Connect with us

Hiburan

Kec0h lsu Hamiil Ank Kedua, Sekali Siti Nurhaliza Buka Mulut

Published

on

Apa sahaja yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara Datuk Sri Siti Nurhaliza sudah pasti menjadi buah mulut wargamaya.

Daripada lagu-lagu popular, keluarga tercinta, aktiviti berbasikal serta penampilan terbarunya,

boleh dikatakan mata-mata peminat begitu tertarik.

Terkini, netizen mendakwa pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini hamil anak kedua semakin menjadi-jadi di laman sosial.

..

Selepas melancarkan album terbarunya ManifestaSITI 2020 dan menyiapkan beberapa buah video muzik,

Tokti memaklumkan dirinya mahu berehat untuk memberi tumpuan kepada perancangan mendapat anak kedua.

Menerusi satu temubual ketika membuat penampilan istimewa di sebuah klinik kecantikan,

Tokti menyatakan usaha untuk mendapatkan anak kedua tidak akan berhenti selagi dikurniakan rezeki itu.

Untuk fokus pada keham1ilan, sesorang itu perlu tenang, relaks,

tidak memikirkan perkara-perkara yang mendatangkan serabut kepala.

Bukan sahaja aktiviti seni, Tokti juga dilihat kurang aktif melakukan aktiviti berbasikal seperti kebiasaannya.

Tetapi apa yang peminat perlu faham, Tokti bukannya menghilang.

Dia cumae mengurangkan tumpuan pada aktivitvi seni dan menghabiskan masanya untuk diri sendiri.

Apa yang diperlukan sekarang Tokti adalah ruang untuk dia berehat dan menjalani raw4tan yang sepatutnya.

Bagaimana netizen dengan mudah membuat spekulasi hanya berdasarkan sebuah gambar yang tular di laman

sosial berbanding memberikan penyanyi kesayangan negara ini masa dan ruang yang diinginkan.

Mendoakan rezeki dirinya ham1il anak kedua dan diberikan kesihatan di tahap yang terbaik adalah apa yang Tokti perlukan daripada semua.

Kami pasti jika keham1ilan kedua itu berhasil,

Tokti akan berkongsi sendiri berita baik itu bersama dengan para peminat tetapi buat masa sekarang,

hentikan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan salah faham.

Tokti sebelum ini pernah mengalami kegvguran pada November 2015.

Pada tahun 2017, Tokti, 41, membuat pengumuman tentang kehamilan dirinya setelah 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61.

‘Sweet couple’ ini bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : TTK

Hiburan

Isu dapat hadiah cincin, Wan Sharmila jelaskan hubungan Sebenar dengan Syazwan Zulkifly Buat Ramai Terkejut

Published

on

By

Keserasian gandingan dari pelakon Syazwan Zulkifly dan Wan Sharmila membuatkan peminat ‘merestui’ hvbungan mereka.

Hvbungan mereka mula akrab selepas bergandingan dalam drama 7 Hari Mencintaiku sebagai Helmi dan Sofi.

Terbaru, kedua-dua pelakon ini melakukan Live Instagram bersama dan tak sangka Syazwan beri kejutan sweet kepada Wan Sharmila.

Ada segelintir peminat seolah menghiidu hubungan percintaan mereka. Sweet betul Syazwan!

Rakaman live tersebut dikongsikan menerusi pengguna Twitter Asyqstna, memaparkan Syazwan Zulkifly memohon maaf kepada Wan Sharmila atas sebab tertentu.

Kemudian, Syazwan mengvpah seseorang untuk memberikan sesuatu kepada Wan Sharmila ketika itu.

Apabila Wan Sharmila membuka kotak hadiah tersebut terdapat sebentuk cincin. Kata Syazwan, cincin tersebut sebagai tanda minta maaf.

You minta maaf lepas tu you bagi cincin? Cincin ni sebenarnya macam untuk orang kahwin tau. Kita kawan, bukan kahwin.

Bagaimanapun, Wan Sharmila kena pakai cincin tersebut sebagai tanda memaafkan kesilapan Syazwan.

Secara tiba-tiba, Syazwan tiba di lokasi di mana Wan Sharmila melakukan Live Instagram.

Ramai tertanya-tanya sama ada Wan Sharmila memakai cincin tersebut atau tidak?

Akhirnya, pelakon wanita itu menyarungkan cincin tersebut di jarinya sebagai tanda menerima permohonan maaf dari Syazwan. Sweetnya…

Isu dapat hadiah cincin, Wan Sharmila jelaskan hubungan Sebenar dengan Syazwan Zulkifly Buat Ramai Terkejut

PELAKON Wan Sharmila menjelaskan hadiah sebentuk cincin yang diberikan oleh pelakon Syazwan Zulkifly ketika sedang membuat siaran langsung di Instagram (IG Live) baru-baru ini tidak membawa maksud mereka sedang bercinta.

Menurut Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 39, hubungan dia dan Syazwan tidak pernah menyimpan perasaan cinta antara satu lain memandangkan mereka sudah lama berkawan.

Bagaimanapun, Wan Sharmila memberitahu dia mengambil permintaan peminat mahu melihat mereka sebagai kekasih itu secara positif

Syazwan hadiahkan sebentuk cincin kepada Wan Sharmila tarik perhatian peminat.

“Itu sekadar review produk sahaja dan tiada apa yang istimewa pun. Hubungan saya dengan Syazwan tidak melebihi sebagai kawan saja dan selesa macam ini. Memang tidak menyimpan perasaan istimewa pun.

“Sebenarnya saya tak kisah kalau peminat suka melihat kami berdua. Saya terima dan bersyukur dengan apa yang jadi selepas gandingan kami dalam drama itu.

“Saya ambil secara positif sahaja dan dapat rezeki lebih besar. Bagi saya, peminat letakkan harapan setinggi gunung untuk saya dan Syazwan pun tak kisah tapi hanya untuk drama saja,” katanya kepada mStar.

Wan Sharmila ditemui ketika majlis ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2‘ yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.

Saya ambil secara positif sahaja dan dapat rezeki lebih besar.

WAN SHARMILA

PELAKON

Pada majlis tersebut, turut diumumkan bahawa drama karya novelis Siti Rosmizah Semail itu bakal menyambung siri ketiga pada tahun hadapan.

Gara-gara penangan watak Helmi dan Sophie menerusi drama tersebut, peminat mahu melihat Wan Sharmila betul-betul bercinta dengan Syazwan di alam nyata.

Menerusi laporan mStar pada 13 Ogos lalu, Syazwan atau nama sebenarnya Mohd Syazwan Zulkifly, 33, berkata dia tidak pernah berasa rimas dengan permintaan tersebut dan beranggapan lakonan mereka memberi kesan kepada peminat.

Wan Sharmila anggap Syazwan tidak lebih sebagai kawan.

Dalam pada itu, Wan Sharmila mengakui dia masih lagi tidak mempunyai kekasih namun bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang ikhlas menerimanya.

“Saya jelaskan mengenai hubungan dengan Syazwan hanya kawan bukan sebab saya nak jaga hati mana-mana pihak sebab saya memang tak ada kekasih pun lagi.

“Sebenarnya saya bersedia saja nak bercinta tapi masih tak jumpa ‘the right one’. Lagipun, saya dengan Syazwan memang selesa berkawan sahaja dan sudah anggap seperti keluarga yang boleh bergurau,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : M STAR

Continue Reading

Hiburan

Baru Sehari dpt tawaran masuk GV7, Ashira Dihalau Keluar Dari Rumah

Published

on

By

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah, Ashira terpaksa menumpang berlindung di rumah kakaknya selepas dihalau keluar dari rumah sewanya sehari selepas mendapat berita layak menyertai Gegar Vaganza 7 (GV7).

Cerita Ashira sebak, dia akur dengan arahan pemilik rumah sewanya setelah dia gagal membayar duit sewa sebanyak RM1,200 selama enam bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada Mac lalu.

‬”Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan. Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada income.

“Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga… buat live di Bigo.

“Dapat la duit sikit untuk bayar bil elektrik dan air tapi masih tak lepas bayar sewa rumah. Setengah tahun juga saya tak mampu nak bayar. Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu.

“Allah beri dugaan… sehari selepas dapat berita saya layak masuk GV7, saya diminta keluar dari rumah itu dan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhir saya perlu serahkan kunci,” katanya kepada Gempak.

Tambah pemilik nama sebenar ‪Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, dia hanya tinggal berdua bersama anak lelakinya, Megat Shazril Haziq Hadi, 14, selepas bercerai dengan suaminya lima tahun lalu.

“Buat sementara ini, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya. Dia terpaksa tinggal di rumah kakak saya lagi seorang sebab rumah yang saya duduk ini tak cukup ruang untuk dia.

“Saya betul-betul rasa down dan hilang keyakinan. Nak kata kemurungan, saya tak tahu la tapi ada ketika saya akan tiba-tiba menangis dan terfikir apa kesalahan besar yang saya lakukan sampai diduga sebegini.

“Satu persatu saya ujian menimpa saya. Cikgu sekolah Shazril pula beritahu sejak akhir-akhir ini anak saya nampak seperti tertekan. Dia tak pernah kongsi perasaan dengan saya mungkin sebab dia pendam.

“Kalau boleh, saya tak nak anak saya tertekan dan berusaha untuk dia tak terlibat dalam masalah yang saya sedang hadapi ini,” ujarnya.

Ashira ditemui ketika sidang media memperkenalkan 14 peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa.

Gegar Vaganza musim ketujuh kembali dengan 14 peserta

PROGRAM realiti popular Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) membariskan 14 peserta berbanding 12 peserta dalam musim terdahulu.

Mereka adalah Mus MAY, Yantzen, Cliff Umar, Aju, Oja, Nomad, Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira, Haslinda serta dua kumpulan iaitu Eva dan Indigo.

GV7 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad jam 9 malam.

Ayu Damit ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana akhirnya diberi peluang untuk menyertai program ini selepas enam kali percubaan.

“Alhamdulillah, selepas enam kali mencuba nasib menyertai GV dan sekali Gema Gegar Vaganza (GGV), tapi belum ada rezeki. Jadi, bila dapat peluang kali ini, saya bersyukur dan berharap semuanya dipermudahkan,” katanya.

Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris berkata, dia bersetuju untuk menyertai GV7 di saat-saat akhir.

“Saya sudah dipujuk berkali-kali untuk menyertai GV dan kali ini, saya terima juga di saat akhir,” katanya.

Sementara itu, Linda Nanuwil yang sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasia musim kedua berkata, ia umpama pembuka lembaran baru buat kerjayanya.

“Saya sudah buat kemunculan semula dalam industri muzik sejak 2018. Jadi, bila dapat peluang untuk sertai GV7, saya harap ini dapat jadi pintu rezeki buat saya,” katanya.

GV7 masih mengekalkan format pemarkahan yang diadili 100 peratus juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim.

Continue Reading

Hiburan

Puteri Sarah Akhirnya Buka Mulut Tentang Isv Ceral

Published

on

By

Sebelum ini DAKWAAN kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.

Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut.

 

Salah satu perkongsian Puteri Sarah di Instastory.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya.

Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

Puteri Sarah bersama suami, Syamsul Yusof dan dua anak mereka.

Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu.

Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.

Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

Sumber: Mstar/kakijalan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Puteri Sarah Akhirnya Buka Mulut Tentang Isv Ceral

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah terus mengunci mulut mengenai desas desus mengatakan rumah tangga dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sedang bermasalah.

Ia susulan timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, buat dia dalam keadaan baik bersama dua anak.

“Terima kasih kerana ramai yang ambil berat dan menitipkan kata-kata semangat. Apa boleh dikatakan, saya okay bersama anak-anak. Saya bahagia bersama mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tujuan sebenar hadir ke pejabat agama, Puteri Sarah memohon doa yang terbaik.

Doakan saja yang baik-baik. Saya berharap semua doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Harian Metro, semalam, melaporkan Syamsul enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang ‘personal’ dan harapnya dapatlah menghormati

“‘No comment’, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

hmetro

kata2 netizen

Dah nak menjanda ke puleks

Kalau yg ni pun belum tentu ada offer 20 jota untuk jadi minik no 2..

Kalau betul suami sheols ada skandal mmg hati kering la..ank2 comey mcm tu blh ditinggalkn2..aku lak yg ralat.

Masing2 bagi statement macam masih sayang. Masing2 macam nk pertahankan lagi rumah tangga.
Kalau boleh diselamatkan, tak payahlah bercerai.

Continue Reading

Trending