Semasa

“ABAH nak ‘matikan’ UMNO?” TS Annuar Musa buat pendedhan mengejvtkan dalam live..

Baru-baru ini, Ketua UMNO bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan dia pernah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak membuat sebarang perkara yang boleh melemahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun begitu, disebalik pendedahan yang dilakukan oleh beliau, ada sesuatu yang telah mengejutkan orang ramai sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna sebelasjulai di laman TikToknya, kelihatan Annuar Musa sedang melakukan siaran langsung bersama pengikutnya di laman TikToknya.

Abah calon PM yang terbaik. Semoga Allah beri kesihatan pada abah utk selamatkan Malaysia dari tangan² pengkhianat #pru15 Sedih dgr abah nk bersatu,bn dan pas bergabung..

Apa yang mengejutkan ramai, Annuar Musa memaklumkan Muhyiddin Yassin akan berehat daripada dunia politik jika UMNO bersatu padu dalam menguruskan pentadbiran negara.

Tegasnya lagi, dakwaan yang mengatakan Muhyiddin ingin ‘matikan’ UMNO adalah tidak benar sama sekali dan hanya rekaan semata-mata.

VIDEONYA…

https://vt.tiktok.com/ZSRoqnyHs/

Bukan itu sahaja, Annuar Musa turut memaklumkan Muhyiddin Yassin telah memberikan sejumlah wang dipercayai jutaan ringgit bagi membantu UMNO ketika pilihan raya Sabah pada tahun 2020.

“Saya masuk terbang ke Sabah dan berjumpa sendiri dengan Muhyiddin Yassin, dan masuk bilik tidur dia beritahu UMNO tak cukup duit dan kekurangan dana. Berpuluh juta Muhyiddin bagi untuk bantu UMNO ketika di Sabah,” katanya.

Ramai yang kagum dengan abah!
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap tanggungjawab dan tolak ansur yang ditunjukkan oleh Muhyiddin Yassin yang sentiasa membantu rakan perjuangannya meskipun berbeza ideologi dan parti.

Tak menyesal undi abah PRU15
Malah, ramai yang mengatakan mereka tidak menyesal mengundi Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini dan beliau sememangnya yang layak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Sumber: sebelasjulai / deriamalaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *