Hiburan

“Air muka macam banyak masalah dia fikir” netzen mula risau tengok perubahan terkini Syamsul Yusof!

MESKIPUN diduga dengan kemelut rumah tangga bersama isteri Puteri Sarah Liyana, pengarah Syamsul Yusof masih lagi meneruskan kerja-kerja penggambaran filem terbaharunya, The Original Gangster.

Biarpun sibuk di lokasi penggambaran, Syamsul, 39, dilihat ‘sporting’ melayan peminat yang ingin merakamkan foto bersamanya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian video seorang peminat di TikTok mencuri perhatian netizen kerana susuk tubuh Syamsul yang dilihat berbeza dan semakin kurus.

sol2 - 1

Syamsul kini sibuk di set pengambaran filem The Original Gangster.

Rata-rata peminat meluahkan kerisauan melihat keadaan fizikal pengarah filem Mat Kilau itu.

“Air muka macam banyak masalah dia fikir. Macam susut je badan. Tapi tetap sporting layan peminat.

“Besar betul dugaan Sol ni. Semoga dipermudahkan. Ujian untuk dia. Tengok muka pun macam banyak pendam masalah. Sedih pula tengok.

“Kurus dah. Kusut nampaknya. Semoga dipermudahkan urusan mereka,” tulis netizen.

Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

WhatsApp Image 2023-01-23 at 6.12.46 PM

Antara komen-komen peminat yang risau melihat keadaan Syamsul.

Susulan daripada pendedahan itu, isteri pertamanya, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan permohonan cerai secara baik pada pada 16 Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Wanita Ini Dapat Bergambar Dgn Syamsul Yusof. Selepas Video Itu Tular, Ini Komen Yg Banyak Wanita Itu Terima.

Masih belum reda cerita tentang Syamsul Yusof kahwin dengan Ira Kazar sehinggakan isteri pertama beliau Puteri Sarah menuntut cerai kerana tidak sanggup bermadu.

Kisah mereka seperti di dalam sebuah drama TV slot pukul 7 malam dan dijangkakan masih panjang.

Setiap hari sudah pasti akan ada cerita cerita mengenai mereka bertiga tetapi kali ini adalah cerita Syamsul Yusof.

PEMINAT JUMPA SYAMSUL YUSOF DAN MINTA BERGAMBAR

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia telah berjumpa dengan Syamsul Yusof dan tidak melepaskan peluang untuk menegur sapa pengarah itu.

Bukan itu sahaja, pemilik video yang dikenali sebagai Mazni turut mendedahkan dia tidak bimbang dikecam oleh orang ramai disebabkan bergambar dengan Syamsul memandangkan dirinya kini menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Jelas Mazni, kita sebagai netizen sepatutnya mendoakan agar urusan Syamsul dan isterinya dipermudahkan dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib dan dugaan yang dihadapi oleh Syamsul pada ketika ini kerana jelas di raut wajahnya kelihatan sedih namun tetap meneruskan kerjayanya sebagai seorang pengarah.

Sementara itu, ramai kagum serta memuji dengan semangat yang dimiiki oleh Syamsul dan tidak melepaskan peluang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Sumber : m star / kotakmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *