Hiburan

Hanya kerana Nabila Razali tidak kenal Renggo Arrow, siapa sangka kehidupannya kini terus berubah

PENYANYI Renggo Arrow mendedahkan dia menerima banyak undangan nyanyian selepas Nabila Razali tidak mengecam dirinya semasa menyertai program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima (ICSYVMY 5) pada Mei lalu.

Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 53, tidak menyangka namanya menjadi sebutan semula dan menerima sambutan daripada peminat.

“Untuk segi karier tuhan memang membuka peluang luas dan terlalu banyak sehingga saya tidak mampu terima… saya terpaksa memberikan peluang tersebut kepada penyanyi lain kerana tidak sempat nak uruskan.

“Saya rasa peminat masih ramai yang menggemari lagu era 90-an sebab kalau pergi mana-mana mesti ada peminat yang akan menyanyi sekali walaupun lagu itu sudah berusia 30 tahun,” kata Renggo pada mStar.

Dalam pada itu, Renggo memberitahu tahap kesihatannya kurang memberangsangkan kerana berdepan masalah jantung dan perlu berhati-hati ketika membuat persembahan.

“Jantung masih belum okay cuma perlu berhati-hati untuk melakukan sebarang aktiviti, selain itu makan dan minum juga perlu dijaga tapi saat ini saya hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja,” katanya pada mStar.

VIDEO:

“Boleh Dia Tak Cam, Alahai Otai Tu Wei..”- Nabila Razali Ditegur Netizen Gara2 Tak Kenal Renggo Arrow

Terdahulu, MENYINGKIRKAN vokalis kumpulan Arrow iaitu Renggo dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima yang bersiaran pada Ahad lalu, penyanyi Nabila Razali menerima teguran netizen.

Tampil menjawab dakwaan kononnya dia tidak mengenali penyanyi senior itu, Nabila berkata dia tertipu dengan identiti penyamaran yang dibawa oleh Renggo hingga tidak menyedari penyanyi itu merupakan salah seorang peserta.

“Takkan la saya tak kenal Abang Renggo, saya membesar dengan lagu-lagu dia, jadi siulan sejak kecil. Tapi kita kena faham konsep program ini, setiap peserta diberi kelainan karakter daripada watak realiti.

“Tugas panel juri pun nak kelirukan artis jemputan. Itulah yang best tentang program ini. Saya tak perasaan masa itu sebab Abang Renggo lain karakter, baju dan cermin mata hitam… pakai topi koboi, jalan pun tunduk sahaja.

“Malah semasa berehat untuk iklan, peserta tak dibenarkan bersuara atau berinteraksi dengan kami semua. Semua tunduk sahaja, tak boleh nak tengok muka betul-betul.

“Malam itu memang sukar nak buat pilihan… selepas habis program, saya terus jumpa Abang Renggo dan minta maaf! Dia gelak sahaja dan okay sangat, kami sempat bertukar nombor, mungkin boleh bekerjasama lagi lepas ni.

“Sebelum ini pun pernah sepentas. Jadi korang janganlah marah Bella ya… jangan risau, Bella kenal Abang Renggo!” katanya

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *