Semasa

“Ank dah ramai dan lstri duduk jauh” Cef terkenaI dan lnstafemes terkenal kant0i ditangkp khaIwat di hoteI

Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Banda Hilir di sini hari ini.

Lelaki berusia 40-an dan pasangannya 20-an dicekup dalam operasi dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, pasangan itu dicekvp

selepas gagal menunjukkan dokumen pernikahan.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki terbabit mengakui telah berkahwin, namun tinggal berjauhan dengan si

isteri sejak dua tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak.

Dikatakan kedua-dua mereka merupakan cef, yang mana terkenal di media sosial.

“Pasangan kekasih itu mend4kwa mereka bekerja sebagai cef di hotel di sini dan menginap untuk berehat.

“Lelaki berkenaan bagaimanapun mengakui telah berkahwin tetapi isterinya menetap dan bekerja diSelangor bersama-sama tiga orang anak mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Che Sukri memberitahu, pasangan itu juga mengakui telah menjalinkan hubungan suIit sejak setahun dan kerap menginap bersama.

“Wanita terbabit memberitahu dia mengetahui status lelaki tersebut yang merupakan suami orang.

Pasangan ini kita berjaya cekup selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan mereka,” jelasnya.

Tambahnya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khaIwat) yang mendatangkan syak melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : utusan

Seorang wanita berstatus j4nda bersama kekasihnya dijatuhi hukuman pnjara sebulan.

Dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini pada Rabu.

Wanita yang tidak bekerja berusia 22 tahun dan pasangannya yang berstatus duda berusia 34 tahun itu turut berdepan hukuman pnjara dua bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat Hakim Syarie, Mohd Fakhruddin Yusof selepas pasangan tersebut mengaku salah.

Ia atas pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jnayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhaIwat.

Mereka mengaku salah melakukan kesalahan tersebut di sebuah bilik tidak bernombor.

Kejadian dibuat di Permint Bandar Baru Kerteh, di sini lebih kurang jam 1.10 pagi, pada 13 Februari dua tahun lepas.

Mengikut fakta kes, bertindak atas maklumat, sekumpulan penguat kuasa Syariah Kemaman melaksanakan pemeriksaan berwaran di lokasi.

Dan semasa sampai di hadapan pintu bilik berkenaan didapati keadaan di luar bilik gelap.

Anggota mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali sebelum mendapati pintu tidak berkunci dan terus bertindak menolaknya.

Hasil pemeriksaan di dalam bilik menjumpai seorang perempuan dan seorang lelaki berada di dalamnya.

Hasil soal siasat, mereka berdua mengaku bukan suami isteri atau mahram.

Terdahulu dalam penghakimannya, Mohd Fakhruddin berkata, pesalah wanita dilihat tidak pernah serik kerana masih mengulangi kesalahan berulang iaitu kali pertama pada 2017.

Kali kedua pula (kes hari ini) yang mana kamu tidak hadir dan lari daripada hadir ke mahkamah seperti diarahkan.

Sehinggalah kamu ditangkap lagi ketika melakukan perbuatan tidak bermoral, baru-baru ini.

Kamu ada anak sepatutnya jagalah anak dan tunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka, katanya.

Beliau berkata, kesalahan kali ketiga pula dilakukan pesalah wanita itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang merupakan satu tempoh amaran dan ujian ALLAH untuk manusia.

Sepatutnya kamu semakin takut lagi-lagi untuk melakukan maksiat dalam tempoh sebegini.

Saya berharap dengan hukuman dibuat ini menjadikan masyarakat gerun dan takut untuk mendekati maksiat.

Ia boleh mendatangkan bala kepada seluruh ummah, katanya tegas.

Pendakwaan kes dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah.

Sumber : SH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *