam.

Aku tak pasti la dia ada penyakit apa, tapi memang tiap malam waktu dia tengah tidur nyenyak , dia akan kentut.

Kentut tu pulak kuat dan bau busuk ! Aku pernah nak cuba tanya bini aku, tapi takut dia kecik hati pulak.

Masalahnya sekarang, bini aku ni langsung tak tahu menahu yang dia tu jenis kuat kentut masa tidur.

Yelah, dia tengah tidur, mana lah dia sedar yang dia kuat kentut.

Okey itu baru tang kentut. Ni belum masuk tang sendawa lagi..

Sebelum kahwin, aku tak pernah pulak perasan dia ni sendawa ke apa. Sebab kami pun jarang dating kat kedai makan.

Tapi lepas kahwin ni, baru aku tahu bini aku ni jugak kuat sendawa.

Satu hari tu, aku dan bini aku gi makan kat kafe. kafe tu ramai la orang.

Waktu kami tengah makan tu, tiba-tiba bini aku boleh pulak sendawa kuat sangat.

Dah la sendawa dia macam jantan! Orang lain semua tengok kami masa tu. Uishh malu sangat aku masa tu.

Tak sangka bini aku yang lawa dan disukai ramai orang tu rupanya kuat kentut dan kuat sendawa.

Tujuan aku citer ni, aku bukan nak aibkan bini aku.

Sebab kau orang yang baca ni bukan kenal pun sape aku, apatah lagi bini aku.

Cuma, aku nak cakap kat sini bahawa rupa paras tu tak ke mana pun. J

angan pandang rupa je untuk kau pilih pasangan kau.

Macam aku, aku memang tengok rupa masa nak pilih calon bini dulu.

Tapi mujur jugak, aku tengok juga akhlak dia dan agama dia. Rupa paras ni tak ke mana pun.

Lepas kahwin baru aku sedar benda ni. Kadang-kadang, kita expect pasangan kita yang lawa dan cantik tu perfect.

Masa dating tak nampak lagi cela dia. Lepas kahwin baru nampak.

Masa tu kita tak boleh nak menyesal dah. Tak boleh berpatah balik dah.

Sebab dah kahwin, so lebih kurang dia, kau kena terima. Macam aku la sekarang.

Walaupun bini aku tu kuat kentut dan kuat sendawa, aku terima jela seadanya.

Sebab dia pun tak buat perangai buruk-buruk ke apa. Dia bini yang baik je untuk aku, lemah lembut, solat tak tinggal.

Dia hormat aku, jaga makan pakai aku. Cuma tang kentut sendawa tu, memang tak boleh nak elak ssbab benda tu tak boleh control.

So untuk kau orang yang belum kahwin, jangan lah tengok rupa je.

Jujur aku cakap, rupa ni kau nak yang lawa dan cantik untuk apa?

Kepuasan tu kau akan dapat sekejap je. Pilih la yang sedap mata memandang, cukup la.

Yang penting dia baik, bagus, pandai jaga kau dan ada agama.

Kalau kau dapat bini yang independent, aku rasa kau memang bertuah sangat ! Bini aku ni manja sikit, sikit-sikit merengek.

kadang-kadang aku rimas sebab sikit-sikit nak mengharapkan aku, dia jenis tak boleh berdikari dan buat sendiri tapi itulah aku cakap.

Dia dah jadi bini aku pun. Baik buruk dia, aku cuba belajar untuk terima.

Kahwin ni bukan semuanya manis-manis belaka. Kau ingat kahwin in real life sama macam drama tv3 petang-petang tu?

Choii ! Kahwin ni bahasa mudahnya perkongsian hidup dengan pasangan, di mana kita kena terima semua baik buruk dia.

Terlebih terkurang dia, perangai dia, habit dia, dan macam-macam lagilah.

Tapi janganlah disebabkan benda-benda kecil yang kau tak expect before kahwin tu, kau nak bercerai ngan bini pulak. tu namanya bodoh.

So, main point dia kat sini, pilihlah bini kerana agama dan akhlaknya, bukan sebab rupa je.

kalau ada rupa, kira bonus la kan. Tapi bonus takat mana la sangat. Nanti dah tua berkedut juga. haaha.

Continue Reading

Keluarga

Cecair Hitam Bau Asap Rkok Keluar Dari Hidung Ank. Bila DiPeriksa Terkedu MakAyah, Ini D0ktor Jumpa

Published

on

By

BUAT ibu bapa yang mempunyai anak kecil, sentiasalah memantau dan prihatin dengan sebarang perubahan pada diri si cahaya mata kita itu.

Kadang anak yang belum tahu akan bahaya di sekelilingnya itu akan mengalami dan berbuat sesuatu di luar jangkaan kita.

Sudah banyak kejadian anak suka menelan sesuatu ke dalam mulut hingga mengundang bah4ya seperti tercek1ik dan seumpamanya.

Jangan lupa, satu lagi ‘tempat digemari’ oleh anak kecil untuk ‘bereksperimen’ adalah memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung!

Sudah tentulah ‘bendasing’ yang cuba dimasukkan ke ‘gua kecil’ tersebut berupa benda halus yang svkar disedari oleh ibu bapa.

Jika ‘benda alah’ berkenaan mudah keluar semula tak mengapa. Begitupun, jika ia tersangkut dan mengundang bahaya, sudah tentu kesannya sukar digambarkan.

Itulah yang berlaku kepada ibu bernama Nur Atirah Atika Alias, 24, dan pasangannya Mohamad Khairul Rizduan Mayeeding, 24, dari Puchong Indah, Selangor ini kepada anak kecil mereka.

Perkongsian seorang ibu mengenai apa yang berlaku kepada anak sulungnya boleh dijadikan iktibar buat ibu bapa lain.

Malah ins1den pada 30 Mei lalu itu bagaikan mimpi ng3ri buat Atirah Alias sekeluarga.

” Pukul 3 lebih petang mama tengak kakak tengah asyik kor3k hidung dengan jari telunjuk.

” Mama tegur ‘kakak jangan kor3k hidung dengan jari telunjuk nanti besar lubang hidung kakak’.

” Kakak teruskan kor3k tanpa hiraukan apa yang mama beritahu.

” Selepas beberapa jam pukul 4 lebih petang, kakak mengadu sak1t hidung. Mama minta nak tengak, dia tak kasi.

” Dia teruskan kor3k dan mnangis cakap sak1t. Hingus mula keluar belah hidung kiri.

” Mama paksa tengok dengan lampu telefon tak ada benda apa-apa melainkan hingus dia yang keluar,” katanya dalam posting tersebut.

Namun Atirah tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah keadaan anaknya yang berusia empat tahun itu kelihatan berbeza pada malam tersebut.

” Dalam pukul 7 lebih dia nampak lain, badan panas dan dia cakap sejuk. Lepas tu hidung dia mula bercampur dengan cecair warna hitam.

” Mama ingat dar4h beku mungkin sebab dia kor3k terlalu dalam.

” Pukul 11 lebih semakin banyak cecair warna hitam. Mama cium tak bau apa-apa. Hanya ingat dar4h beku lagi.

” Kakak tak dapat nak tidur, tubuh semakin panas, mama paksa papa bagi kakak ubat. Setelah itu kakak dapat tidur kejap tetap tak lena seperti biasa,” katanya.

Tak sedap hati, bila dicium berbau macam asap rokok

Jelas ibu dua anak itu, cecair hitam yang keluar dari hidung anaknya, Aura membuatkan dia tidak sedap hati melihat keadaan itu.

” Pukul 7 pagi mama tak sedap hati sebab tengak cecair hitam masih keluar.

” Mama sapu dengan kain lanpin dan cium tapi tak bau apa-apa. Minta adik lelaki cium dia cakap bau macam asap rokok.

” Tapi mama masih tak puas hati dan rasa tak sedap duduk. Terus ajak papa pergi klink swasta.

” Bila daftar klinik swasta tu tak terima sebab suhu badan kakak dah panas sangat,” katanya.

Disebabkan klinik swasta enggan menerima kes Aura, pasangan suami isteri tersebut membawa anak mereka ke Hospital Serdang pada 31 Mei lalu.

Doktor X-ray..sekali terkejut rupanya bateri kecil

Atirah bersama suami dan dua anaknya. Contoh bateri (gambar hiasan)

” Sampai sahaja Hospital Serdang papa terus bawa kakak pergi di bahagian kecemasan daftar semua, terus pergi jumpa doktor.

” Doktor pun tak pasti benda apa cecair hitam tu. Lepas tu doktor minta nak x-ray,” katanya.

Sebaik sampai di bilik x-ray, Atirah terkejut apabila diberitahu doktor mengenai benda yang berada di dalam lubang hidung anaknya itu adalah bateri kecil.

Selepas x-ray dilakukan, Atirah berkata doktor terpaksa mengeluaran bateri kecil itu menggunakan besi dan wayar.

” Kakak mnangis tanpa henti. Bayangkan kita kena check Covid-19 pun dah sak1t. Dia kor3k dengan wayar dan besi. Mama hanya mampu berdoa saja ketika itu.

” Setelah beberapa minit mama call papa, papa beritahu dah siap. Bateri pun dah keluar. Alhamdulillah syukur sangat rasa time tu. Hanya Allah sahaja tahu macam mana rasa.

” Jika sesuatu terjadi dekat anak-anak macam tu tolong cepat bawa pergi hospital. Jika terlambat bahaya boleh menghakis nanti. Masuk manik tak pe lagi,” katanya.

Moga perkongsian Nur Atirah ini mendapat manfaat ya.

Continue Reading

Keluarga

Madu saya calon kelapan suami. Tak t0lak poligami sebab suami hajat p0ligami selepas kahwin

Published

on

By

KUALA NERANG – Bagi kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Namun, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Menurutnya, dia tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

 

“Saya tidak halang suami untuk berpoligami lagi sebab suami hajat untuk berpoligami selepas kami berkahwin.

“Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.

Katanya, calon kelapan ini kebetulan hadir temuduga pada 1 Februari bagi jawatan eksekutif pemasaran syarikat milik suaminya.

“Semasa temuduga saya tengok reaksi suami suka pada wanita itu dan saya boleh baca dan faham keadaannya selepas dia diterima kerja sehari kemudian.

“Seminggu selepas itu suami menyatakan hasrat kepada Ain dan setuju untuk kahwin sebelum mereka bertunang pada 15 Mac lalu,” katanya.

Rosyilah berasal dari Alor Janggus, Alor Setar adalah ibu tunggal kepada dua anak perempuan mendirikan rumah tangga bersama Khubaib pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Suaminya itu pula mempunyai enam cahaya mata iaitu dua perempuan serta empat lelaki hasil perkahwinan pertama dan lapan anak tinggal bersama mereka, manakala anak bongsu Khubaib tinggal dengan bekas isteri pertama di Kelantan.

Tambah Rosyilah yang juga merupakan jurumekap artis sambilan berkata, beliau bersedia untuk berpoligami selepas membuat persiapan lebih awal sejak lima tahun lalu.

 

“Selepas berkahwin, saya berjanji dengan diri sendiri, kalau ada orang lain nak masuk dalam kehidupan ini (poligami) saya terima selepas tanya pendapat kawan-kawan lain untuk fahami poligami.

“Kita bila dah reda tentang poligami benda jadi biasa walaupun pada awalnya agak sukar. Saya sudah bersedia lebih awal untuk masuk dalam dunia berkongsi kehidupan seperti ini,” katanya.

Sumber : Sinar

Continue Reading

Trending