Hiburan

“Gi lah mam! AIIah yang bagi kau ank” panas Diva AA bidas pendapat Siti Nurhaliza lsu tutup muka ank!

Siapa saja yang tidak kenal dengan selebriti yang lantang menyuarakan pandangannya mengenai sesuatu topik di laman media sosial iaitu Azwan Ali.

Seperti baru-baru ini, dia ada membuat satu ciapan di Twitter berkenaan dengan isu selebriti menutup muka anak dan memuji pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana biarpun anak ketiga baru dilahirkan, mereka sudah pun menunjukkan anaknya itu.

Isu tersebut telah diperkatakan oleh ramai selebriti lain, seperti Elly Mazlein dan juga penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Mungkin menyedari segala statement yang dilakukan oleh selebriti lain mengenai isu itu, Azwan Ali atau mesra dikenali sebagai Diva AA ada memuat naik satu ciapan seakan-akan marah pada seorang selebriti.

Di dalam ciapan itu juga dia memuat naik sekali satu keratan akhbar online yang memaparkan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenal pasti iaitu Siti Nurhaliza.

Isu tayang wajah anak, pilihan masing-masing – Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan setiap pasangan ibu bapa mempunyai hak dan pilihan mereka terutama dalam berkongsi wajah anak dalam media sosial.

Siti berkata, perkara tersebut sama juga dengan keputusan beberapa selebriti tanah air yang dilihat enggan berkongsi gambar wajah anak mereka untuk tatapan umum.

“Bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing sebab setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri. Semua orang ada pilihan.

“Saya pun ada pilihan saya dan saya hormat pilihan masing-masing,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Universal Music Malaysia baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Anta Permata itu lagi, sebagai orang luar, mereka sepatutnya tidak perlu mempertikaikan keputusan atau hak orang lain.

“Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dan usahlah dipertikaikan,” katanya.

Terdahulu, ramai selebriti tanah air memilih untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum dan lebih gemar menggunakan emoji untuk menutup wajah.

Rata-rata mengambil keputusan tersebut bagi mengelakkan penyakit ain atau gangguan yang disebabkan pandangan mata yang disertai perasaan iri hati dan hasad dengki.

Sekadar info, isu mengenai tutup muka anak yang baru saja dilahirkan ini sejak kebelakangan ini menjadi topik yang sering ditanyakan kepada selebriti-selebriti Malaysia ataupun mereka sendiri yang berkongsikan pandangan mengenai hal ini.

Sumber : Beautifulnara / Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *