Hiburan

“Dilabel serabut dan bingit” ramai tak suka Johan di Hot FM, ini jawapan padu balas dari Johan

Pelawak, pelakon dan penyampai radio iaitu Johan kini telah pun berkerja dan memulakan tugas di radio yang baru iaitu Hot FM setelah bertahun-tahun di Era FM.

Namun begitu, ada pendengar Hot FM yang mengatakan bahawa kemasukkan Johan di segmen pagi Bekpes Hot FM itu

gagal untuk mendapatkan respon yang baik.

Berganding dengan dua lagi penyampai radio yang senior laitu Fara Fauzana dan AG, ada mengatakan dan melabel Johan sebagai bingit.

Ini sekali gus membuat ramai yang tak setuju Johan sertai Fafau dan juga AG.

“Dah tak best, jadi serabut dan bingit, terus spoil Fafau dan AG.” Itu antara penulisan pendengar Hot FM.

Menjawab komen tidak baik dari sesetengah netizen, Johan tak mudah melatah. Ini jawapan dari Johan.

“Kadangkala orang yang menulis dan memberi komen ni, dia pun tak dengar station radio tu. Ketika di station radio lama saya, memang pelbagai dan macam-macam yang orang komen. Tetapi saya tetap jadi nombor satu.”

“Bagi saya, rasanya yang komen itu hanya segelintir atau secebis saja. Saya tak boleh lupa kepada orang yang menyokong, apa yang orang nak komen itu terserahlah sebab di akhirnya nanti kena tengok result.”

“Saya bingit ke saya tak bingit ke, kita tengok result tu nanti.”

Kata Johan, ketika di hari pertama dia telah menerima respon yang positif.

“So far, saya baru first day, saya dapat komen yang baik dan positif, dan saya perlu teruskan.”

“Kalau sorang komen yang tak baik, takkan saya nak terus berhenti. Saya jadikan itu sebagai cabaran dan saya akan

teruskan dan akan baiki, tu saja.”

Menjawab tentang tanggapan pendengar yang mahu orang baru serta tak mahu dah pelawak jadi penyampai radio, ini pula komen Johan.

“Kalau nak fresh boleh lah tengok berita. Apa yang saya nak buat ini ialah untuk hilangkan tekanan. Kalau nak info

semasa tengoklah berita.”

“Dekat saya bukannya tak ada info, ada, tetapi lebih kepada entertainment.”

Itulah komen dari Johan Raja Lawak yang kini berganding dengan Fafau dan AG di segmen pagi Hot FM.

Sumber : newstel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *