Keluarga

Vide0 : Budk Dakwa DlDER4 Mama Papa, Bawa beg Kayuh Basikal Larl Rvmah Nenek, Ini Tindakkn yg Akan Dikenkan

Anak adalah ‘amanah’ Tuhan yang kurniakan kepada setiap insan bergelar ibu dan bapa.

Kehadiran mereka sebagai penyeri hidup diiringi dengan tanggungjawab yang perlu digalas dan ditunaikan oleh ibu bapa.

Namun, apabila ibu bapa gagal memahami erti sebenar ‘tanggungjawab’ terhadap anak-anak mereka.

Maka bermulalah episod yang tidak diingini terjadi dalam sesebuah keluarga.

Semalam, seorang pengguna laman sosial Instagram @faizbm memuat naik sebuah posting.

Dia berkongsi kisahnya bertemu seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa didera dan dihalau dari rumah.

Pemuda mesra dipanggil ‘Abe’ itu berjumpa kanak-kanak berusia sembilan tahun tersebut.

Itu ketika dia sedang menaiki kereta di sekitar Setia Taipan 1, Setia Alam yang dilihat mengayuh basikal seorang diri.

Bimbang akan keselamatan budak tersebut, Abe bertindak memberhentikan kereta dan bertanya akan perihal budak tersebut.

Kemudian dia diberitahu dia dalam perjalanan pergi ke rumah neneknya.

Lantaran itu, Abe dan isterinya terus mengajak kanak-kanak itu makan bersama.

Setibanya di restoran, Abe cuba bertanya dengan lebih lanjut tentang situasi sebenar budak berkenaan.

Iyalah, masakan dia seorang diri sahaja meredah jalan raya yang sibuk, mengayuh basikal sambil membawa beg galas besar tanpa ditemani kehadiran ibu bapa.

Bahaya, sangat bahaya.

Abe berkata, budak itu mendakwa dirinya selalu dimarahi dan didera ‘papa dan mama’.

Lalu, dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan pergi ke rumah neneknya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah budak itu sendiri berkongsi saat sebelum dia keluar dari rumah.

Papa mamanya sempat lagi berpesan, ‘kalau kena rogol, jangan salahkan mereka.

Nanti kalau hilang, mama lapor polis cakap anak hilang’.

Jika benarlah cerita budak tersebut, tergamaknya hati seorang ibu dan ayah bertanggapan sedemikian terhadap anaknya sendiri.

Seakan tidak ambil peduli tentang keselamatan anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa marah dengan perbuatan ibu bapa budak terbabit yang disifatkan sangat kejam.

Kenapa mak bapak kejam sangat

Kasihannya, sedih tengok

Kuatnya semangat awak dik

Sebak membaca perkongsian Abe. Semoga kanak-kanak itu selamat walau dimana jua dia berada.

Harap ada pihak keluarga yang tampil bagi penjelasan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tonton Video

 

Sumber: Instagram @faizbm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *