Connect with us

Hiburan

“Terlalu Ramai Hlna Saya” Luahan Sayu Azwan Ali Buat Ramai Netzen Terasa

Published

on

Pengecara terkenal Azwan Ali meluahkan rasa kecewanya apabila sehingga hari ini masih ramai yang mengh1ina dan menc4cinya di media sosial.

Menurut Azwan, mereka mungkin lupa bahawa hidup ini telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Hari ini bila saya dah keluarkan produk minyak angin saya, perasaan sebak tu membuak-buak.

“Saya sebak sangat bila memikirkan selama ini ramai betul hina dan kecam saya.

“Mungkin mereka lupa yang hidup ini semuanya Allah tentukan,” katanya.

Menurut Azwan Ali lagi, kesedihan dia juga itu turut dibayangi kisah lama membabitkan arwah bapanya iaitu Haji Ali.

“Sebenarnya ada kisah jugga di sebalik produk minyak angin saya ini. Kalau nak tahu dulu arwah ayah selalu masak minyak urut.

“Waktu tu saya kecil lagi depan mata saya dia masak.

“Ayah memang pandai masa minyak angin gunakan ramuan tradisinya.

“Jadi saya sebak sangat. Tak terfikir pula saya akan mengeluarkan produk yang khasiat dan keberkesanannya sangat sama,” katanya.

Azwan Ali berkata demikian ketika majlis pelancaran minyak angin Diva AA See My Level di restoran Duchess Place, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan, minyak angin Diva AA See My Level ini berkesan untuk mengurangkan sakit sendi, lutut, kepala dan sengal-sengal badan.

Dalam pada itu, anda boleh ikuti perkembangan Azwan Ali di Instagram @divaazwanaavazzztersohor1 dan Twitter DivaAATersohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gem pak

Psnas Kena S0und Dgn Ank N0ra, Sekali Diva AA Ungkit Kisah Nora Sekeluarga

Kecoh satu Malaysia bila video anak Nora Ariffin bercmbu tular di media sosial.

Masing-masing tak cukup jari menaip nak bagi komen dan tak kurang juga bila golongan artis pun ada pendapat mereka tersendiri.

Di Twitter, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA lantang menyuarakan pendapatnya.

Isu membabitkan anak perempuan penyanyi N0ra Ariffin yang bercvmbu dengan seorang remaja lelaki hangat diperkatakan ramai.

Susulan penularan vdeo yang dikatakan dilakukan oleh remaja lelaki terbabit, anak sulung N0ra, Mohd Syakir Iman Johan tampil bersuara beberapa kali.

Sehingga akhirnya dua hari lalu, Mohd Syakir Iman atau lebih mesra dipanggil Iman, membuat kenyataan memaafkan dan memberi peluang kedua kepada remaja lelaki terbabit.

Hantaran terbaru Mohd Syakir ‘sound’ Azwan Ali

Sementara itu semalam, hantaran terbaru Iman, 27, sekali lagi mencvri perhatian ramai.

Ia dipercayai ditujukan kepada bekas pengacara dan personaliti TV yang pernah popular suatu masa dahulu iaitu, Azwan Ali.

” Budak berd0sa ada masa lagi untuk bertaubat dan berubah.

” Tua b4ngka kalau duk kumpul d0sa dari zaman 90an tu payah sikit la nak berubah. Moga diberi hidayah Allah SWT utk kembali ke jalan yg lurus buat AA sekeluarga.

” Jangan selalu sangat ikut jaIan beIakang naa.” tulis Iman.

Azwan Ali respon kata-kata Nourul pasal anak N0ra

Kenyataan Iman itu adalah sebagai respon balas beliau terhadap komen mel4mpau Azwan Ali yang memberi reaksi kepada kata-kata penyanyi Nourul Wahab.

Nourul sebelum itu pernah berkata mahu sun4tkan sekali lagi remaja lelaki yang terbabit dengan vdeo aksi bercivm dengan anak N0ra.

Sebagai respon, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan Diva AA kemudian membalas dengan memuatnaik kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh individu dikenali sepertinya.

” Fine, anak N0ra? Lebih j#j#k dari s#nd#l at 14 tahun, ko taknak sun4t again lak? Come on benda mksi4t, tak bertepuk sebelah tangan” tulis Azwan.

Hantaran Diva AA sebelum itu turut mendapat kec4man orang ramai yang menganggapnya tidak sensi1tif apabila mengeluarkan kata-kata kes4t.

Sementara itu, warganet dilihat bersetuju dengan Iman dan berpendapat tindakan boleh diambil terhadap Diva AA yang menulis perkataan bersifat menghiina anak perempuan N0ra.

DIVA AA S3erang IG Nora

Statusnya itu mendapat respon dari anak lelaki Nora dan dia membalas dengan menyatakan:

Ini menjadi punca perb4lahan antara kedua-duanya sebelum Diva AA bertindak dengan lebih agresif dengan ‘menyer4ng’ IG Nora pula.

Masih tak puas hati dengan respon anak Nora, Diva AA mengamvk lagi.

Di ruangan komen, ada yang mengecam Diva AA, tak kurang juga ada yang menyokongnya.

Marah betul Diva AA nampaknya. Asyik nak cari fasal je dengan semua orang. Diharap agar Diva AA banyak-banyakkan bersabar ya.

‘Bantu Kami Lindungi Masa Depan Mereka’ – Anak Lelaki Nora Mohon Henti Sebar Video Adik

APOLOG1IES FROM ZUHER TO ‘ANAK NORA’ & FAMILY

Assalamualaikum everyone. This post is to clear the air on the current issue involving my family. Let me say this in Malay ya guys?

Alhamdulillah, selepas beberapa hari kami terpaksa menanggung malu yg sangat besar akibat perbuatan dua anak muda yg masih mentah dan alpa, kami telahpun bertemu dgn adik Zuher dan ayahnya di Petaling Jaya semalam.

Ujarnya lagi, sebagai wakil keluarga dia mengakui adiknya melakukan kesilapan dan mereka sekeluarga akan berusaha mendidik adiknya menjadi lebih baik serta bertaubat di atas segala dosa yang dilakukan.

Henti sebar ai1b mereka

Walaubagaimanapun, tindakan adik Zuher utk merakam dan memuatnaik video-video tersebut di laman sosialnya adalah suatu keputusan yg sangat besar impaknya terhadap kedua buah keluarga.

Ibubapa adik Zuher juga akui kesilapan anak mereka dalam hal ini. Oleh itu, kami cuba mengambil langkah secara teratur dan tidak terburu-buru dengan harapan masa depan kedua-dua anak kecil ini tidak terjejas dengan lebih teruk.

Kami memberi peluang kepada adik Zuher dan keluarga utk bantu kami memulihkan nama baik keluarga kami, dengan usaha mereka utk mem-viral-kan video permohonan maaf ini agar semua rakyat Malaysia dapat menerimanya dengan hati yg terbuka.

Saya mewakili keluarga saya ingin mohon jasa baik anda semua utk bantu kami lindungi masa depan mereka dan berikan mereka peluang yg kedua. Mereka masih lagi anak-anak bawah umur (15 tahun) dan jika anda sebar video mereka, itu adalah sangat tidak bermoral.

Jika anda rasa mereka bersalah, maafkanlah mereka. Kita sebagai manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan Allah swt juga Maha Pengampun. Tolonglah, bantu kami. Jadilah manusia yg berhati mulia. Terima kasih, Malaysia.

Anak sulung kepada penyanyi Nora juga berharap agar orang ramai tidak lagi menyebarkan aib yang telah dilakukan mereka. Dia mengharap kerjasama dan jasa orang ramai supaya melindungi masa depan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MB

Hiburan

Namewee Beritahu Kenapa Dia Tak Nak Filemnya “Babi” Di Tayang Di Malaysia Walaupun Tercalon Peringkat Antarabangsa

Published

on

By

Penyanyi rap kontroversi, Namewee tampil mempertahankan filemnya menerusi sebuah hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran tersebut, Namewee berkata karya garapannya mempromosikan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun Namewee kesal apabila ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dan menggunakan isu perkauman demi kepentingan politik masing-masing.

Tambah Namewee, filem ‘Babi’ tidak akan dikeluarkan di Malaysia meskipun telah diiktiraf dan menerima pencalonan di festival filem antarabangsa di empat negara yang berbeza.

“Filem [BABI] telah diiktiraf dan menerima pencalonan di festival filem antarabangsa di empat negara yang berbeza.

“Bagaimanapun, filem ini tidak akan dikeluarkan di Malaysia, dan kami tidak akan memohon pada mana-mana badan atau pertubuhan di Malaysia.

“Ini adalah kerana Malaysia mempunyai terlalu ramai EKSTREMIS yang tak tahu malu, suka menghasut dan sering menggunakan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik mereka masing-masing.

 

“Namun, hakikatnya, Malaysia adalah sebuah negara unik yang berbilang kaum dan majmuk, di mana rakyat saling menghormati dan menerima antara satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu Namewee turut menjelaskan ketika penggambaran filem tersebut, para pelakon dan krew berbilang kaum bekerja dalam keadaan harmoni.

“Semasa penggambaran filem ini, para pelakon dan krew dari setiap kaum bekerjasama bersama untuk menghasilkan karya ini.Inilah yang mencerminkan semangat dan perpaduan rakyat Malaysia yang sebenarnya,” ujarnya.

‘Babi’ telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

“Kali ini kita telah berjaya menempah nama di pentas antarabangsa. Ini adalah kebanggaan kita sebagai anak Malaysia! Malaysia BOLEH!!!,” tulisnya.

Filem yang mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000 ini bakal ditayangkan di Taiwan mulai 20 November (hari ini).

Terdahulu, Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Namewee, berkenaan poster filem terbarunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.

Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini, bersama lapan wakil pemuda PN Wilayah Persekutuan.

Azwan berkata laporan polis dibuat kerana poster filem bertajuk ‘BABI’ itu mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’.

Bagaimanapun yang juga Setiausaha Pemuda Negara Titiwangsa dan bekas wartawan hiburan di sebuah stesen televisyen tempatan mengakui masih belum menonton filem tersebut.

“Walaupun belum lagi menonton filem tersebut tetapi sebagai seorang yang berkecimpung selama 14 tahun dalam industri hiburan dan media, saya faham apa yang cuba ditonjol olehnya.”

“Maka laporan saya berkenaan poster dahulu kerana ini secara jelas dan nyata adalah satu penghinaan dan provokasi terhadap orang melayu,” ulasnya.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Hiburan

Dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dgn berita sedih pemergian pelawak senior. Al Fatihah

Published

on

By

PELAWAK senior Pak Lah Cecupak atau nama sebenarnya Noor Affendi Nurdin, 53 meninggal dunia akibat kanser usus pada pagi, Sabtu.

Berita sedih itu dikongsikan oleh pelakon dan pengarah Adam Hamid di laman Instagram miliknya.

“Dukacita dikhabarkan pada hari ini 5 Rabiul Akhir 1442H telah kembalinya ke Rahmatullah seniman Noor Affendi Nurdin, Pak Lah Cecupak kerana kanser usus,” katanya.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah usus tahap empat pernah menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada September lalu.

Perkhabaran duka itu turut dikongsikan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menerusi satu hantaran di Facebook yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Berita sedih itu turut dikongsikan oleh IRAMA di Facebook.

“Salam takziah dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) buat keluarga pelawak Noor Affendi Nurdin atau Pak Lah Cecupak di atas kembalinya ke rahmatullah pagi ini.

“Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah,” tulisnya.

Kumpulan Cecupak merupakan pelawak lagenda yang dianggotai oleh Pak Lah, Pak Jaih, Ucop, Ropie dan Pian.

Selain menyanyi dan berlawak, Pak Lah juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.

Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario.

Allahyarham meninggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Miza Ali dan tiga orang cahaya mata.

Dimanakah Pelawak-Pelawak Ini Meng-hilang?

Suatu ketika dahulu, pelawak-pelawak tanah air sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Malah dek kerana penerimaan tersebut, pelbagai sitkom komedi telah ditayangkan seperti Salam Pantai Timur, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Cecupak dan Senario.

Sebelum adanya rancangan Maharaja Lawak dan seumpamanya, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu terlebih dahulu menghiburkan rakyat Malaysia sekitar tahun 80 dan 90-an. Menceritakan mengenai gelagat penduduk Flat Seri Wangi, sitkom ini membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Imuda, Wan Maimunah,Khatijah Tan Angeline Tan, Afida Es, Sabri Yunus, Accapan, Sathiya, Marlia Musa, dan Mat Over. Tidak ketinggalan, pelakon-pelakon ini yang terlebih dahulu telah menemui Sang Pencipta, Allahyarham Zami Ismail dan Allahyarham Ahmad Busu.

Kini selepas lepas 12 tahun sitkom ini ditayangkan pelakon-pelakon ini masih lagi aktif dalam dunia hiburan dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat.

Sinaran Pasport Kegemilangan Pencetus Pelawak Malaysia
Masih ingat Kumpulan Senario? Bukan sahaja memecah rekod sebagai Kumpulan Pelawak Paling Lama bertahan malah mereka telah membuktikan pengaruh mereka dengan mengadakan konsert jelajah suatu ketika dahulu.

Untuk anda yang tidak tahu Kumpulan Senario adalah hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1995. Pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet menjadi naib juara.

Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk Hussain selaku ketua kumpulan Senario, serta anggota kumpulan iaitu Wahid, Ilya, Hamdan, Shamsul, Azlee dan Mazlan. Nama Senario ini diambil daripada idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan “senang riuh” dan akhirnya menjadi Senario setelah dilhamkan kembali oleh Shamsul Ghau Ghau.

Kemunculan Yasin Dan Saiful Apek

Pada tahun 1998, Farouk, Shamsul,Ilya dan Hamdan telah mengambil keputusan untuk berundur. Namun tidak lama kemudian, Yassin dan Saiful Apek telah menggantikan tempat mereka sehingga munculnya beberapa buah lagu yang menjadi ikutan.

Walau bagaimana pun pada 2002 Yasin terpaksa menarik diri kerana terpalit kontroversi dan diikuti Saiful Apek pada 2004 yang ingin bergerak solo. Namun pada 2017, kumpulan Senario telah mengumumkan kemunculan semula mereka dimana kesemua mereka termasuk Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin dengan membentuk nama baru iaitu Senariounion.

Zul Yahya Tumpukan Perniagaan

Nama Zul Yahya mungkin tidak terlalu terkenal seperti pelakon lain namun menerusi drama Pepaya namanya telah melonjak naik ketika itu.

Kini Zul mengambil keputusan untuk tidak lagi berlakon dan tampil dengan penampilannya yang lebih muslim. Perkembangan terbaru beliau, Zul bakal membuka sebuah restoran di Shah Alam tidak lama lagi.

 

Kartina Aziz Masih Popular

Filem Mami Jarum mempunyai pengaruhnya tersendiri! Pelakon utama filem berkenaan, Kartina Aziz ternyata berjaya menguasai watak yang diberikannya.

Siapa sangka, Kartina telah menerima pencalonan paling banyak bagi kategori Pelakon Komedi Wanita Paling Popular iaitu sebanyak 7 kali. Namun nasib tidak berpihak kepada beliau kerana tidak berjaya memenangi sebarang anugerah tersebut, sebaliknya disandang oleh Wan Maimunah dan Sheila Rusly sebanyak 6 kali.

Continue Reading

Hiburan

Saya Tak Kcau Hidup Org Lain, Sebab Itu Saya Pelik Kenapa Hans Isaac Boleh Cakap Macam Tu – Eizlan Yusof

Published

on

By

Saya tidak tahu apa motif dia melemparkan dkwaan yang tidak berasas itu. Saya hanya buat kerja sahaja di Finas. Saya tidak ada sebarang kepentingan dengan syarikat yang dikaitkan.”

Itu kata-kata pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof melalui satu kenyataan menjelaskan dia akan mengambil tndakan sa-man ke atas Datuk Hans Isaac.

Eizlan yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), memberitahu tndakan ini di ambil susulan tudvhan yang dilemparkan bekas pengerusi FINAS itu terhadapnya.

” Saya tidak kacau hidup orang lain, kerana itu saya pelik kenapa beliau (Hans) boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

” Kerana tudvhan yang dibuat itu juga menyebabkan saya menerima tekanan meminta saya meletak jawatan atau nama saya akan dirujuk kepada pihak berwajib agar siasatan dibuat terhadap saya,” kata Eizlan kepada Astr0AWANI ketika dihubungi.

Eizlan turut menzahirkan kekec3waan atas tudvhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Dato’ Hans Isaac, mantan Pengerusi FINAS.

Ini tudvhan Hans kepada Eizlan Yusof

” Tudvhan itu telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Difahamkan Hans mengaitkan pembabitan Eizlan dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi tersebut.

” Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya.

” Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak FINAS,” jelasnya.

Sementara itu Eizlan yang kecewa dengan dakwaan palsu tersebut turut menjelaskan tudvhan itu secara tidak langsung mencalarkan nama baik dan reputasinya.

Malah dalam waktu yang sama, kenyataan palsu yang tular ini turut menganggu fokusnya.

Pada masa yang sama menurut Eizlan dia turut menerima tekanan daripada pelbagai pihak sehingga menjejaskan karier dan perniagaan yang diusahakan.

” Tudvhan tersebut dibuat pada 16 November lalu melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan Whatsapp tersebut.

” Imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” ujarnya.

Menurutnya, dia telah melantik peguamcara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tndakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan.

Katanya, tndakan undng-undng terhadap Hans sedang berjalan.

Sementara itu, Hans yang dihubungi oleh Astr0AWANI berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Eizlan itu petang ini (semalam).

Berdasarkan semakan, belum ada apa-apa kenyataan dari pihak Hans Isaac samada menerusi media atau akaun laman sosial peribadinya.

Ada apa dengan Eizlan dan Hans?

Berdasarkan semakan, Eizlan Yusof pernah berlakon sekitar 32 filem, sementara Hans Isaac pula pernah bintangi 25 filem sepanjang karier mereka dalam bidang seni.

Masing-masing kini berusia 49 tahun, Eizlan lahir pada 14 Julai 1971, sementara Hans pula lahir pada 20 Ogos 1971.

Mereka adalah hero filem dan drama pada zaman mereka dek kerana wajah yang tampan dan pernah menjadi pujaan setiap gadis sekitar tahun 90an dan 2000an.

Namun apa yang menarik adalah, melalui semakan, Eizlan dan Hans tidak pernah bergandingan bersama dalam apa-apa filem atau drama.

Kemudian tiba-tiba pula timbul isu sa-man ini… Adakah suratan atau kebetulan? Mungkin kebetulan saja..

Sumber : lawaksi0t

Continue Reading

Trending