Hiburan

“Dalam hidup saya tak pernah ada penyesalan, sebab ini adalah proses kehidupan” Elyana ulas mengapa freehair semula

TINDAKAN penyanyi Elyana memuat naik foto memperlihatkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab pada Sabtu lalu mencetuskan pertanyaan dan spekulasi peminat.

Bagaimanapun kehadiran Elyana ketika mengadakan persembahan di sebuah acara tanpa memakai tudung pada Selesa sekaligus mengesahkan desas-desus penyanyi itu tidak lagi memakai tudung.

Ditemui media pada acara itu, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya melepas tudung kerana tidak mahu kisah itu dipanjangkan.

Nama Elyana menjadi sebutan sebelum ini kerana berbalah dengan netizen.

Nama Elyana menjadi sebutan sebelum ini kerana berbalah dengan netizen.

“Saya ambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa. Selagi saya buka mulut, macam-macam cerita yang tidak masuk akal akan timbul.

“Demi menjaga jiwa sendiri, saya tidak mahu terangkan apa-apa,” katanya.

Nekad dengan keputusannya itu, Elyana memberitahu dia juga tidak peduli dengan kata-kata kecaman netizen yang akan diterimanya berhubung tindakannya tersebut.

Sebaliknya kata penyanyi lagu Kalis Rindu ini, apa yang dilaluinya adalah satu proses kehidupan dan tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut.

“Ini adalah proses kehidupan, saya tidak pernah menyesal. Sekarang ini saya buat yang saya fikirkan saya mahu buat. Baik atau buruk saya akan tanggung sendiri.

Selagi saya buka mulut, macam-macam cerita yang tidak masuk akal akan timbul
ELYANA
PENYANYI

“Selama ini saya pentingkan orang lain sehingga terlupa diri sendiri. Inilah saya. Jika ada boleh terima… Alhamdulillah. Namun jika tidak saya tak boleh cakap apa,” jelasnya.

Ahad lalu, menjawab persoalan mengenai perkara berkenaan kepada sebuah portal, Elyana berkata ia adalah gambar lama dan tindakannya memuat naik foto itu kerana tiada bahan baru.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *