Hiburan

“Aku tak maafkan pemfltnah!” Raja Afiq bengang dituduh ambil dadh punca kurus, istri tanggung hidup

GARA-GARA mengalami penurunan berat badan mendadak, pelakon Raja Afiq dituduh kononnya mengambil barang terlarang.

Raja Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 29 menegaskan segala tuduhan itu merupakan satu fitnah dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan berita tidak benar itu.

“Sebelum ini saya ada keluarkan cerita disihirkan jadi mungkin orang yang sama lakukan iaitu orang yang sihir itu, kami tak mahu tuduh sesiapa cuma boleh fikir logik akal sebenarnya.

“Hisap dadah apanya, saya ni hisap rokok pun tidak tau, saya cuma bersukan saja sekarang ni dan itu sebab turun berat badan mendadak, cerita saya atau kehidupan saya hanya isteri saja yang tahu.

“Kepada yang menuduh atau melemparkan segala tuduhan tersebut saya mahukan bukti sahih saya hisap dadah itu dan saya tak maafkan individu terbabit… jumpa la dekat akhirat nanti,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, mStar pernah menyiarkan kisah Raja Afiq mengalami gangguan sihir hingga mengakibatkan penurunan berat badan mendadak serta kurang menerima tawaran berlakon.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *