Keluarga

Jurunikah Tidak Sah, 100 Pasangan Bernikah di Kawasan ini Sejak Sebulan Lalu Dipanggil JAIS

Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad saw yang dituntut dan digalakkan oleh Islam.

Ini bagi mereka yang telah cukup memenuhi syarat dan berkemampuan daripada pelbagai aspek.

Perkahwinan di dalam pandangan Islam bukan hanya semata-mata sebagai penyatuan dua jiwa dan soal cinta.

Tetapi ia merupakan ibadah dan kepentingan untuk memikul tanggungjawab di antara suami dan isteri.

Buat mereka yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Adalah penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya hanya tertumpu kepada persediaan majlis sahaja.

Antara perkara yang wajib diketahui oleh bakal pengantin sama ada lelaki atau perempuan ialah rukun dan syarat sah nikah.

Ini penting kerana tanpa memenuhi salah satu rukun atau syarat sah nikah, sesuatu pernikahan itu boleh dianggap sebagai tidak sah.

Jadi, mari kita lihat apakah antara perkara dan isi penting di dalam aspek rukun dan syarat sah nikah ini menurut pandangan Islam.

Apa Itu Rukun Nikah?

Pertama sekali kita perlu mengetahui bahawa terdapat perbezaan di antara rukun nikah dan syarat sah nikah tetapi keduanya wajib disempurnakan bagi tujuan sah sesuatu pernikahan tersebut.

Pada asasnya, seperti yang telah dipersetujui oleh jumhur ulama’, Rukun Nikah ada 5 Perkara, iaitu:

  1. Pengantin Lelaki (suami)
  2. Pengantin Perempuan (isteri)
  3. Wali
  4. Dua orang saksi
  5. Ijab dan Kabul

Setiap perkara yang terdapat pada rukun nikah seperti yang dinyatakan di atas, haruslah memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Di sinilah, syarat sah nikah diaplikasi dan digunapakai.

Jurunikah Tidak Sah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM menganggarkan kira-kira 70 peratus pernikahan menggunakan khidmat sindiket atau nikah ekspres tidak sah syariah.

Namun paling banyak adalah kesalahan berkaitan wali.

Penggunaan wali hakim

Menurut Pengarah Bahagian Penyelarasan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Mohd Kori Jusoh, berkata pasangan terlepas pandang.

Ini dengan beranggapan pernikahan luar kawasan melebihi dua marhalah, dibolehkan menggunakan wali hakim.

Beliau berkata, tanpa disedari wali sah seperti bapa, saudara lelaki (adik-beradik seibu sebapa atau sebapa).

Datuk (bapa ayah) dan bapa saudara (adik-beradik sebelah bapa) masih hidup.

Semua kategori wali ini katanya, perlu dicari sehingga dapat, bukannya mengambil jalan mudah menggunakan wali hakim.

Juru nikah tidak bertauliah

Namun apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah mengenai pernikahan menggunakan jurunikah tanpa tauliah.

Ia telah dibongkar Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jais baru-baru ini.

Kalau mahkamah syariah mendapati pernikahan itu sah, pasangan terbabit perlu mendaftarkan perkahwinan.

Dan membayar denda, jika tidak sah, perkahwinan itu terbatal.“- Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Shahzihan Ahmad.

Menurut beliau lagi, terdapat lebih 100 pasangan dinikahkan menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah itu.

Perkara dilakukan sejak lebih sebulan lalu diminta tampil segera ke Jais untuk membantu siasatan berkaitan perkara itu.

Kita perlvk4n mereka tampil. Kita perlu siasat dengan teliti kerana ia membabitkan hukvm, bukan boleh main-main.

Untuk pengetahuan, lelaki yang menawarkan khidmat sebagai jurunikah tidak bertauliah itu mengenakan caj RM3,000 hingga RM5,000.

Ini untuk setiap pernikahan dengan alasan ia bergantung kepada penyediaan dokumen.

Malah lelaki berkenaan yang turut melakukan kegiatan itu bersama isteri dan anaknya.

Oleh itu, penting di sini untuk syarat sah setiap rukun nikah tersebut diperjelaskan dengan lebih terperinci.

1. Syarat-Syarat Sah Nikah Pengantin Lelaki (Suami)

Di dalam konteks ini, seorang lelaki itu boleh dijadikan calon suami apabila dia telah memenuhi syarat-syarat seperti yang telah digariskan di bawah, iaitu:

  1. Beragama Islam
  2. Nyata calon itu ialah lelaki
  3. Bukan mahram dengan calon isteri
  4. Lelaki yang diketahui dan tertentu
  5. Berkahwin atas kerelaan sendiri dan tidak terpaksa
  6. Mengenali wali yang sah di dalam perkahwinan tersebut
  7. Mengetahui bahawa calon isteri itu halal untuk dinikahi
  8. Tak mempunyai 4 orang isteri yang sah dalam suatu masa
  9. Bukan di dalam ihram umrah atau haji

2. Syarat-Syarat Sah Nikah Pengantin Perempuan (Isteri)

Wanita juga harus memenuhi syarat-syarat di bawah ini untuk sah dijadikan isteri di dalam sesebuah perkahwinan, iaitu :

  1. Beragama Islam
  2. Nyata calon itu ialah perempuan dan bukan khunsa
  3. Wanita yang halal dikahwini oleh lelaki tersebut iaitu bukan muhrim
  4. Perempuan yang tertentu
  5. Berkahwin atas kerelaan sendiri dan bukan terpaksa
  6. Bukan dalam keadaan iddah’
  7. Jelas statusnya sebagai perempuan yang tidak bersuami
  8. Bukan dalam keadaan ihram Haji atau Umrah

3. Syarat Sah Wali

Islam mewajibkan kepada setiap wanita itu seorang wali yang sah untuk menikahkannya sebagai suatu tanda kemuliaan maruah diri dan demi kepentingan masa depannya.

Wali memainkan peranan yang cukup penting di dalam kehidupan seseorang wanita kerana menjadi wali merupakan suatu amanah.

Dan tanggungjawab untuk memastikan wanita yang berada di bawah jagaannya terpelihara bukan hanya dari segi perkahwinan.

Tetapi juga dalam soal pemberian nafkah dan nasab umpamanya.

Sumber : BawangRangers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *