Author: sport7

Inilah Kisah Hidup Dajjal Sebelum Allah Butakan Mata Kirinya. Sila Fahamkan Sebelum Ia Muncul !

Inilah Kisah Hidup Dajjal Sebelum Allah Butakan Mata Kirinya. Sila Fahamkan Sebelum Ia Muncul !

Dalam surah Thaahaa ada menyatakan kisah Nabi Musa dan kaumnya yang disesatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Samiri semasa Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah swt di Gunung Sinai. Samiri digambarkan dalam al-Quran sebagai lelaki yang bertanggungjawab mengukir patung sapi emas untuk menjadi bahan sembahan kaum Bani Israil. Patung sapi betina yang diukir oleh Samiri memiliki ‘kuasa’ ajaib sehingga mampu mengeluarkan kata-kata dan suara. Akibat tertarik dengan patung tersebut, hampir seluruh kaum bani Israil lupa terhadap pesanan Nabi Musa untuk kekal menyembah Allah yang Esa.

Gunung sinai saksi kejahilan bani Israel

Kesesatan kaum Bani Israil bagaimanapun tidak mampu ditangani oleh adik kandung Nabi Musa iaitu Nabi Harun. Diriwayatkan, sebelum Nabi Musa pergi ke Bukit Sina untuk bermunajat kepada Allah swt, Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk membimbing kaumnya. Namun kedegilan kaum yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran ini tidak mampu dinasihati oleh Nabi Allah Harun. Bahkan, Harun as diherdik dan dicerca oleh kaumnya sendiri. Bergitulah hebatnya tipu helah Samiri yang mampu memperok-perandakan keimanan kaum Bani Israil. Maka, siapakah Samiri ini?

Ayat al-Quran yang menyatakan Samiri
Dalam surah Thaahaa, ada merakamkan dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa as terhadap lelaki kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.

95. Berkata Musa: “Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?”
96. Samiri menjawab: “Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku.”
97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).
(Surah Thaahaa ayat 95-97)

Penjelasan Surah Thaahaa ayat 95-97

Ancaman Musa as

Dalam ayat 95, Nabi Musa telah bertanya kepada Samiri dengan nada yang keras dan bersifat mengancam.
Kemudian, pada ayat 96, ahli tafsir muktabar seperti Ibnu Kathir(1301-1373) dan Ath-Tabari (838–923) berpendapat bahawa Samiri telah mendedahkan rahsia ilmu sihirnya. Pada ayat ‘Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya’ , Ibnu Kathir dalam tafsir ulungnya telah memberi penjelasan bahawa Samiri telah melihat Jibrail as datang dengan kuda tunggangannya, Haizum untuk membinasakan Firaun sedangkan kaum Bani Israil tidak melihatnya.

Besar kemungkinan ia terjadi semasa Nabi Musa dan Bani Israil melarikan diri secara besar-besaran daripada bumi Mesir. Akibat kekalutan tersebut, kaum Bani Israil yang beribu-ribu orang tidak menyedari kehadiran Jibrail yang menyerupai manusia.

Terbina patung sapi betina daripada jejak kuda Jibrail as
Pada ayat “aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya”, Ibnu Kathir memberi penjelasan yang antara lain membawa maksud bahawa jejak rasul tersebut adalah jejak kuda tunggangan Jibrail as. Ia diterima secara umum oleh ahli-ahli tafsir lain selepas Ibnu Kathir.

Manakala, apa dimaksudkan dengan “segengam dari jejak rasul” itu adalah Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh kuda Jibrail as. Menurut ulama tafsir terkemuka, Mujahid, segenggam tanah bererti sepenuh tapak tangan dan genggaman itu dengan menggunakan ujung jari-jarinya. Samiri kemudian menggunakan ilmu sihirnya untuk membentuk sapi emas yang mampu mengeluarkan suara.

Samiri dilaknat oleh Allah swt
Dalam ayat 97, ada ayat yang berbunyi, “Janganlah menyentuh (aku)”. Menurut Ibnu Kathir, Samiri telah diusir daripada khalayak ramai sehingga beliau tidak mampu menyentuh orang lain dan orang lain pula tidak mampu menyentuhnya kerana kuatir akan menimbulkan kemudratan kepada kedua-dua pihak.

Besar kemungkinan Samiri telah dilaknat Allah swt dengan Allah swt telah menurunkan penyakit memberhaya kepadanya seperti penyakit kusta atau wabak yang berjangkit. Menurut ulama tafsir lain seperti Ibnu Ishq dan Ath-Thabari, Samiri telah dihukum oleh Allah swt atas kekafirannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Tambah mereka lagi, hukuman di akhirat pasti lebih dashyat dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.

Siapakah Samiri?
Penyusun kitab Siratu Rasulullah, Muhammad Ibnu Ishaq(704M-767M) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan, “ Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala. Dalam dirinya telah tertanam kecintaan kepada penyembahan terhadap patung dan berhala sapi. Samiri menampakkan dirinya adalah pengikut Musa as(Islam) di hadapan kaum Bani Israil namun hatinya bergelojak dengan kepercayaan nenek-moyangnya. Menurut Muhammad Ibnu Ishaq, Samiri adalah nama panggilan bagi seorang individu kufur bernama Musa bin Zhufar.”

Qatadah ibnu al-Nu’man, salah seorang sahabat besar Rasulullah saw daripada golongan Ansar telah berkata, “Samiri berasal daripada negeri Samir(Sumaria).”

Bagi ahli sejarah ketemporari, mereka berpendapat bahawa Samiri telah menyesatkan kaum Bani Israil dengan membina samaada patung Hathor atau Hapis. Kedua-dua patung tersebut adalah berhala sembahan masyarakat Mesir Purba.

Hathor adalah dewa perempuan yang menjadi sembahan turun temurun masyarakat Mesir Purba. Hathor digambarkan sebagai sapi betina dengan kepalanya dihiasi dengan cakera matahari.

Patung Hathor
Manakala Hapis adalah patung sembahan berupa lembu jantan yang menjadi alat sembahan masyarakat Mesir Purba di wilayah Memphis. Berhala Hapis telah pun disembah sejak Dinasti Kedua kerajaan Mesir Purba.

patung hathor

 

patung apis

Samiri adalah Dajal?
Terdapat dakwaan mengatakan Samiri adalah dajjal yang datang untuk menyesatkan kaum Bani Israil. Pendapat ini pertama kali disuarakan oleh pengarang buku terkenal, Muhammad Isa Dawud. Identiti Samiri yang misteri dan dikatakan memiliki ilmu sihir yang tinggi membolehkan ia dikaitkan dengan al-Masih Dajjal. Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana samaada al-Quran atau hadis tidak terdapat satu pun yang mengatakan Samiri adalah Dajjal laknatullah.

Samiri versi kitab Taurat
Dalam kitab Taurat, Samiri yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah nabi Harun sendiri. Dalam kitab tersebut, Bani Israil dikatakan meminta nabi Harun untuk ‘mencipta’ tuhan untuk mereka. Untuk memenuhi hasrat mereka, nabi Harun kemudian menyuruh bani Israil mengumpul subang emas untuk dileburkan menjadi sapi emas. Nabi Harun kemudian membina altar di hadapan sapi emas tersebut bagi tujuan penyembahan.

32:1 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: “Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir–kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia
Genesis 32:1
Sepertimana kisah Samiri dalam al-Quran, nabi Harun telah dikatakan menyesatkan kaumnya sendiri dengan mengadakan pesta besar-besaran dihadapan sapi emas ajaib tersebut. Versi kitab Taurat ditolak bulat-bulat ajaran Islam. Ajaran Islam menolak versi tersebut kerana ia terang-terang menidakkan martabat seorang Rasul Allah.

Extra
Sejak turun-temurun, orang Islam mempercayai bahawa sebuah formasi batuan seperti lembu di Mesir adalah patung yang diukir oleh Samiri. Benarkah ia adalah patung yang diukir oleh Samiri?
Dalam al-Quran, Allah swt telah jelas memberitahu dalam surah Thaahaa ayat 97 bahawa Nabi Musa as telah membakar patung tersebut menjadi keping-kepingan dan membuangnya ke dalam lautan.

97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).

Maka, kepercayaan turun-temurun umat Islam terhadap formasi batuan tersebut sangat jelas menyalahi apa yang diperkatakan di dalam kitab suci al-Quran. Ternyata kepercayaan umat Islam secara keseluruhannya selama ini tidak berfakta dan hanya mendengar cerita lisan masyarakat setempat tanpa merujuk al-Quran. Waallahualam.

Batu yang terbentuk bagaikan sapi ini dianggap sebagai sapi yang dicipta oleh Samiri.

KREDIT TAK USAHRISAU.BLOGSPOT

Nabi melarang kita MENCELA ayam jantan. Ini sebab kenapa AYAM JANTAN sangat dimuliakan dalam Islam!

Nabi melarang kita MENCELA ayam jantan. Ini sebab kenapa AYAM JANTAN sangat dimuliakan dalam Islam!

Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits
Terjemahan : Jebat

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

“Apabila kalian mendengar ayam berkokok, mintalah kurnia Allah (berdoalah), kerana dia melihat malaikat. Dan apabila kalian mendengar ringkikan keledai, mintalah perlindungan kepada Allah dari syaitan, kerana dia melihat syaitan.” (HR. Bukhari 3303 dan Muslim 2729).

Dalam riwayat Ahmad, terdapat keterangan tambahan, ’di malam hari’,
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ مِنَ اللَّيْلِ، فَإِنَّمَا رَأَتْ مَلَكًا، فَسَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ

Apabila kalian mendengar ayam berkokok di malam hari, sesungguhnya dia melihat Malaikat. Kerana itu, mintalah kepada Allah kurnia-Nya. (HR. Ahmad 8064 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

Keistimewaan Ayam Jantan

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan bunyi kokok ayam jantan di waktu malam, sebagai penanda kebaikan, dengan datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa. Ini sebahagian dari keistimewaan ayam.

Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan,
وللديك خصيصة ليست لغيره من معرفة الوقت الليلي فإنه يقسط أصواته فيها تقسيطا لا يكاد يتفاوت ويوالي صياحه قبل الفجر وبعده لا يكاد يخطئ سواء أطال الليل أم قصر ومن ثم أفتى بعض الشافعية باعتماد الديك المجرب في الوقت

Ayam jantan memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain, iaitu mengetahui perubahan waktu di malam hari. Dia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Dia berkokok sebelum subuh dan sesudah subuh, hampir tidak pernah terlambat. Baik malamnya panjang atau pendek. Kerana itulah, sebagian syafiiyah memfatwakan untuk melihat kepada ayam jantan yang sudah terbukti, dalam menentukan waktu. (Fathul Bari, 6/353).

Mengambil Pelajaran dari Ayam Jantan

Al-Hafidz Ibn Hajar menukil keterangan dari ad-Dawudi,
قال الداودي يتعلم من الديك خمس خصال حسن الصوت والقيام في السحر والغيرة والسخاء وكثرة الجماع

Ad-Dawudi mengatakan, kita boleh belajar dari ayam jantan dalam 5 perkara: suaranya yang bagus, bangun di waktu sahur, sifat cemburu, dermawan (suka memberi), dan sering jimak. (Fathul Bari, 6/353).

Mengapa Dianjurkan Berdoa?

Kita dianjurkan berdoa ketika mendengar ayam berkokok, kerana dia melihat Malaikat. Kerana kehadiran makhluk baik ini, kita berharap doa kita dikabulkan.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukil keterangan Iyadh,
قال عياض كان السبب فيه رجاء تأمين الملائكة على دعائه واستغفارهم له وشهادتهم له بالإخلاص

Iyadh mengatakan, alasan kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita. (Fathul Bari, 6/353).

Tidak Boleh Mencela Ayam Jantan

Dalam hadis dari Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَا تَسُبُّوا الدِّيكَ فَإِنَّهُ يُوقِظُ لِلصَّلَاةِ

Janganlah mencela ayam jantan, kerana dia membangunkan (orang) untuk solat. (HR. Ahmad 21679, Abu Daud 5101, Ibn Hibban 5731 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

al-Hafidz Ibn Hajar menukil keterangan al-Halimi,
قال الحليمي يؤخذ منه أن كل من استفيد منه الخير لا ينبغي أن يسب ولا أن يستهان به بل يكرم ويحسن إليه قال وليس معنى قوله فإنه يدعو إلى الصلاة أن يقول بصوته حقيقة صلوا أو حانت الصلاة بل معناه أن العادة جرت بأنه يصرخ عند طلوع الفجر وعند الزوال فطرة فطره الله عليها

Al-Halimi mengatakan,

Disimpulkan dari hadis ini bahawa semua yang boleh memberikan manfaat kebaikan, tidak selayaknya dicela dan dihina. Sebaliknya, dia dimuliakan dan dianggap satu kebaikan. Sabda baginda, ‘ayam mengingatkan (orang) untuk solat’ bukan maksudnya dia bersuara, ‘solat..solat..’ atau ‘waktunya solat…’ namun maknanya bahawa kebiasaan ayam berkokok ketika terbit fajar dan ketika tergelincir matahari. Fitrah yang Allah berikan kepadanya. (Fathul Bari, 6/353).

Allahu a’lam.

6 Billionaire Dunia Yang Masih Pandu Kereta Murah!

6 Billionaire Dunia Yang Masih Pandu Kereta Murah!

Kereta adalah satu keperluan di zaman serba canggih ini. Dahulunya ia merupakan satu kemewahan, namun kini tidak lagi, melainkan anda mampu untuk membeli kereta mewah.

Bagi billionaire, tiada apa yang mustahil bagi mereka, apatah lagi untuk memiliki kereta bernilai jutaan ringgi. Tak perlu kita cakap mengenai billionaire, mereka yang bergelar jutawan, malah ada yang tidak sekalipun, memiliki kereta yang sangat mewah.

iluminasi.com ingin berkongsi 6 kereta yang dipandu oleh antara manusia paling kaya di dunia.

1. Steve Ballmer

steve ballmer

Steve Ballmer merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Microsoft di antara tahun 2000 hingga 2014. Graduan Universiti Harvard diambil bekerja dengan Microsoft selepas beliau tamat daripada pengajian oleh Bill Gates yang tidak tamatkan pengajiannya di Harvard.

Kini kekayaan Steve adalah sebanyak RM143 billion, dan mampu memiliki semua jenis kereta di atas muka bumi ini. Namun, beliau memilih untuk memandu kereta Ford, kerana bapanya merupakan bekas pengurus di Ford Motor Company.

steve ballmer dihadiahkan kereta ford

steve ballmer memandu ford fusion hybrid

Pada tahun 2009, bagi meraikan kejayaan Ford mencapai kenderaan ke sejuta yang dilengkapi dengan SYNC (sistem komunikasi dan hiburan dalam kereta), CEO Ford ketika itu telah menghadiahkan Steve sebuah kereta Ford Fusion Hybrid.

Kereta mesra alam tersebut berharga RM117,600 dan masih dipandu Steve sehingga hari ini.

2. Warren Buffett

warren buffet

Siapa tak kenal manusia ke-2 terkaya di dunia ini. Warren Buffet adalah CEO syarikat konglemerat Berkshire Hathaway. Memang tak dinafikan beliau sangat terkenal dengan sifat berjimat cermat.

Sangat cermat, sehinggakan beliau tak pernah membelanjakan wang lebih daripada USD3.17 (RM13.40) untuk sarapan.

rumah warren buffet

Sehingga kini, sudah 59 tahun Warren tinggal di rumahnya yang dibeli pada tahun 1958 dengan harga USD31,500 (RM133,000) ketika itu yang bersamaan RM1.09 juta hari ini.

cadillac dts milik warren buffet

Malah, pada tahun 2014, untuk menaiktaraf kereta yang dipandunya ketika itu iaitu Cadillac DTS selepas anaknya memberitahu bahawa kereta itu memalukan, Warren dilaporkan telah membeli sebuah kereta Cadillac XTS dengan harga RM190,000.

3. Ingvar Kamprad

ingvar kamprad

Anda suka makan meatball di Ikea? Kereta apa yang anda pandu untuk ke Ikea Cheras atau Damansara? BMW? Mercedes? Ferrari? Maka anda lebih hebat daripada pengasas Ikea sendiri iaitu Ingvar Kamprad.

Ingvar adalah seperti beberapa billionaire lain, seorang yang tidak suka membelanjakan wangnya pada sesuatu yang tidak diperlukan, walaupun ia tidak mahal, dan tak menjejaskan kekayaannya. Beliau mendakwa hanya menggunting rambut apabila beliau berada di negara membangun, semata-mata untuk berjimat.

rumah ingvar kamprad

Walaupun Ikea menjual barang perabut rumah yang mewah, namun pengasasnya masih tinggal di banglo yang serba sederhana. Beliau juga makan di Ikea sendiri, dan berbelanja di pasar tempatan.

Pada tahun 2014, wartawan The Telegraph bahawa Ingvar memberitahu televisyen dengan berkata, “Kalau anda lihat pada saya sekarang, saya rasa tak ada satu pun apa yang saya pakai ini yang tak dibeli di pasar karat,”.

kereta yang dipandu oleh ingvar kamprad

Dan kereta pilihan individu dengan kekayaan RM196 billion ini adalah kereta Volvo 240 GL 1993 yang berharga RM92,400 ketika dibeli dan mungkin RM5,000 pada hari ini. Namun Ingvar telah melepaskan kereta kesayangannya itu selepas dipujuk kerana kereta tersebut dikatakan sangat berbahaya bagi usianya yang kini menjangkau 91 tahun.

4. Alice Walton

alice walton pewaris walmart

Alice Walton adalah anak kepada Sam Walton, pengasas syarikat paling kaya di dunia iaitu Walmart.

Ketika ini, dengan kekayaan RM171 billion, Alice Walton adalah wanita paling kaya atas muka bumi selepas kematian Liliane Bettencourt pada 21 September 2017.

kereta wanita paling kaya di dunia

Dan kereta yang menjadi pilihan wanita terkaya di dunia ini adalah Ford F-150 200, yang dianggarkan berharga RM168,000. Bapanya, Sam Walton juga memandu kereta sederhana iaitu kereta versi yang sama tahun 1979, sehinggalah kematiannya pada tahun 1992.

5. Mark Zuckerberg

mark zuckerberg dalam kereta murahnya

Dengan kekayaan RM300 billion ketika ini, bukan sahaja kereta, malah Mark mampu untuk membeli kapal terbang dan memandu di atas jala raya. Namun, umum tahu bahawa Mark bukanlah seorang yang suka membazir, dan hanya membeli apa yang perlu.

Mark sering dilihat memandu kereta Acura TSX berwarna hitam yang dianggarkan berharga RM126,000. Selain itu, CEO Facebook ini juga dilaporkan mempunyai sebuah kereta Volkswagen GTI dengan harga hampir sama dengan Acura TSX.

acura tsx 605

Mark memberitahu beliau memilih kereta tersebut kerana ia selamat, selesa dan tidak menarik perhatian.

6. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

tan sri syed mokhtar albukhary

Siapa tak kenal dengan hartawan ini. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Beliau merupakan salah seorang manusia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak RM7.6 billion pada tahun 2017.

Menurut sumber, kini Tan Sri Mokhtar hanya memandu Proton Perdana.

proton perdana

Kredit : Paultan.org

Beliau pernah memberitahu, “Gaya hidup ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta Nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana,”.

Rujukan :

1. CNBC

2. Telegraph

3. The Guardian

4. Reuters

5. Business Insider

6. Daily Mail

7. sumberhangat.com

Riak, Ujub, Takbur Zaman Dajjal Di Media Sosial Yang Ramai Dah Terjebak! Nombor 3 paling Ramai Dah Buat!

Riak, Ujub, Takbur Zaman Dajjal Di Media Sosial Yang Ramai Dah Terjebak! Nombor 3 paling Ramai Dah Buat!

Pertama:

Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu

Kedua :

Snap gambar anak dalam rumah dengan caption ‘Alahai anak mama ni bla bla bla..’.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm

Ketiga :

Syukur tak henti-henti.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun)..

Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!

Keempat :

Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. ‘Ala jam la jalan’.. ‘Good morning semua’.. ‘Letih la hari ni’.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau..

Kelima :

Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahh hari-hari shopping habislah duit I’.. atau ‘Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?’… sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau ado?!

Keenam :

Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta..

Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. ‘Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love abang’.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga awak..

Akhir sekali :

Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption ‘mukaku tanpa mekap’… ‘mata panda letih tak cukup tidur’..bla bla bla… dengan harapan adalah orang lain komen.. ‘eh u still nampak comel lah’..’nampak muda dari umur sebenar’.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil

Maka hindarilah dari bersifat riak!

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah swt.

Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya..

sumber: teabeng.com

“Cikgu Makan Gaji Buta Tak Perlu Cuti, Jaga Anak Kami Di Sekolah Waktu Musim Cuti!” (Netizen)

“Cikgu Makan Gaji Buta Tak Perlu Cuti, Jaga Anak Kami Di Sekolah Waktu Musim Cuti!” (Netizen)

Video sekadar hiasan…

Cikgu tak perlu cuti, boleh jaga anak kami di sekolah

Seorang penjaga memberikan komen negatif terhadap pihak sekolah terutamanya guru kerana bercuti makan gaji buta di kala cuti sekolah.
Tuduhan itu dibuat kerana dia tiada tempat untuk meletakkan anak ketika cuti sekolah. Lalu menggesa cikgu datang ke sekolah semata-mata untuk ‘mengasuh’ anak-anak yang tidak dapat dijaga kerana kebanyakan ibu bapa bekerja.

Sebagai guru apa komen anda?

komen guru:

Sepatutnya penjaga perlulah bijak mengurus hal keluarga, bukan mengharapkan sekolah dan guru semata-mata.

Guru juga ada keluarga, ada masa cuti, bukan sepanjang tahun nak menjaga anak kamu!

Dah tahu cuti, pandai-pandailah cari tempat nak letak anak di mana.

komen Paklong:

Dulu sebelum diangkat jadi dato’ seri paduka diraja terutama Paklong pun cikgu jugak, mak bapak zaman tu takda lah mengada macam yang zaman sekarang, hampa tengok apa dah jadi di zaman dajjal ni? lepas satu kes satu kes keluar, semua suspeknya budak-budak bawah umur. Puncanya sapa? anak-anak banyak habiskan masa dengan sapa? bila jadi saja kes orang tuduh guru, sampai ada yang kena dakwa punyalah busuk hati orang zaman sekarang, Paklong dah tua, tak lama lagi dah nak terbang dari dunia ni, tapi kalau benda ni berterusan memang jahanam la Malaysia kita. Buat anak pandai jaga anak takmaw! apa jenih parent mengada macamni!

sumber: pendidik2u.my

SESUATU YANG TIDAK DIMILIKI ALLAH

SESUATU YANG TIDAK DIMILIKI ALLAH

Dinukil dari Anas bin Malik ra disebutkan, “Seorang Yahudi datang pada Khalifah Saidina Abu Bakar ra dan berkata, “Aku ingin bertemu dengan Khalifah Rasulullah.” Para sahabat membawanya kepada Khalifah Saidina Abu Bakar ra.

Lalu orang Yahudi itu berkata, “Apakah Anda Khalifah Rasulullah?”
Khalifah Saidina Abu Bakar ra berkata, “Ya, tidakkah engkau melihat aku di tempat dan mihrabnya?”

Orang Yahudi berkata, “Jika Anda sebagaimana yang Anda katakan, wahai Khalifah… aku ingin bertanya kepada Anda tentang beberapa masalah”.
Khalifah Saidina Abu Bakar ra berkata, “Bertanyalah sesukamu!”

Orang Yahudi bertanya, “Beritahukan kepadaku tentang sesuatu yang tidak dimiliki Allah, yang tidak ada pada Allah dan yang tidak Allah ketahui?”

Khalifah berkata, “Itu adalah masalah-masalah orang zindiq (atheis) wahai orang Yahudi!”

Waktu itu, orang-orang Muslim pun hendak membunuh orang Yahudi itu. Di antara yang hadir pada saat itu adalah Ibnu Abbas ra, dia segera berteriak dan berkata,
“Wahai Khalifah, janganlah tergesa-gesa membunuhnya!”

Khalifah berkata, “Tidakkah kamu telah mendengar yang dia katakan?”

Ibnu Abbas ra berkata, “Kalau Anda mempunyai jawapannya, jawablah! Kalau tidak, biarkanlah dia pergi ke tempat lain yang dia sukai.”

Akhirnya mereka mengusirnya.

Yahudi itu berkata, “Semoga Allah melaknat suatu kaum yang duduk bukan pada tempatnya. Mereka hendak membunuh jiwa yang diharamkan Allah untuk dibunuh tanpa pengetahuan”.

Yahudi itu pun akhirnya keluar sambil mencanang-canangkan,
“Wahai manusia, cahaya Islam telah sirna. Mereka tidak dapat menjawab pertanyaan yang dilontarkan. Di mana Rasulullah dan di mana Khalifah Rasulullah?”

Ibnu Abbas ra yang pada saat itu mengikuti orang Yahudi itu seraya berkata kepadanya, “Pergilah kepada ilmu kenabian dan ke rumah kenabian Saidina Ali bin Abi Thalib!”

Kemudiannya Khalifah Saidina Abu Bakar ra dan kaum Muslimin pula pergi mencari orang Yahudi itu. Lalu mereka mendapatkannya di suatu jalan dan membawanya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib.

Mereka meminta izin darinya untuk masuk. Orang-orang mula berkumpul. Sebahagian ada yang muram, menangis dan ada yang tertawa.

Khalifah Saidina Abu Bakar ra berkata, “Wahai Abu al-Hasan, orang Yahudi ini bertanya kepadaku beberapa masalah dari masalah orang-orang zindiq (atheis).

“Saidina Ali kwj berkata, “Wahai orang Yahudi apa yang kamu katakan?”

Yahudi berkata, “Aku bertanya tetapi anda akan berbuat yang serupa dengan perbuatan mereka”.

”Saidina Ali kwj berkata, “Apa yang ingin mereka perbuat?”

Yahudi berkata, “Mereka ingin membunuhku”.

Saidina. Ali kwj berkata, “Jangan khuatir, bertanyalah sesukamu?”

Orang Yahudi berkata: “Pertanyaanku ini tidak diketahui jawapannya kecuali oleh seorang nabi atau pewaris nabi.”

Saidina Ali kwj berkata: “Bertanyalah sesuka mengikut kehendakmu.”

Yahudi itu pun berkata: “Jawablah hal ehwal sesuatu yang tidak dimiliki Allah, sesuatu yang tidak ada pada Allah serta sesuatu yang tidak diketahui Allah?”

“Dengan syarat wahai saudara Yahudi?” sahut Saidina Ali kwj.

“Apa syaratnya?” tanya Yahudi itu.

Saidina Ali kwj berkata: “Engkau mengucapkan bersamaku dengan benar dan tulus, “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”

Yahudi itu berkata, “Baik, Tuanku.”

Saidina Ali kwj berkata: “Saudara Yahudi. Ada pun pertanyaanmu tentang sesuatu yang tidak dimiliki Allah adalah ibu, bapa, isteri dan anak.”

Yahudi itu berkata: “Anda benar, Tuanku.”

“Adapun pertanyaanmu tentang sesuatu yang tidak ada pada Allah itu adalah sifat menganiaya”.

“Anda benar Tuanku,” sahut Yahudi itu.

“Sedangkan pertanyaanmu tentang hal ehwal sesuatu yang tidak diketahui Allah adalah sekutu dan kawan. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu,” tambah Saidina Ali kwj.

Segera setelah mendengar jawapan Saidina Ali kwj ini, orang Yahudi itu berkata: “hulurkan tanganmu, Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Anda adalah pewaris nabi”.

Kemudian orang ramai yang ada di tempat itu pun bersorak kuat kerana gembira.

Khalifah Saidina Abu Bakar ra kemudian berkata: “Wahai penyingkap tirai kesedihan… Wahai Ali, engkau benar-benar adalah pelega kegelisahan.”

Begitulah al-kisahnya.

Allahu’alam..

kredit: zul segamat

10 Lombong Emas Terbesar Di Dunia

10 Lombong Emas Terbesar Di Dunia

​Lombong emas terbesar di dunia mengikut kepada pengeluaran tahunan masing-masing.

10. Lombong Boddington (Australia)

Lombong ini dibuka semula pada Februari 2010. Lombong Emas Boddington menghasilkan 23,045 kg emas pada tahun 2011. Ia merupakan salah sebuah lombong emas yang terbesar di Australia dan juga dunia. Dalam setahun lombong ini juga menghasilkan puluhan ribu kilogram tembaga. Lombong ini dimiliki oleh Normandy Mining, Acacia Resources and Newcreast Mining.

9. Lagunas Norte (Peru)

Lagunas Norte terletak di utara Peru dan dimiliki oleh Barrick Gold Corp. Ianya juga merupakan lombong emas kedua terbesar di Peru. Lagunas Norte menghasilkan 25,188 kg emas pada tahun 2010. Syarikat pengusaha lombong ini sedang giat mengembangkan lagi projek perlombongan di tapak ini yang mana akan meningkatkan lagi jumlah pengeluaran sehingga ke tahun 2016. Lombong ini dipercayai mempunyai jumlah emas sebanyak 205,283 kg.

8. West Wits (Afrika Selatan)

Operasi perlombongan emas di West Wits dipercayai merupakan operasi perlombongan terdalam buat masa ini. Western Wits terdiri daripada 3 lombong utama iaitu Mponeng, Savuka dan lombong Tautone yang merupakan lombong paling dalam di dunia. Pada tahun 2011, Western Wits menghasilkan 24,634 kg emas di mana 7,589 kg daripadanya dihasilkan daripada lombong Tautone. Keseluruhan Western Wits yang terdiri daripada tiga lombong emas adalah dimiliki oleh AngloGold Ashanti.

7. The Super Pit (Australia)

Lombong emas The Super Pit merupakan tarikan utama pelancongan di Kalgoorlie, Barat Australia. Lombong emas ini merupakan lombong emas ‘lubang terbuka’ yang terbesar di Australia seperti yang dapat kita lihat pada gambar di atas. Ia menghasilkan 21,461 kg emas pada tahun 2009. Lombong ini dimiliki oleh Kalgoorlie Consolidated Gold Mine Pty Ltd., iaitu syarikat yang 50% dimiliki oleh Barrick Gold Corp. dan 50% lagi dipegang oleh Newmont Mining Corporation.

6. Vaal River (Afrika Selatan)

Ia merupakan operasi perlombongan emas di bawah tanah yang dimiliki oleh AngloGold Ashanti. Ia terdiri daripada beberapa lombong emas bawah tanah antaranya ialah Great Noligwa, Kopanang dan lombong Moab Khotsong. Ia menghasilkan 25,847 kg emas pada tahun 2011 dan rizab keseluruhan Great Noligwa yang terbukti adalah sebanyak 37,324 kg emas manakala lombong Kopanang memiliki rizab yang terbukti sebanyak 311,035 kg emas.

5. Veladero (Argentina)

Lombong emas Veladero merupakan lombong emas ‘lubang terbuka’ yang terbesar di Argentina. Ianya juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Pada tahun 2009, Veladero menghasilkan 19,000 kg emas dan ia mempunyai output sebanyak 27,993 kg emas pada tahun lalu. Veladero mempunyai rizab emas yang terbukti sebanyak 373,242 kg emas.

4. Goldstrike (Amerika Syarikat)

Goldstrike terletak di Nevada, Amerika Syarikat dan dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Goldstrike terdiri daripada tiga lombong emas – satu lubang terbuka iaitu lombong Betze-Post dan dua lagi lombong emas bawah tanah iaitu lombong Meikle dan Rodeo. Dicampur penghasilan ketiga-tiga lombong emas ini pada 2011 menghasilkan output sebanyak 33,840 kg emas. Rizab keseluruhan Goldstrike yang terbukti adalah sebanyak 379,462 kg emas.

3. Yanacocha (Peru)

Lombong emas Yanacocha merupakan lombong emas yang terbesar di Amerika Selatan. Yanacocha terdiri daripada lima lombong emas ‘lubang terbuka’. Ia menghasilkan emas sebanyak 40,217 kg pada tahun 2011. Lombong emas ini dimiliki oleh Newmont Mining Corporation, Beunaventura Group dan IFC.

2. Cortez (Amerika Syarikat)

Lombong emas Cortez terdiri daripada beberapa siri lombong emas lubang terbuka dan juga lombong-lombong emas bawah tanah. Ia merupakan lombong emas kedua terbesar di dunia dan yang terbesar di Amerika Utara berdasarkan kepada saiz dan jumlah pengeluarannya. Pada tahun 2011 sahaja ia menghasilkan 44,198 kg emas dan memiliki rizab emas yang terbukti sebanyak 451,000 kg emas. Ianya juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Untuk pengetahuan anda, lombong emas Cortez juga merupakan antara lombong emas tertua yang masih beroperasi. Ia mula beroperasi pada tahun 1862.

1. Grasberg (Indonesia)

Lombong emas Grasberg merupakan lombong emas terbesar di dunia! Bukan setakat itu sahaja, malah Grasberg juga merupakan lombong tembaga ketiga terbesar berdasarkan kepada saiz dan juga pengeluarannya. 60% pemilikannya dimiliki oleh syarikat Freeport-McMoran Copper & Gold Inc. manakala baki selebihnya dimiliki oleh Rio Tinto. Ia menghasilkan 44,913 kg emas sekaligus menjadikan pengeluaran yang terbesar untuk tahun 2011. Apa yang lebih menarik, lombong Grasberg ini memberikan kepada kira-kira 20,000 orang peluang pekerjaan.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

namun begitu walau besar mana pun lombong emas di dunia ni masih ada 1 lagi yang paling besar dan hari2 kuantiti emasnya ditambah, dan lombong ni sangat dekat dengan kita! Layak menduduki takhta yang lebih tinggi dari nombor satu inilah dia lombong emas…

sekadar gurauan jangan marah ya abg jamal jamban dan semua peminatnya 🙂

kredit: zul segamat

8 Fakta Tentang Dr Zakir Naik Yang Perlu Kita Tahu. JANGAN Terkejut Baca No 5! Memang Betul-betul Buat Kita Kagum!!

8 Fakta Tentang Dr Zakir Naik Yang Perlu Kita Tahu. JANGAN Terkejut Baca No 5! Memang Betul-betul Buat Kita Kagum!!

KUALA LUMPUR: BERITA kunjungan penceramah agama tersohor dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik, telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam negara, dan lebih hangat dalam masa beberapa hari ini.

Sebahagian daripada masyarakat Malaysia amat ternanti-nanti akan kedatangannya malah ingin mengikuti majlis ceramah yang mengasah ketajaman pemikiran, khususnya tentang pemahaman dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam.

Namun, dalam masa yang sama, sebahagian lagi masyarakat menganggapnya sebagai ‘ancaman’, kerana kepetahannya berdebat dilihat ‘boleh mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama’.

Selepas berjaya menarik perhatian dengan kemunculan di Terengganu pada Ahad, Dr Zakir menjadi topik hangat apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan agar ceramahnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak diteruskan atas sebab ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Penceramah yang melepasi usia setengah abad itu dijadual menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam). Isu Dr Zakir kini menjadi perbualan hangat di Malaysia, tetapi sejauh manakah kita mengenali beliau?

Berikut senarai 8 fakta ringkas tentang penceramah tersebut:

1. Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.

2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

3. Dr Zakir merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia.
Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

8. Dr Zakir pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya.

Sumber:Astroawani.com

Kekayaan Dubai pada Hari ini Sudah Diberitahu Nabi Muhammad 1400 Tahun yang lalu !! Inilah Bukti Kebenaran Nabi Muhammad SAW!

Kekayaan Dubai pada Hari ini Sudah Diberitahu Nabi Muhammad 1400 Tahun yang lalu !! Inilah Bukti Kebenaran Nabi Muhammad SAW!

KISAH DUBAI DAN KEBENARAN SABDA NABI ﷺ

Kehidupan ini adalah nyata. Lebih nyata dari pendapat siapa pun tentang kenyataan. Ia terus bergerak, mengalir, dan berubah. Hari ini, seseorang miskin bertelanjang kaki. Esok hari, tiba-tiba ia menjadi miliyuner yang membangun gedung pencakar langit yang tinggi. Nabi ﷺ pernah bersabda menggambarkan situasi kehidupan akhir zaman,

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi.”

Sabda beliau ini nyata! Lebih nyata dari pendapat siapapun tentang kenyataan.

Kali ini kita bercerita tentang Dubai, sebuah emirat (propinsi) di negara Uni Emirat Arab yang menjadi bukti dari sekian banyak kebenaran sabda Nabi.

Sabda Nabi ﷺ

Suatu hari, bumi menjadi saksi pertemuan dua makhluk agung dan mulia. Malaikat yang terbaik berjumpa dengan manusia termulia. Malaikat Jibril datang menjumpai Nabi kita Muhammad ﷺ. Jibril datang dengan wujud manusia. Ia datang dengan penampilan indah. Mengenakan baju yang teramat putih ditimpali warna rambut yang hitam kelam. Ia datang berdialog dengan Nabi Muhammad ﷺ untuk memberikan pengajaran kepada para sahabat. Jibril bertanya tentang Islam, iman, dan ihsan. Kemudian ia bertanya tentang tanda kiamat. Di antara jawaban Nabi ﷺ adalah,

وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ.

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Inilah di antara tanda-tanda hari kiamat. Tanda hari kiamat ada yang sifatnya baik. Ada pula yang buruk. Ada pula hanya sekedar kabar atau tanda yang aslinya tidak bersifat baik ataupun buruk. Hanya sekadar tanda dan kabar agar manusia sadar bahwa kiamat pasti terjadi. Contohnya seperti berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi ini.

Dalam hadits lain, yang diriwayatkan Imam Ahmad dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ada keterangan tambahan. Ibnu Abbas bertanya kepada Nabi ﷺ:

يَا رَسُـولَ اللهِ، وَمَنْ أَصْحَابُ الشَّاءِ وَالْحُفَاةُ الْجِيَـاعُ الْعَالَةُ قَالَ: اَلْعَرَبُ.

“Wahai Rasulullah, dan siapakah para pengembala, orang yang tidak memakai sandal, dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?” Beliau menjawab, “Orang Arab.” (Musnad Ahmad, IV/332-334, no. 2926).

Emirat Dubai

Dubai adalah salah satu emirat di wilayah Uni Emirat Arab (UAE). UAE sendiri merupakan sebuah negara federasi yang terdiri dari tujuh emirat yang kaya akan minyak bumi. Tujuh emirat ini adalah: Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah, dan Umm al-Qaiwain. Pada tahun 1971, enam dari emirat ini – Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, dan Umm al-Qaiwain – bergabung untuk mendirikan Uni Emirat Arab. Setahun berikutnya, Ras al-Khaimah menyertai mereka. Dubai adalah ke-emiran yang paling populer.

Ada yang mengatakan, nama kota ini berasal dari bahasa Persia. Karena dulu wilayah ini berada di bawah kekuasaan Kekaisaran Sasaniyah Persia. Ada pula yang mengatakan kata Dubai berasal dari bahasa Arab dabba (Arab: دَبَّ – يَدُبُّ) yang artinya menjalar atau mengalir. Karena di Dubai terdapat aliran sebuah sungai air garam yang sekarang dikenal dengan Khor Dubai atau Dubai Creek.

Dubai terletak di sepanjang pantai Teluk Arab dipimpin oleh keluarga al-Maktoum sejak 1883. Pemimpinnya saat ini adalah Mohammed bin Rashid al-Maktoum yang juga menjabat sebagai Perdana Menteri dan Wakil Presiden UEA.

Dubai Sebelum Metropolis

Dalam wawancara dengan BBC, Syaikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum menunjukkan rumah kakeknya, tempat bermain di masa kecilnya. Ia mengatakan, “Inilah tempat ayahku, ibuku, dan kami tinggal. Saat aku lahir tidak ada listrik di sini. Hanya bagian itu dan itu (ia menunjuk dua titik tempat lampu menyala di rumah besar itu) dan tidak ada air”.

Pernyataan singkat ini, menggambarkan bagaimana keadaan Dubai sebelum bertransofmasi menjadi kota metropolis. Rumah keluarga al-Maktoum, keluarga Emir Dubai, adalah rumah yang gelap dan kesulitan air. Apalagi rumah rakyat biasa.

Meskipun minyak sudah ditemukan sejak tahun 1966, tahun 1973, hanya ada satu hotel berkelas di sana, Hotel Sheraton. Kalau sekarang malah sangat sulit menemukan hotel yang tidak berbintang lima di Dubai, bahkan ada hotel berbintang tujuh di sana.

Lihat gambar dan video berikut untuk mengetahui kondisi Dubai sebelum menjadi kota metropolis:

Sebuah pasar di pusat Kota Dubai pada tahun 1970

Caravan onta di Dubai. Berlangsung antara tahun 1960an – 1970an.

Dubai pada tahun 1960an-1970an

Image result for dubai metropolis

Dubai in 1960 and Dubai 2018

Posted by Tony Milar on Sabtu, 2 Jun 2018

Dubai Metropolis

Islam adalah agama yang tidak menghalangi kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Inovasi dalam hal dunia dibuka selebar-lebarnya selama tidak melanggar syariat. Di zaman dahulu umat Islam terkenal dengan kemajuan arsitekturnya. Oleh karena itu, tanda hari kiamat berupa berlomba-lombanya manusia dalam meninggikan bangunan tidak dikategorikan sebagai permasalahan yang nilai dasarnya jelek. Bahkan bisa jadi pembangunan ini bermanfaat dan maslahat.Dubai Modern

Sekarang di Dubai, semuanya serba besar, luas, dan tinggi. Megah, mewah, sampai membuat mulut ternganga. Dubai adalah kota dengan pertumbuhan tercepat di dunia. Gurun yang kosong telah berubah menjadi gedung-gedung pencakar langit. Onta-onta telah berubah menjadi Ferrari, Mercedes, Hummer, dll. Di antara bangunan tinggi di Dubai adalah:

Image result for burj dubai

Pertama: Burj Dubai atau yang dikenal Burj Khalifa, Merupakan bangunan tertinggi di dunia. Tingginya 818 m, kurang 182 m lagi jadi 1 Km. di dalamnya ada 30.000 rumah dan 9 hotel mewah.

Kedua: 10 Hotel tertinggi di dunia, 7 di antaranya ada di Dubai. Lima hotel tertinggi; JW Marriott Marquis Dubai (355 m), Rose Rayhaan (333 m), Burj Al Arab (321 m) hotel termewah di dunia, Jumeirah Emirates Towers Hotel (309 m), The Address Downtown Dubai (306 m), semuanya ada di Dubai.

Ketiga: Shopping Mall terbesar di dunia adalah Dubai Mall dengan luas 50 kali luas lapangan sepak bola dan terdapat 1.200 toko. Di dalamnya ada akuarium terbesar di dunia yang isinya 33.000 hewan laut.

Keempat: al-Maktoum International Airport atau Dubai International Airport merupakan bandara terluas ke-3 di dunia.

Kelima: Dubailand. Sekarang Walt Disney World Resort di Orlando memegang rekor taman bermain terluas di dunia. Kalau pembangunan Dubailand rampung, maka taman yang luasnya dua kali lipat Walt Disney ini akan memegang rekor baru.Aquarium di Dubai Mall

Masih banyak lagi gedung-gedung tinggi dan bangunan-bangunan yang ‘wah’ di Dubai. Ada menara kembar Emirates Tower yang bentuknya seperti dua batang cokelat Toblerone. Hotel bawah laut di kedalam 33 m. Gedung 68 lantai, yang tiap lantainya bisa berputar 360°. Belum lagi pulau buatannya seperti The World terdapat 300 pulau buatan membentuk peta dunia. Kemudian juga Palm Island yang terdapat 2000 vila dan 40 hotel mewah. Belum lagi kendaraan super mewah. Anda masih berpikir orang Arab identik mengendarai onta? Ubah segera perspektif lama itu. Di Dubai, mobil mewah berlapis perak dan emas pun ada. Sampai-sampai polisi Dubai layak disebut World’s Fastest Police karena kendaraan mereka McLaren MP4-12C, Lamborghini, Aston Martin, Bentley, dan Ferrari.

Mereka yang dulu miskin, telanjang kaki, tak berbaju itu telah membuktikan kebenaran sabda Nabi ﷺ.

Pelajaran:

Penulis tidak menginginkan pembaca hanya terpaku dan terhenti dalam khayalan, membayangkan kemegahan Duai. Bukan itu pesan yang ingin disampaikan.

Cobalah renungkan Sabda Nabi ﷺ. Bernarlah apa yang beliau kabarkan. Hal itu pula menunjukkan mukjizat beliau. Beliau mengabarkan tentang sesuatu yang akan terjadi di masa yang akan datang. Orang yang hidup di masa tersebut akan menyaksikannya.

Beliau mengabarkan tentang orang-orang miskin berlomba-lomba meninggikan bangunan. Hal itu telah terjadi. Dan kita telah menjadi saksinya. Beliau mengabarkan tentang turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj, hal ini pun pasti terjadi. Orang yang hidup di zamannya akan menjadi saksinya.

Dan beliau ﷺ mengabarkan tentang kenikmatan surga dan kengerian neraka, orang yang percaya sebelum mereka menyaksikannya, merekalah orang yang beruntung dan berbahagia. Orang yang baru percaya ketika menyaksikannya, mereka benar-benar dalam penyesalan dan duka cita yang mendalam.

“Saat ini, dunia itu nyata dan neraka hanyalah cerita. Akan tetapi ketika di akhirat, Neraka adalah nyata dan dunia hanyalah cerita.”

Sumber:

– al-Wabil, Yusuf bin Abdillah. TT. Asyrath as-Sa’ah. Dar Ibnu al-Jauzi.

– nationalgeographic.com

– wikipedia.org. dll.

Oleh Nurfitri Hadi (@nfhadi07)

Artikel www.KisahMuslim.com