Semasa

Selepas Perdana Menteri Umum PKP, Ismail Sabri Pula Tampil Beritahu Apa Pula Yang Akan Diumumkan Esok

KUALA LUMPUR: Prosedur 0perasi standard (SOP) lebih terperinci mengenai Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diumumkan pada sidang media jam 5 petang, esok (Selasa).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kerja Raya juga akan mengumumkan SOP yang berkaitan mengikut kementerian masing-masing.

“Bagaimanapun, SOP yang lebih terperinci akan saya umumkan dalam sidang media harian esok jam 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk melaks.anakan PKP untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu ini, hingga 26 Januari, 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan pada ketika ini, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kess baharu setiap hari.

Pelaksanaan PKP itu melibatkan enam negeri Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, enam negeri yang dikenakan Perlntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan.

Perlis dan Sarawak pula dikenakan Perlntah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kredit : AstroAwani

Adakah Rentas Negeri Dibenarkan Ketika PKP2.0. Ini Jawapan PM Muhyidin Yassin

Putrajaya, 11 Jan – Susulan peningkatan COVID-19 kepada angka empat digit, kerajaan memutuskan untuk melarang aktiviti rentas negeri di seluruh negara.

Malah, pergerakan rentas daerah juga adalah dilarang sama sekali bagi negeri yang dikenakan PKP yang bermula 13 Januari sehingga 26 Januari akan datang.

“Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.”

PKP Di Pulau Pinang, Selangor, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor Dan Sabah Dari 13 Jan Hingga 26 Jan – PM

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui sidang media sebentar tadi telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Menurut beliau, PKP hanya akan membabitkan enam negeri sahaja iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKP Bersyarat pula akan dikenakan ke atas enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan pula akan dikenakan ke atas negeri Perlis serta Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Tambahnya, negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Sumber : BERNAMA / SIAKAP KELI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *