Connect with us

Hiburan

Dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dgn berita sedih pemergian pelawak senior. Al Fatihah

Published

on

PELAWAK senior Pak Lah Cecupak atau nama sebenarnya Noor Affendi Nurdin, 53 meninggal dunia akibat kanser usus pada pagi, Sabtu.

Berita sedih itu dikongsikan oleh pelakon dan pengarah Adam Hamid di laman Instagram miliknya.

“Dukacita dikhabarkan pada hari ini 5 Rabiul Akhir 1442H telah kembalinya ke Rahmatullah seniman Noor Affendi Nurdin, Pak Lah Cecupak kerana kanser usus,” katanya.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah usus tahap empat pernah menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada September lalu.

Perkhabaran duka itu turut dikongsikan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menerusi satu hantaran di Facebook yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Berita sedih itu turut dikongsikan oleh IRAMA di Facebook.

“Salam takziah dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) buat keluarga pelawak Noor Affendi Nurdin atau Pak Lah Cecupak di atas kembalinya ke rahmatullah pagi ini.

“Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah,” tulisnya.

Kumpulan Cecupak merupakan pelawak lagenda yang dianggotai oleh Pak Lah, Pak Jaih, Ucop, Ropie dan Pian.

Selain menyanyi dan berlawak, Pak Lah juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.

Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario.

Allahyarham meninggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Miza Ali dan tiga orang cahaya mata.

Dimanakah Pelawak-Pelawak Ini Meng-hilang?

Suatu ketika dahulu, pelawak-pelawak tanah air sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Malah dek kerana penerimaan tersebut, pelbagai sitkom komedi telah ditayangkan seperti Salam Pantai Timur, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Cecupak dan Senario.

Sebelum adanya rancangan Maharaja Lawak dan seumpamanya, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu terlebih dahulu menghiburkan rakyat Malaysia sekitar tahun 80 dan 90-an. Menceritakan mengenai gelagat penduduk Flat Seri Wangi, sitkom ini membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Imuda, Wan Maimunah,Khatijah Tan Angeline Tan, Afida Es, Sabri Yunus, Accapan, Sathiya, Marlia Musa, dan Mat Over. Tidak ketinggalan, pelakon-pelakon ini yang terlebih dahulu telah menemui Sang Pencipta, Allahyarham Zami Ismail dan Allahyarham Ahmad Busu.

Kini selepas lepas 12 tahun sitkom ini ditayangkan pelakon-pelakon ini masih lagi aktif dalam dunia hiburan dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat.

Sinaran Pasport Kegemilangan Pencetus Pelawak Malaysia
Masih ingat Kumpulan Senario? Bukan sahaja memecah rekod sebagai Kumpulan Pelawak Paling Lama bertahan malah mereka telah membuktikan pengaruh mereka dengan mengadakan konsert jelajah suatu ketika dahulu.

Untuk anda yang tidak tahu Kumpulan Senario adalah hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1995. Pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet menjadi naib juara.

Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk Hussain selaku ketua kumpulan Senario, serta anggota kumpulan iaitu Wahid, Ilya, Hamdan, Shamsul, Azlee dan Mazlan. Nama Senario ini diambil daripada idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan “senang riuh” dan akhirnya menjadi Senario setelah dilhamkan kembali oleh Shamsul Ghau Ghau.

Kemunculan Yasin Dan Saiful Apek

Pada tahun 1998, Farouk, Shamsul,Ilya dan Hamdan telah mengambil keputusan untuk berundur. Namun tidak lama kemudian, Yassin dan Saiful Apek telah menggantikan tempat mereka sehingga munculnya beberapa buah lagu yang menjadi ikutan.

Walau bagaimana pun pada 2002 Yasin terpaksa menarik diri kerana terpalit kontroversi dan diikuti Saiful Apek pada 2004 yang ingin bergerak solo. Namun pada 2017, kumpulan Senario telah mengumumkan kemunculan semula mereka dimana kesemua mereka termasuk Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin dengan membentuk nama baru iaitu Senariounion.

Zul Yahya Tumpukan Perniagaan

Nama Zul Yahya mungkin tidak terlalu terkenal seperti pelakon lain namun menerusi drama Pepaya namanya telah melonjak naik ketika itu.

Kini Zul mengambil keputusan untuk tidak lagi berlakon dan tampil dengan penampilannya yang lebih muslim. Perkembangan terbaru beliau, Zul bakal membuka sebuah restoran di Shah Alam tidak lama lagi.

 

Kartina Aziz Masih Popular

Filem Mami Jarum mempunyai pengaruhnya tersendiri! Pelakon utama filem berkenaan, Kartina Aziz ternyata berjaya menguasai watak yang diberikannya.

Siapa sangka, Kartina telah menerima pencalonan paling banyak bagi kategori Pelakon Komedi Wanita Paling Popular iaitu sebanyak 7 kali. Namun nasib tidak berpihak kepada beliau kerana tidak berjaya memenangi sebarang anugerah tersebut, sebaliknya disandang oleh Wan Maimunah dan Sheila Rusly sebanyak 6 kali.

Hiburan

Namewee Beritahu Kenapa Dia Tak Nak Filemnya “Babi” Di Tayang Di Malaysia Walaupun Tercalon Peringkat Antarabangsa

Published

on

By

Penyanyi rap kontroversi, Namewee tampil mempertahankan filemnya menerusi sebuah hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran tersebut, Namewee berkata karya garapannya mempromosikan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun Namewee kesal apabila ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dan menggunakan isu perkauman demi kepentingan politik masing-masing.

Tambah Namewee, filem ‘Babi’ tidak akan dikeluarkan di Malaysia meskipun telah diiktiraf dan menerima pencalonan di festival filem antarabangsa di empat negara yang berbeza.

“Filem [BABI] telah diiktiraf dan menerima pencalonan di festival filem antarabangsa di empat negara yang berbeza.

“Bagaimanapun, filem ini tidak akan dikeluarkan di Malaysia, dan kami tidak akan memohon pada mana-mana badan atau pertubuhan di Malaysia.

“Ini adalah kerana Malaysia mempunyai terlalu ramai EKSTREMIS yang tak tahu malu, suka menghasut dan sering menggunakan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik mereka masing-masing.

 

“Namun, hakikatnya, Malaysia adalah sebuah negara unik yang berbilang kaum dan majmuk, di mana rakyat saling menghormati dan menerima antara satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu Namewee turut menjelaskan ketika penggambaran filem tersebut, para pelakon dan krew berbilang kaum bekerja dalam keadaan harmoni.

“Semasa penggambaran filem ini, para pelakon dan krew dari setiap kaum bekerjasama bersama untuk menghasilkan karya ini.Inilah yang mencerminkan semangat dan perpaduan rakyat Malaysia yang sebenarnya,” ujarnya.

‘Babi’ telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

“Kali ini kita telah berjaya menempah nama di pentas antarabangsa. Ini adalah kebanggaan kita sebagai anak Malaysia! Malaysia BOLEH!!!,” tulisnya.

Filem yang mengisahkan tentang kejadian sebenar keganasan dan rusuhan kaum di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000 ini bakal ditayangkan di Taiwan mulai 20 November (hari ini).

Terdahulu, Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Namewee, berkenaan poster filem terbarunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.

Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini, bersama lapan wakil pemuda PN Wilayah Persekutuan.

Azwan berkata laporan polis dibuat kerana poster filem bertajuk ‘BABI’ itu mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’.

Bagaimanapun yang juga Setiausaha Pemuda Negara Titiwangsa dan bekas wartawan hiburan di sebuah stesen televisyen tempatan mengakui masih belum menonton filem tersebut.

“Walaupun belum lagi menonton filem tersebut tetapi sebagai seorang yang berkecimpung selama 14 tahun dalam industri hiburan dan media, saya faham apa yang cuba ditonjol olehnya.”

“Maka laporan saya berkenaan poster dahulu kerana ini secara jelas dan nyata adalah satu penghinaan dan provokasi terhadap orang melayu,” ulasnya.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Hiburan

Saya Tak Kcau Hidup Org Lain, Sebab Itu Saya Pelik Kenapa Hans Isaac Boleh Cakap Macam Tu – Eizlan Yusof

Published

on

By

Saya tidak tahu apa motif dia melemparkan dkwaan yang tidak berasas itu. Saya hanya buat kerja sahaja di Finas. Saya tidak ada sebarang kepentingan dengan syarikat yang dikaitkan.”

Itu kata-kata pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof melalui satu kenyataan menjelaskan dia akan mengambil tndakan sa-man ke atas Datuk Hans Isaac.

Eizlan yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), memberitahu tndakan ini di ambil susulan tudvhan yang dilemparkan bekas pengerusi FINAS itu terhadapnya.

” Saya tidak kacau hidup orang lain, kerana itu saya pelik kenapa beliau (Hans) boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

” Kerana tudvhan yang dibuat itu juga menyebabkan saya menerima tekanan meminta saya meletak jawatan atau nama saya akan dirujuk kepada pihak berwajib agar siasatan dibuat terhadap saya,” kata Eizlan kepada Astr0AWANI ketika dihubungi.

Eizlan turut menzahirkan kekec3waan atas tudvhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Dato’ Hans Isaac, mantan Pengerusi FINAS.

Ini tudvhan Hans kepada Eizlan Yusof

” Tudvhan itu telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Difahamkan Hans mengaitkan pembabitan Eizlan dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi tersebut.

” Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya.

” Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak FINAS,” jelasnya.

Sementara itu Eizlan yang kecewa dengan dakwaan palsu tersebut turut menjelaskan tudvhan itu secara tidak langsung mencalarkan nama baik dan reputasinya.

Malah dalam waktu yang sama, kenyataan palsu yang tular ini turut menganggu fokusnya.

Pada masa yang sama menurut Eizlan dia turut menerima tekanan daripada pelbagai pihak sehingga menjejaskan karier dan perniagaan yang diusahakan.

” Tudvhan tersebut dibuat pada 16 November lalu melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan Whatsapp tersebut.

” Imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” ujarnya.

Menurutnya, dia telah melantik peguamcara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tndakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan.

Katanya, tndakan undng-undng terhadap Hans sedang berjalan.

Sementara itu, Hans yang dihubungi oleh Astr0AWANI berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Eizlan itu petang ini (semalam).

Berdasarkan semakan, belum ada apa-apa kenyataan dari pihak Hans Isaac samada menerusi media atau akaun laman sosial peribadinya.

Ada apa dengan Eizlan dan Hans?

Berdasarkan semakan, Eizlan Yusof pernah berlakon sekitar 32 filem, sementara Hans Isaac pula pernah bintangi 25 filem sepanjang karier mereka dalam bidang seni.

Masing-masing kini berusia 49 tahun, Eizlan lahir pada 14 Julai 1971, sementara Hans pula lahir pada 20 Ogos 1971.

Mereka adalah hero filem dan drama pada zaman mereka dek kerana wajah yang tampan dan pernah menjadi pujaan setiap gadis sekitar tahun 90an dan 2000an.

Namun apa yang menarik adalah, melalui semakan, Eizlan dan Hans tidak pernah bergandingan bersama dalam apa-apa filem atau drama.

Kemudian tiba-tiba pula timbul isu sa-man ini… Adakah suratan atau kebetulan? Mungkin kebetulan saja..

Sumber : lawaksi0t

Continue Reading

Hiburan

Dikecam Teruk, Akhirnya SUAMl Dedahkan Sesuatu Sebelum Anugerah Disampaikan, Sememangnya Mawar Rashid Layak Terima Anugerah Pelakon Filem Terpopuler

Published

on

By

Di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) semalam, penyanyi dan komposer Haqiem Rusli dinobat sebagai Bintang Paling Popular dengan undian lebih 22 juta daripada peminat.

Turut mendapat tumpuan adalah Mawar Rashid yang merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik.

Mawar Rashid mencipta kejutan apabila memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Mawar atau nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid meleburkan harapan pelakon popular wanita lain seperti Mira Filzah, Nur Fazura, Nabila Huda dan Erra Fazira.

Ini adalah kemenangan sulung Mawar di pentas ABPBH selepas beberapa kali tercalon.

Mawar yang sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan usahawan, Raf Yaakob mula berhijab sejak sambutan Maal Hijrah, Ogos lalu.

Pada awal pembabitannya, dia pernah digelar ‘Mawar GST’, ketika bersaing pada program pencarian Dewi Remaja, kira-kira lima tahun lalu.

Antara drama lakonan Mawar adalah Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet selain filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Bu, Kasih Suci.

“Syukur, Alhamdulillah, saya sebenarnya dalam industri ini ada jatuh bangun.

Bagaimanapun, saya terharu kerana ini kali pertama dalam tempoh tujuh tahun dalam industri, saya menang anugerah.

“Saya sangat sebak kerana kemenangan ini adalah disebabkan peminat yang tidak jemu menyokong saya.

“Bagi saya, trofi ini sangat bermakna. Saya berhasrat untuk mengembangkan bakat yang ada, seterusnya membina nama dalam industri.

“Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan yang sekarang sudah tujuh bulan. Doakan saya ya.

“Terima kasih kepada peminat yang undi Mawar, TV3 dan rakan media,” katanya.

Selaku tulang belakang, suami meluahkan rasa bangga melihat pencapaian isteri dalam bidang seni.

Bangun pagi, rasa sebak

Suami kepada pelakon dan usahawan, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob ada memberikan dedikasi.

Ini bersempena dengan kejutan kemenangan yang diraih isterinya itu pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) malam tadi.

Mawar, 25, mengetepikan calon finalis lain apabila berjaya merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular hasil undian peminat setiannya.

Dalam nada sebak, Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua di dalam ucapannya turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong selama ini.

Bagi Raf, dia sebak apabila mengenangkan jatuh bangun permaisuri hatinya itu di dalam seni.

Selain turut bermimpi Mawar akan merangkul mana-mana anugerah malam tadi.

Kekal menyokong dari belakang, Raf turut bersyukur atas rezeki yang diterima mereka.

Perkara tersebut dikongsikan Raf menerusi Instagram yang turut mendedahkan perbualan mengenai hal itu.

“2 minggu lepas, Abg mimpi Anje naik stage pegang award. Abg bangun pagi, rasa sebak.

Abg sebak cos I know your ups and downs dalam industry seni. Allah Swt is fair and today is your day. Alhamdulillah.

Congratulations my wife. Keep going…keep doing things that you love. Keep inspiring people out there.

Jadi lah manusia yang sentiasa memberi manfaat pada orang lain. My support towards your career will never end. Love you my Lady @mawarashid.

Last but not least thank you so much Team @mawarnizers, @mawarosehq and family yang non stop vote Mawar.

Rejeki indah dari Allah Swt. Dia yang mengizinkannya. Syukur Alhamdulillah.”

Di Instagram, Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf meluahkan rasa sebak dengan kejayaan yang dirangkul isteri.

Menurutnya, dua minggu sebelum majlis anugerah dia bermimpi si isteri naik ke pentas mengambil trofi.

Malah, setiap kali terkenangkan majlis Anugerah Bintang Popular Raf akan mengalirkan air mata.

Suami yang sentiasa di sisi Mawar

Di ruangan komen, orang ramai mengucapkan tahniah di atas kemenangan Mawar.

Mereka berpendapat, sikap merendah diri yang ditunjukkan Mawar berjaya memikat hati para peminat.

Pun begitu, sejak diumumkan sebagai pemenang ramai yang mencetuskan tanda tanya filem apakah yang dibintangi pelakon itu sehingga berjaya mengangkat popularitinya.

Filem apa dia berlakon?

Jika ramai yang belum tahu, Mawar Rashid telah membintangi dua buah filem, iaitu Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Bu, Kasih Suci telah berjaya menaikkan popularitinya sebagai pelakon filem paling popular.

Continue Reading

Trending