Connect with us

Keluarga

Isteri Sarat Hamil Pulang ke Kampung, Suami Ditangkap Basah Dengan Isteri Orang Lain

Published

on

KULIM – Sepasang kekasih sanggup meng4ku sudah berkahwin sedangkan masing-masing berst4tus suami dan isteri orang

ketika dis3rbu penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah rumah di Taman Sungai Kob, Karangan di sini awal pagi tadi.

Pengu4t kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya pada jam 4.40 pagi, pasangan berusia 29 dan 37 tahun itu g4gal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka ada hvbungan suami isteri.

Beliau berkata, pada mulanya mereka mend4kwa telah berniikah di Thailand sebelum ini, namun pemeriksaan lanjut akhirnya membongkar status bahawa kedua-duanya sudah berkeluarga.

“Lelaki terbabit mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat meng4ndung anak kedua yang dihantar pulang ke kampung.

“Wanita itu pula masih berst4tus isteri orang dan mempunyai dua orang anak serta dikatakan dalam proses pencer44ian,” katanya.

Serbuan di rumah lelaki terbabit turut disertai pegawai masjid serta orang awam yang mengesyaki berlaku m4ksiiat di lokasi terbabit.

Kedua-dua mereka yang merupakan rakan sekerja di sebuah kilang di sini dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk laporan t4ngkapan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkh4lwat.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh did3nda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penj4ra atau kedua-duanya sekali.

“PADK turut meng4rahkan kedua-dua mereka dij4min oleh isteri dan ibu bapa sebelum dibenarkan pulang,” katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : TTK

Keluarga

Siapa Sangka! Main Game PUBG Akhirnya Bertemu Jodoh

Published

on

By

Siapa sangka, dalam game pun boleh bertemu jodoh sekiranya anda serius untuk mendirikan rumah tangga dan seterusnya menjalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri.

Baru-baru ini portal Harian Metr0 melap0rkan pertemuan jodoh di antara Mohammad Zulhilmi Azman dan Putri Alia Shahhiza yang mula berkenalan melalui permainan PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) dan akhirnya ke jinjang pelamin.

Menurut Putri Alia, dia sendiri tidak menyangka akan bertemu jodoh melalui permainan itu, dan berk0ngsi mengenai kebahagiaannya itu di laman TikTok sehingga mendapat banyak perhatian warganet.

Saya pun tidak sangka bertemu jodoh di PUBG walaupun pada awalnya sudah beberapa kali menolak permintaan dia (suami) untuk bermain bersama dalam satu kumpulan.

“Sebenarnya saya susah percaya lelaki apatah lagi dalam permainan video kerana orang kata ramai ‘buaya darat’. Tapi dalam masa yang sama, suami tidak pernah berput0s asa dan sentiasa mencuba untuk mendekati saya menerusi PUBG,” katanya.

Difahamkan, Putri Alia mula mengenali Mohammad Zulhilmi sebagai rakan di permainan itu semenjak November 2019. Sepanjang berkenalan, mereka hanya berkomunikasi di PUBG dan akhirnya saling bertukar nombor telefon.

Februari 2020, hati Putri Alia tergerak untuk menerima Mohammad Zulhilmi sebagai pasangan, tetapi tidak pernah berjumpa disebabkan kerajaan melaksanakan PKP. Meskipun begitu, Putri Alia berkata ada baiknya kerana menghindarkan mereka daripada maksiat.

Putri Alia yakin Mohammad Zulhilmi adalah pilihan yang betul berdasarkan keperibadian yang dimiliki lelaki itu. Keluarga kedua-dua belah pihak juga menerima dengan baik dan disahkan sebagai suami isteri pada 30 Oktober lalu di Pejabat Agama Daerah Kinta, Perak. Sementara majlis perkahwinan pula akan diadakan pada 2 Januari 2021.

“Walaupun setiap malam ada scrim (latihan) PUBG, dia masih boleh bangun waktu Subuh dan pergi kerja seperti biasa. Sejurus saja rentas negeri dibenarkan, dia yang menetap di Jawi, Pulau Pinang, terus berjumpa dengan ibu dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Dari situ membuatkan saya lebih percaya yang dia benar-benar serius,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut teruja mendengar pertemuan mereka dan mengucapkan tahniah

Namun semenjak mereka sudah berkahwin, masing-masing sudah jarang bermain PUBG dan lebih memberi fokus kepada kerjaya dan rumah tangga. – Sumber & foto dipetik dari The Rep0rter, Says

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : The Media

Continue Reading

Keluarga

Ibu Tunggal ini Sengaja Kutip Sampah Sarap dan Simpan dlm Rumah Semata-mata ingin Meraih Simpati Kebajikan

Published

on

By

[PUNCAK ALAM] PENIPUAN PERMOHONAN BANTUAN

AWAS !!! KAMI TIDAK AKAN BERDIAM DIRI !

Kami telah menerima satu permohonan dari seorang ‘ibu tunggal’ yang mendakwa dirinya telah dihalau keluar dari rumah sewa.

Ini sehingga terpaksa tinggal di tempat pembuangan sampah bersama dua anak lelakinya.

Wanita itu memohon sumbangan untuk mencukupkan bayaran sewa rumahnya.

Untuk kes seperti ini, kami akan meminta bukti bergambar untuk kami nilai sebelum bantuan diberi.

Ini adalah antara SOP kami untuk memastikan bantuan disampaikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Apabila menerima gambar yang diberi, pihak kami sangat terkejut & bersimpati dengan keadaan mereka.

Bayangkan hidup dengan sampah yang penuh & ada anak kecil tinggal di situ, hati siapa yang tidak luruh?

Pihak kami mengambil keputusan untuk memberi bantuan segera.

Memang prosedur biasa untuk kami di ECJ Cares akan datang sendiri menziarahi pemohon.

Ini bagi memastikan keperluan serta menyiasat maklumat yang diberikan.

Hajat untuk kami datang menziarahinya telah ditolak dengan alasan tidak bersedia.

Kami juga call berkali-kali tetapi tidak dijawab.

Mengenangkan keadaan & gambar yg dihantar serta dia mengatakan anaknya juga sedang demam.

Kami mengambil keputusan untuk datang juga bagi menyiasat & menghantar bantuan segera.

KRONOLOGI SIASATAN KAMI

-Wanita tersebut menipu lokasi rumah mengatakan beliau telah dihalau dari Blok Intan dan pergi ke rumah sampah di Blok Cindai

-Kami pergi ke Blok Cindai dan penduduk tidak kenal insan bernama “Tasnim Abdullah”

-Pengerusi penduduk mengesahkan tiada sesiapa yang tinggal di rumah pembuangan sampah di situ.

Dan keadaan di situ bersih tidak seperti gambar yang dihantar

-Kami pergi ke lokasi yang katanya dihalau iaitu Blok Intan

-Setelah lama menunggu, kami mula bertanya kepada penduduk setempat.

Kemudian cerita sebenar pun terbongkar!

-Penduduk telah menunjukkan rumah sebenar wanita berkenaan

-Wanita berkenaan selalu order Food Panda.

Maklumat dari penghantar Food Panda juga menyatakan yang rumah wanita itu memang busuk dan selalunya anak lelakinya yang keluar ambil makanan.

-Tempat pembuangan sampah yang ditunjukkan kepada kami adalah RUMAH WANITA ITU SENDIRI!!!

-Wanita itu sengaja membiarkan rumahnya bersampah & busuk bagi meraih simpati.

-Dia juga akan upah orang untuk ambil sampah pada satu-satu masa.

-Kata penduduk, wanita itu bukan ibu tunggal malah masih bersuami

-Beberapa NGO juga telah datang untuk cuba memberi bantuan tetapi wanita tersebut ENGGAN berjumpa dan hanya mahu wang di transfer ke akaunnya.

Melalui siasatan pihak kami, jelas wanita itu menipu dan cuba memperdayakan penyumbang dan mempunyai modus operandi yang sangat licik.

Bagi kami pula di ECJ Cares ini bukanlah kes penipuan pertama.

Tapi kali ini kami terpaksa bongkarkan juga kepada umum supaya anda semua berhati-hati.

Kami sertakan nama, nombor telefon serta no akaun wanita tersebut.

Nama : Tasnim Abdullah
No Acc : 1590****8874
No Tel : 013 -6684323

Jika anda ingin menyumbang, pastikan sumbangan anda disalurkan kepada pihak yang betul dan tidak disalahgunakan.

ECJ Cares adalah NGO berdaftar yang sentiasa berusaha menyampaikan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Jika anda ingin menyumbang, sila klik link di bawah:

Kepada para penyumbang InsyaAllah amanah anda akan kami tunaikan & jaga sebaik mungkin.

Kepada Scammers, lain kali kami akan datang dengan Pihak Polis!

Sebenarnya, isu Tasnim ini sudah sebati dengan penduduk tempatan. Dalam satu kes berasingan, seorang individu tampil membongkar penipuan yg dilakukan Tasnim.

BANTUAN SUSU: Kes Kes Penipuan yang ditemui.

16 PROFILE Peminta bantuan,
Deleted selepas bantuan diberi.

42 orang memberi MAKLUMAT PALSU apabila kita crosscheck dengan maklumat majikan atau tempat kerja.

Kes Paling Saya Terkesan.

Seorang wanita, yang sudah dibantu kali pertama untuk duit susu 21.3.2020, kali kedua katanya, anaknya demam panas dan disyakki denggi, diberi sekali lagi, sekali tambang grab, 23.3.2020.

Orang rumah saya masa ni dia baca mesej ni dan dia berkeras kata jangan bagi, instinct dia sebagai seorang ibu kata, something not right.

Tapi saya kesian, Jam 2.30 pagi dia mesej. Saya baru tukar lampin baby. Wife saya sampai masam muka sebab tolong orang tak berpada-pada.

Anak anak sendiri pun tak berjumpa 4-5 hari dan terabai. Dahla dia pun tengah berpantang anak ke-4.

Tapi, saya transfer jugak sebab takut jadi apa apa kat anak dia.

Kali ke-3, orang yang sama minta bantuan katanya anaknya meninggal dunia pada 27.3.2020.

Yang peliknya, bawah mesej meninggal tu, siap letak no akaun untuk derma urusan jenazah.

Saya minta sijil kematian atau surat tuntutan jenazah atau report polis, pelbagai alasan diberikan.

Walhal, saya nak bantu sambungkan ke kawan saya di Zakat Penang atau JKM Penang untuk dia dapat bantuan.

Sebab dia kata dia perlu Rm1000 untuk urusan jenazah. Saya tak beri sebab dah syak sesuatu, tapi still nak sangka baik.

Saya tanya dia report balai polis mana, dia kata balai polis teluk air tawar.

Saya call balai polis teluk air tawar, cerita serba sedikit, dan tanya ada laporan kematian kanak-kanak tak dalam tempoh PKP atau 27.3/28.3.

Polis wanita itu periksa dan tiada rekod kematian kanak-kanak.

Saya call kawan Hospital, tiada maklumat.

Saya rasa nak dedahkan foto kanak-kanak yang dia gunakan dan foto yang dia gunakan serta no akaun bank yang dia gunakan.

Saya search no akaun bank dia di facebook, dia ada terima beberapa bantuan lain termasuk dari usahawan rakan perniagaan saya.

Tapi, saya akan ke balai polis dulu untuk buat report, takut dia gunakan maklumat saya, dan salur maklumat penipuan ini di balai dahulu.

Dah ganggu kerja nak salurkan bantuan ni kepada orang lain yang amat terdesak memerlukan.

Lepas ni, saya bagi orang rumah saya jelah buat saringan.

Maaflah, mungkin saya terlalu mudah kasihankan orang, 10 hari straight, almost 12jam sehari.

Saya kasihan. Ramai yang memerlukan di luar sana. Tapi, inilah.

Sedih dan kecewa.

FOTO DAN PROFILE FB NYA MASIH ADA, DIKHUATIRI MENGGUNAKAN FOTO ORANG LAIN.

Sumber : ECJ Cares

Continue Reading

Keluarga

Dpn semua org, mertua tduh aku bg suami nasi kangkang. Suami merangkak, menangis menuju ibunya lps diberikan pilihan

Published

on

By

Foto sekadar hiasan.Hi semua. Apa yang saya nak cerita ni mungkin tidak akan dapat diterima oleh sesetengah pihak. Mungkin juga akan mengundang spekulasi dan sudut pandang yang kontroversi.

Ini cerita separuh giila. Belum gila betul betul. Hanya hampir benar kepada dongeng pada yang tak percaya pada dunia ilmu ilmu ghaib dan mistik.

Baiklah.

Lalu kisahnya pun bermula setelah 10 tahun saya dan suami melayari dunia perkahwinan. Suami saya ni latar belakang keluarganya jenis tak kuat agama.

No. Bukan social. Cuma foundationnya kurang kukuh di mana aqidah dan kepercayaan tradisi masih bercampur baur. Waktu kenal suami saya, mengaji pun dia masih bertatih. Solat dan puasa pula jauh sekali.

Berbeza dengan saya yang dibesarkan sebagai anak imam kampung.

Jadi pada suatu hari, keluarga suami berhajat untuk berubah dan mendalami agama Islam dengan seorang perawat alternatif setelah perawat itu berjaya sembuhkan sakit misteri kakak ipar.

Dengarnya, si perawat sangat tinggi ilmu agama dan mempunyai kesaktian macam macam. Akhirnya, bermula dari kakak ipar sekeluarga, diikuti selepasnya oleh adik adik ipar yang lain hinggalah akhirnya ibu mertua saya. Semuanya sudah mula mempelajari ilmu tersebut.

Sejak ada ilmu baru ni, dorang banyak habiskan masa berkampung di rumah perawat tersebut yang dorang panggil sebagai ‘guru’.

Menurut kakak ipar, macam macam aktiviti dorang buat di sana termasuklah berzikir, buat talks agama, dengar ceramah dan bermuzakarah.

Dorang pun mula hidup bersederhana menuju ke zuhud. Setiap bulan, diadakan perjumpaan para ilmuwan. Ketua kepada keilmuan ini disebut sebagai ‘guru besar’. Beliau dianggap keramat dan sakral.

No. Bukan tabligh. Bukan ilmu sesat macam Ayah Pin. Bukan juga bahagian ilmu syariah. Saya tak tahu pasti apa istilahnya.

Dorang ajak suami saya join tapi suami menolak dengan alasan banyak kerja. Berkali kali diajak tapi tetap ditolak.

Suami saya ni jenis berpegang pada syariat semata mata. Baginya, cukuplah sebagai umat Islam berpegang pada ilmu tauhid, konsisten pada fardu ain dan feqah semata mata.

Yalah. Dia pun baru juga belajar agama dengan bapa saya. Jadi, dia belum bersedia lagi nak mengembangkan ilmunya menuju hakikat, tharikat ataupun makrifat.

Rupanya, penolakan suami dianggap penghinaan pada mereka. Saya dituduh jadi punca pada keputusan suami. Perselisihan pun berlaku. Ibu mertua pun mulai mengugut dan mengungkit macam macam.

Demi jaga hati ibu, akhirnya kami pun mengalah. Pada bulan seterusnya, kami pun mendatangi majlis perhimpunan mereka walaupun kami bukan ahli jemaah.

Saya dimaklumkan kalau majlis kali ni berbeza dari majlis sebelumnya sebab ianya akan dihadiri oleh guru besar mereka.

Ramai sungguh murid murid guru tu datang masa tu dari seluruh negeri untuk memohon keberkatan dari guru besar. Guru besar ada 4 orang penolong kanan. Mereka semua handal handal ilmu saktinya, menurut ibu mertua saya lah.

Saya berusaha sesuaikan diri masa tu walaupun kekok dengan diri yang tak sempurna sangat menutup aurat. Perempuan perempuan lain elok saja bertudung labuh, berniqab bagai.

Segalanya berlangsung normal. Lepas solat maghrib, baca yassin. Lepas isyak, berzikir. Lepas zikir, makan. Saya fikir, lepas makan boleh balik. Tapi ibu mertua tahan. Katanya, acara sebenar adalah lepas makan. Saya ingatkan ceramah agama.

Rupanya acara sebenar yang dimaksudkan adalah acara rawat merawat dan mohon berkah.

Semasa acara mohon berkah tu, sesiapa yang berhajat akan datang besimpuh jumpa guru besar mengikut giliran.

Ibu mertua dan kakak ipar juga berada dalam barisan menunggu. Ruang merawat diletakkan di tengah ruang tamu disaksikan oleh semua orang. Jemaah lelaki dan perempuan dipisahkan dengan selembar tabir.

Banyak pengalaman baru saya kutip masa ni. Ada yang sakit, ada yang kena rasuk, ada yang mengadu masalah hal rumah tangga, ada yang minta lulus exam dan macam macamlah. Respon balas guru besar dan orang orang kanannya berbeza pada setiap permasalahan.

Menjelang tengah malam, satu persatu orang beredar pergi.

Lalu tibalah giliran ibu dan kakak ipar.

Saya tertanya tanya juga, apalah agaknya permasalahan yang hendak dibawa ibu pada guru besar sampai sanggup menunggu lama lama begini. Jauh di sudut hati, saya risau 4 anak kecil yang saya titipkan di rumah abah semata mata untuk ke sini tadi.

Demi Allah, saya tak sangka. Rupanya, isu penolakan suami pada ajakan mereka selama ini menjadi pembuka kalimah yang dibawa ibu mertua menghadap guru besar!

Disaksikan ramainya gerombolan manusia, ibu dan kakak ipar bersilih ganti mengadu tentang ketidakpuasan hati mereka pada saya selama ini.

Mereka mengesyaki kalau saya sudah menyihir suami dan memberi nasi kangkang rentetan beberapa peristiwa sebelumnya.

Tergamam sungguh saya. Malu jangan cakaplah. Semua mata tertumpu pada saya. Demikian berjelanya aduan berupa tuduhan mereka hamparkan pada guru besar hingga akhirnya memaksa suami saya masuk campur.

Respon balas suami nyata memburukkan keadaan. Suami dan kakak ipar mulai bertengkar mulut sementara si ibu menangis histeria memikirkan anaknya yang sanggup derhaka kerana saya.

Si guru besar dan orang orang kanannya pun mulai meritual ilmunya bila keadaan makin tak terkawal. Entah apa dibacanya, suami saya pun jadi lemah dan tak sedarkan diri.

Saya pula entah kenapa sejak tadi macam terkunci. Kaki saya sejuk dan badan pula kaku. Saya bahkan tak dapat berjalan tengok suami saya yang sudah terbaring lesu.

Mereka pun kemudiannya mengerumuni saya. 5 orang semuanya termasuk sang guru besar. Saya rasa macam kecil sangat waktu tu.

Rasa macam mau menangis, mau berteriak, mau histeria segila gilanya. Saya rasa seperti dihina. Harga diri dicalar calar. Tapi saya tak dapat buat apa apa. Saya benar benar rasa seperti dikunci.

Ritual untuk saya pun bermula. Masing masing dengan pegangan zikirnya. Saya cuma diam tak bergerak. Sungguh, saya betul betul tak tahu apa yang dorang sedang buat sebenarnya. Untuk apa semua ini?

Seketika kemudian, ada yang mulai bersilat, ada yang mulai melakukan gerakan gerakan aneh seperti tarian jai pong. Si guru besar pula hanya berdiri tegak, laksana seorang budha yang sedang bertafakur.

Badan saya mulai rasa panas dingin. Kepala dan telinga terasa kembang. Ada angin berjalan di tulang belakang dan kemudiannya menari dalam perut macam kupu kupu terbang sebelum ia berhenti di dada.

Sakitnya Allah saja tau. Saya rasa macam nak menjerit suruh dorang berhenti. Tapi tetap saja akhirnya saya diam tak bergerak. Waktu ni, saya serah nasib pada Tuhan semata mata.

Tak semena semena, seorang dari perawat yang bersilat itu muntah drah. Diikuti dengan seorang lagi yang jatuh pengsan. Mungkin penat menari jai pong dan bersilat? Entahlah. Saya tak tahu.

Pengunduran mereka segera digantikan oleh murid lain. Kerumunan pun menjadi ramai semula. Kalau tadi 5, bertambah 2, lalu 2 lagi hingga terapitlah saya di tengah tengah macam peragut ditangkap basah.

Tiba tiba si guru besar bertempik. Dia bertanya siapa saya sebenarnya. Apa niat saya mengganggu kehidupan orang dan anak cucu Adam? Seberapa kuatkah saya hingga masih bertahan dan mampu melawan mereka semua? Dicabarnya saya berkali kali dengan kata kata kesat.

Kegilaan apakah ini? Ini benar benar satu penghinaan luar biasa hinaannya. Saya masih terlalu waras untuk mengangkangkan nasi untuk disuap ke mulut suami. Tidak pernah pula terlintas untuk menyihirnya.

Dalam ketika yang sama juga, terlintas dalam benak mungkin juga dorang nampak ada jin bersembunyi dalam badan. Mana tahukan? Semua manusia ada jinnya sendiri. Entahlah. Perasaan saya ketika itu macam tapak tangan yang mudah dibolak balikkan.

Melihat saya masih diam, si guru besar makin rasa tercabar. Dia membaca sebuah mantera lalu tangannya menerawang ke langit langit rumah seolah olah menarik kuasa tak kasat mata yang hanya boleh dilihat olehnya sendiri.

Dia memasang kuda kuda silat. Gerakannya siap untuk menyerang saya secara fizikal.

Dan pada waktu inilah saya rasa semua ini is really too much. Too much to take. Kalau saya tak melawan, bermakna saya sedang menzalimi diri saya sendiri.

Entah keberanian apa, saya akhirnya berdiri dan menghadapnya guru besar. Kerumunan mulai berundur bila melihat saya dan guru saling hadap menghadap, siap untuk berlawan. Suara zikir para jemaah semakin kuat macam choral di malam krismas.

Saya merenung tajam guru besar yang angkuh berdiri dengan kuda kudanya. Saya nekad melawan meski hanya berbekalkan ilmu karate yang terhenti di tali pinggang warna biru waktu remaja dulu.

Telinga saya segera menangkap suara ibu mertua menjerit jerit mengatakan kalau andaiannya benar bahawa saya ini adalah syaiitan bertopengkan manusia. Buktinya, saya berani melawan guru besar.

Ya. Guru itu kan handal orangnya. Kuasa ilmu penunduknya dikatakan boleh menundukkan siapa saja. Bahkan seladang liar sedang mengamuk pun boleh tunduk dengan renungan matanya.

Entah kebetulan atau apa, suami saya tersedar begitu mendengar suara ibunya.

Suami memanggil saya dengan suara lirih, merayu agar saya jangan berlawan. Dia kemudiannya merayu pada ibunya untuk menghentikan semua ini. Suaranya demikian berat, sarat dengan tangis yang tertahan.

Malangnya, bukannya diam, ibu mertua malah makin histeria. Dia memberi ultimatum pada suami samada memilih saya atau dia.

Disaksikan begitu ramainya orang orang asing, tangis suami saya pecah. Dia merangkak menuju pada ibunya memohon ampun dan maaf, merayu agar jangan diberi pilihan seperti itu.

Sampai bila bila pun saya akan ingat kata-kata suami saya;

“Ibu, ibu syurga saya. Tapi isteri saya adalah syurga untuk anak anak saya. Mana mungkin bu, saya mengkhianati syurga anak anak saya.

Ibu tanggungjawab saya, isteri saya amanah saya. Sanggupkah ibu melihat saya musnahkan masjid yang kami bina semata mata untuk kepuasan ibu? Daripada ibu bagi pilihan begitu, lebih baiklah ibu bnuh saja saya…”

Mendengar itu, hati saya yang nekad melawan tadi tiba tiba menjadi sayu. Ibu mertua menangis tak ubah seperti mertua Kasim Selamat.

Alangkah… setelah 10 tahun saya menjadi menantu mereka… setelah saya berkorban nyawa melahirkan 4 cahaya mata dari keturunan mereka… rupanya… saya tetap tak dianggap sebahagian dari keluarga. Ya. Mana mungkin keluarga akan melayan keluarganya seburuk ini.

Ya. Saya tahu saya bukan menantu pilihan. Sejak awal lagi mereka menghalang perkahwinan ini. Namun meski dihalang, kami tetap nekad bernikah hingga mereka terpaksa mengalah.

Saya fikir, masa akan merubah segalanya setelah demikian banyaknya keikhlasan disemai.

Saya ingatkan, 10 tahun ini sudah cukup untuk membuktikan betapa saya ikhlas hidup susah senang bersama suami. Mereka bukan berasal dari keluarga senang. Jauh sekali kaya raya.

Saya tak tahu mengapa mereka begitu angkuh dalam memilih menantu. Dan entah menantu seperti apa pula pilihan hati.

Tapi rupanya, masa itu tidak mengubah apa apa. 10 tahun yang tidak bermakna sama sekali.

Kasihan suami saya. Dapat saya bayangkan kegalauan hatinya saat itu. Segagah apapun anak pasti akan lemah bila sentimen anak derhaka menjadi taruhan. Apalagi anak lelaki.

Mengingat suami saya, membayangkan kisah zaman nabi tentang anak lelaki dibakar ibunya menganggapnya melebihkan isteri, saya jadi lemah.

No. Demi Allah dan Rasulnya, saya sayangkan suami saya. Tak sanggup saya melihat kelak dia tak boleh mati selagi tak diampunkan dosa oleh ibunya.

Saya pun mengalah.

Suami saya benar. Tak guna berlawan di situ. Ia hanya akan memburukkan keadaan. Belum tentu juga saya menang. Dorang ramai. Saya cuma seorang. Lagipun, itu rumah orang. Silap silap saya pula disabit menceroboh dan membuat kekacauan.

Tanpa berkata apa apa, saya melepaskan kuda kuda. Saat saya toleh pada suami, dia menatap saya dengan pandangan lirih bercampur lega. Matanya berbicara mengajak saya pulang.

Saat itu baru saya sedar kalau suasana pun mendadak sunyi. Tiada lagi zikir zikir dan kegilaan silat dan tarian. Entah kenapa mereka berhenti. Si guru besar pun rupanya sudah tak lagi dengan kuda kudanya. Semua mata memerhati kami. Aku merasa seperti orang kalah perang.

Enough is enough.

Suami saya berdiri dan berjalan lemah menuju ke arah saya. Mulutnya berbisik kata maaf. Dia memimpin tangan saya dan membawa saya keluar dari rumah itu.

Tanpa menoleh, tanpa berkata sepatah pun, kami berjalan menuju ke pintu.

Buat pertama kali dalam hidup, saya merasa seperti berjalan di atas angin. Bumi yang saya pijak seakan tiada. Badan saya seakan terawang awang. Inikah rasanya kosong?

Sampai di pintu, suamiku berhenti dan berbalik untuk menyalam ibunya. Saya sama sekali tak menoleh ke arah mereka. Apa yang pasti, tiada perlawanan apa apa di belakang sana. Hanya sunyi. Sunyi yang mati.

Kami pulang tanpa bicara sepatah pun. Hanya air mata saja mengalir tak berhenti. Kami sampai ke rumah abah sekitar jam 3 pagi. Anak anak sudah tidur. Abah pula masih menunggu kami.

Begitu melihat abah, suami saya terus memeluknya dan menangis semahu mahunya. Dia meminta maaf pada abah sebab tak mampu jaga saya sebaik jagaan abah.

Abah yang tak faham apa apa terkulat kulat kehairanan. Setelah menceritakan apa yang berlaku, abah memeluk kami dan turut menangis sama.

Baiklah.

Cerita itu tidak berakhir di situ. Masih banyak episod selepasnya yang masih berterusan hingga ke hari ini. Episod ilmu ilmu agama yang diselewengkan yang disulam dengan mantera mantera pembunuh bahagia.

Pembaca semua,

Ilmu mistik itu nyata. Perkara ghaib itu nyata. Khurafat itu nyata. Dendam dan kebencian juga nyata. Tapi cinta juga nyata. Di mana ada cinta, di situ ada Tuhan.

Dan Tuhan tetap akan selalu hadir bersama manusia yang mahu memelihara cinta lebih dari kebencian. Samada cepat atau lambat, cinta akan tetap menang mengalahkan kebencian.

Itu pesan abah pada malam peristiwa itu.

Saya terima semuanya dengan redha. Anggap saja mereka dalam keadaan tidak mengetahui mana benar mana bathil.

Ingatlah, pada akhirnya, ada 73 pintu terbuka namun hanya ada satu jalan yang benar benar menuju ke syurga. Demikian ramainya manusia tersesat dalam mencari sebuah jalan itu.

Nantinya manusia itu akan saling berbalah balah dan bertanya Islam siapakah yang paling benar. Islamku kah, atau Islam mu?

Hari ini, kami masih menjalani hidup seadanya. Peristiwa itu berlalu begitu saja seolah olah ia tak berlaku sama sekali.

Kami tetap menjalankan tugas sebagai anak, tetap pulang beraya, tetap menghulur salam meski dipaling muka. Anak anak kami tetap terdidik menghormati mereka.

Ummi saya bilang, saya ni penyabar.

Tapi bagi saya, penyabar bukanlah istilah yang tepat. Saya hanya terlalu menyintai suami saya. Saya tak mahu suami saya digelar anak derhaka setelah terang terangan dia memilih untuk tidak mencerraikan saya. Sebagai galang gantinya, biarlah berkorban rasa.

Sejahat jahat mereka, dari keturunan itulah lahir seorang lelaki budiman yang telah diamanahkan untuk menjaga maruah saya. Yang menaikkan mertabat saya sebagai wanita dan menjadi asbab untuk saya menuju ke syurga.

Dari keturunan itu juga lahir anak anak kami yang dari mereka nantinya menjadi bekalan jariah buat saya sebagai seorang ibu.

Nikmat apalagi yang mahu saya dustakan?

Wallahuaklam.

Reaksi Warganet

Zariah Hasin –
Sedihnya saya baca. Sesiapa yang ada mertua yang sangat baik bersyukur la. Bukan semua bernasib baik. Jadi pengajaran kepada kite akan datang supaya menjadi orang tua/mertua yang berkualiti.

Banyak sangat lihat mertua yang tak sebulu dengan menantu. Entah ape yang didengkikan pun tak tau la. Lain la kalau menantu buat tak baik pada anak anak, baru la masuk campur urusan keluarga anak anak. Selagi anak anak bahagia biarkan mereka mencorak kehidupan mereka.

Nurul Asyikin –
Saya pernah belajar dan join golongan seperti ini. Tak payah la. Sesuatu sangat sebab bila kita keluar dari golongan ini, dikata pula kita ni ada sesuatu. Sama macam TT.

Ceritera saya hampir sama cuma tak perlu berdepan. Tapi akhirnya saya dan keluarga (salah sorang ahli keluarga saya pun pi belajar) dicemuh pula. I feel u TT. Teruskan usaha dan kebaikan mu kepada keluarga mereka.

Pengakhiran saya kurang baik. Si dia menentang dan membenci pula saya. Dikata saya dan keluarga punya saka. Saya pi berubat dengan ustaz ustaz, tak ada masalah di pihak saya.

Bertabahlah TT. Saya doakan anda sentiasa kuat, sabar dan pegang teguh pada agama.

Rad Bilayati –
Dear confessor, saya pernah melalui detik detik yang sama macam confessor lalui. Pergi berubat sana sini sebab dituduh telah disihir. Tentu lah saya sendiri tau diri saya disihir atau pun tak..

Sedih tau dipaksa “berubat” dan apa yang kita cakap satu pun tidak didengari sebab dikatakan dibawah pengaruh “sihir”. Sepanjang saya pegi berubat, hanya ustaz darussyifa saja yang mengaku saya tidak disihir..

Tempat tempat lain saya pegi semua kata saya dah terkena “sihir”. Luka tu tetap ada sampai hari ni walau ahli keluarga saya sorang pun tak penah mintak maaf sebab dah kucar kacirkan hidup saya selama 4 tahun.

Saya dah move on tapi luka di hati tu tetap ada. Lepas dari peristiwa ni, saya memang dah skeptikal dengan perawat tak kisah berstatus ustaz mahupun bomoh.

Nak berubat boleh (sebagai ikhtiar) tapi tolong jangan percaya apa apa sebab semua tu akan menjatuhkan fitnah kepada orang lain.

Apa perasaan kalian kalau fitnah tu jatuh pada diri kalian sendiri. Sama seperti apa yang confessor lalui?

Puan Zuera –
Perasaan sedih dan marah bila baca confession ni. Penunggang agama. Ajaran sesat, bila kita tak ikut ajaran nya, tuduh ada setan dan jin dalam badan.. Lapor hal ni pada jabatan agama. Kalau diamkan nanti makin ramai yang ikut sesat..

Modus operandi, rawat orang yang dikatakan ada gangguan. Bila rawatan berjaya, pesakit terpesona dengan ajaran mereka. Lebih lagi pada yang kurang pendidikan agama..

Tahniah, puan masih datang melawat mertua setelah kejadian tu.. Sangat sabar dan kuat, dan masih lagi berpegang pada ajaran Islam..

Semoga dipermudahkan urusan .

Sumber : Zurin Azmi (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Continue Reading

Trending