Hiburan

“Dia pergi pkul 11 pagi tadi.. ” Tkziah pada keluarga Jasmin Hamid atas kehiIangan insan tersayang

Pelakon, Jasmin Hamid berkongsi berita duka di mana bekas bapa mertuanya iaitu Johan Macquistan telah meninggal dunia pada jam 11 pagi hari ini.Sempat Berbakti Setahun

Menjengah ke Instagram Jasmin, pelakon ini berkongsi khabar berita tersebut menerusi video gambar dan coretan yang dimuatnaiknya baru ini.

Video ringkas tersebut memaparkan Jasmin bersama anak lelakinya Ian Haziq memegang keranda jenazah.

Melihat coretan yang ditulis Jasmin pula, pelakon ini mendedahkan dia sempat berbakti kepada bekas bapa mertuanya itu selama setahun.

“Sempat saya berbakti pada bekas bapa mertua saya, Johan Macquistan selama setahun. Akhirnya beliau pulang menemui penciptaNya tadi.

Terima kasih pada kalian yang panjatkan doa untuk beliau. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.” Tulis Jasmin.

Sekadar info, Johan Macquistan merupakan bapa kepada bekas suami Jasmin iaitu Ian Rashid Macquistan dan hasil perkongsian hidup bersama sebelum berpisah mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ian Haziq dan dua anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.Al-fatihah buat bekas bapa mertua Jasmin Hamid.

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *