Connect with us

Semasa

P0lis Sedang Mencari Gadis Yang Dikatakan Ank DSV Dan ini respon dari DSV

Published

on

Ipoh: P0lis menyiasat video tular memaparkan seorang remaja perempuan bawah umur memandu kereta yang dipercayai dirakam pada 2018 lalu.

Ketua P0lis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berdurasi 33 saat itu tular selepas dimuat naik di laman Facebook ‘Sayang-Sayang DSV’.

Katanya, setakat ini pihaknya masih belum mengenal pasti model dan nombor pendaftaran kereta yang dipandu remaja berkenaan.

“Kejadian dipercayai berlaku berdekatan rumah berhampiran Meru Hills, Ipoh, dengan remaja itu turut dilihat berbual dengan seseorang dipercayai wanita.

“Siasatan lanjut diteruskan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh melalui laporan yang dibuat pegawai trafik bagi mengenal pasti identiti pelaku dan butiran kenderaan di dalam video itu,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan.

Selain itu, katanya, pelakunya juga boleh disiasat mengikut Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan tanpa lesen.

Menerusi penelitian, video remaja itu dirakam wanita dipercayai ibunya yang juga seorang jutawan kosmetik terkenal.

Sumber : HM

Vdeo Anaknya Dah Pun Tersebar, Sekali Datuk Seri Vida Beri Respon Tak Disangka, ‘Jadi Kes P0lis Ke?’

Belum reda berita tular membabitkan kanak-kanak bawah umur memandu kereta dan lori, timbul pula berita di mana pihak poIis menyiasat remaja bawah umur yang dikaitkan dengan anak jutawan kosmetik memandu kereta tanpa lesen.

Susulan itu, usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai vdeo yang sedang tular ketika ini.

Vida atau lebih mesra disapa DSV berkata, vdeo berkenaan adalah vdeo lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

” Itu vdeo lama sekitar tahun 2017 atau 2018.

” Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya mengenai laporan poIis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

” Jadi kes p0Iis ke? Saya tak tahu.

” Itu vdeo lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya.

Terdahulu, vdeo berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendakwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Sementara itu, menerusi laporan Mstar, poIis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam vdeo berkenaan.

Ketua PoIis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, vdeo berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

Cik B bawa mama bersiar-siar

Bagaimanapun berdasarkan vdeo tersebut, warganet dapat mengenalpasti ia membabitkan anak Datuk Seri Vida berdasarkan perbualan mereka.

Malah dalam vdeo itu jelas kelihatan muka Cik B yang sedang memandu sambil dirakam ibunya itu.

” Bawak mama bersiar-siar Cik B..Cik B fokus (memandu), say something Cik B..Cik B nak tolong mama apa (lepas ni)?” tanya ibu remaja terbabit.

Kemudian dibalas oleh Cik B, ” Tolong mama berniaga, jadi bodyguard mama”, yang kemudian disambut gelak ketawa Datuk Seri Vida.

Cik B sebenarnya minta Mustang

Sebelum ini, sekitar Julai 2018, Datuk Seri Vida telah mencuri perhatian apabila menghadiahkan kereta mewah Mercedes-Benz CLA 180 kepada anak perempuannya Cik B.

Kereta mewah itu dihadiakannya sempena ulang tahun kelahiran Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang ke 13 tahun.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadi Vida, dia memuat naik vdeo rakaman Cik B memandu kereta mewah itu buat pertama kali.

Menurut Vida, Cik B sebelum ini meminta dihadikan kereta lumba jenama Ford Mustang, namun ia tidak dapat ditunaikan.

” Nak Mustang, tapi saya bagi Mercedes-Benz dulu,” tulis Vida dalam kapsyennya

Semasa

Mengaku Sengaja Tabur Fitnh Dakwa Ayam M c d Berulat, ini Tindakan yg Diambil pihak netzen

Published

on

By

Baru-baru ini tular di media sosial terutamanya di Twitter.

Ini apabila seorang gadis menggunakan nama akaun arabella mendakwa menerima menu ayam goreng  yang sudah berulat di restoran makanan segera McDonald.

Pengguna tersebut turut menyertakan sekali gambar ayam goreng itu.

Sehinggakan mendatangkan rasa mual dalam kalangan  warganet semua.

Namun begitu, sebentar tadi, pengguna akaun Twitter yang sama telah membuat satu kenyataan terbuka.

Ini apabila memaklumkan bahawa dakwaan yang dibuat olehnya tidak tepat.

Arabella menyatakan bahawa tindakannya meluahkan perkara tersebut di laman sosial sehingga tular adalah satu tindakan yang terburu-buru.

Ini kerana ayam goreng itu sebenarnya sudah beberapa hari dibeli dan dibiarkan dalam suhu persekitaran.

Jadi, ayam goreng tersebut telah tercemar sehingga terdapat ulat diatas permukaannya.

Dia yang kesal dengan apa yang berlaku telah memohon maaf kepada pihak McDonald’s Malaysia diatas segala dakwaan yang dibuat.

Disebabkan itu, dia berjanji untuk menghapuskan Tweet tersebut dan menyesali apa yang telah berlaku.

Di akhir perkongsian itu, dia menyatakan bahawa muat naik permohonan maaf yang dilakukan tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak dan datang daripada dirinya sendiri.

Takutnya  orang menipu penuh confident

Sehubungan dengan kenyataan yang dilakukan di akaun Twitter gadis tersebut, media sosialnya telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet.

Ada yang mengecam tindakan arabella itu kerana dilihat sebagai satu bentuk fitnah.

Ini sehingga ianya boleh mengundang rasa panik warganet dan ada juga yang memandang perkara ini sebagai satu bentuk pengajaran.

Ini kerana boleh membuatkan pihak yang difitnah menyaman kembali pengguna Twitter.

Nak minta ganti free latu

 

Tak marah tapi kecewa

 

Bahaya dia ni boleh jatuh business orang

  

Sumber : arabella

Continue Reading

Semasa

Seorang individu p0sitif selepas balik dari kundasang. Jabatan Kesihatan Kena Cari Sampai Empat Negeri Ini

Published

on

By

gambar sekadar hiasan

Jabatan Kesihatan negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan seorang individu yang didapati positif C0vid 19

merupakan individu yang baru pulang bercuti di Kundasang, Sabah.

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, kes tersebut dikesan semasa saringan terhadap individu dari kawasan

berisikoo (Sabah) yang dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Individu Lelaki Umur 49 Tahun

Menurutnya, kes ini membabitkan seorang lelaki, warganegara Malaysia berusia 49 tahun yang mempunyai

sejarah bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah pada 19 hingga 22 Sept lalu.

“Kes tidak mempunyai gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 23

September (semalam),” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Sehubungan itu tambahnya, seramai 48 kontak rapat telah dikenal pasti

termasuk kontak dalam kalangan keluarga, kawan, tempat kerja dan dalam pesawat.

Gambar Hiasan

“Kontak-kontak ini adalah dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aktiviti kawalan dan siasatan lanjut punca jangkitan sedang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu,” jelasnya.

Zaini juga memaklumkan sehingga 24 Sept, sebanyak 161 kes disahkan C0vid 19 dikesan di negeri ini termasuk tiga kemaatian.

“Situasi semasa C0vid 19 di Kelantan masih terkawal dan masyarakat diminta supaya sentiasa mengikuti

perkembangan semasa berkaitan C0vid 19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,”

katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sumber : Mk

Continue Reading

Semasa

Vide0 Ketika Perutusan Khas PM tadi, Nampak Ada Sesuatu yg Tak Kena dgn Abah

Published

on

By

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Jelas beliau, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran.

Pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya pada bulan Januari 2021.

“Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700.

Dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300,”

Beliau berkata menerusi Pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung di sini hari ini.

Ini jumlah yang dapat

BPN 2.0 akan dibayar sebanyak RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0

Dan kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

“Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” ujar beliau.

Bantuan itu difahamkan akan dikreditkan secara ansuran sebanyak dua kali dengan pembayaran kali pertama akan dilakukan pada penghujung Oktober 2020 dan pembayaran kali kedua pada Januari 2021.

Penerima BPN Tidak Perlu Memohon

Mengulas mengenai perkara itu, perdana menteri menjelaskan mereka yang pernah menerima bantuan itu sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru.

Dimana ianya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Manakala individu-individu yang belum pernah menerima bantuan itu pula berpeluang untuk membuat rayuan.

Cara Membuat Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Rayuan boleh dibuat di cawangan LHDN , secara emel ataupun secara online di laman rasmi LHDN

Jika status anda lulus, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Namun, sekiranya status anda Tidak Layak atau Tiada Rekod, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan atau permohonan baru.

Bagi yang berstatus Tidak Lulus, namun memiliki cukup syarat untuk menerima BPN, anda berpeluang untuk membuat rayuan.

Anda boleh membuat permohonan rayuan melalui portal rasmi BPN.

Berikut disertakan cara untuk membuat rayuan BPN dengan mudah.

Ketika Perutusan Khas PM tadi, Nampak Ada Sesuatu yg Tak Kena dgn Abah

Hari ini PM Muhyiddin Yassin telah membuat satu sidang media perutusan khas tentang keadaan ekonomi negara Malaysia sekarang.

Beliau telah umumkan beberapa pakej bantuan rakyat yang boleh meringankan beban sepanjang PKPP ini.

Perutusan khas kali ini agak lama kerana beliau terpaksa membentangkan beberapa pakej.

Dan ketika hampir hujung sidang siaran langsung itu netizen perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan PM kesayangan rakyat.

Ketika sidang Perutusan Khas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas kelihatan bahawa beliau tidak sihat.

Di dalam siaran langsung tersebut beberapa kali ‘Abah’ Muhyiddin Yassin berdehem kerana tidak selesa di tekak.

Walaupun banyak kali PM Muhyiddin Yassin berdehem seperti tekak tidak selesa, beliau tidak meminum air.

Kelihatan juga beliau kurang nampak dan tidak seperti ini ketika membaca skrip.

Ada beberapa netizen beritahu jelas kelihatan juga wajah Tan Sri Muhyiddin Yassin pucat dan tidak sihat.

Rata rata netizen yang mengikuti siaran langsung mendoakan agar Perdana Menteri kita berehat.

Perdana Menteri akhiri perutusan beliau adalah untuk kita (rakyat) menjaga sesama kita sendiri.

Kita tidak boleh mengharapkan negara lain kerana mereka juga masih bergelut.

Beliau beritahu perutusan khas yang dibuat hari ini adalah kerana kerajaan mendengar rintihan rakyat.

PM Muhyiddin juga memberitahu kerajaan sekarang stabil untuk membantu rakyat.

Video Penuh :

LIVE | Perutusan Khas KITA PRIHATIN oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

LIVE | Perutusan Khas KITA PRIHATIN oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin YassinKredit : RTM

Posted by Malaysia Gazette on Tuesday, September 22, 2020

Continue Reading

Trending