Hiburan

“Harga kereta memang tak rilek” Normah Damanhuri menangis Kak KM hadiah kereta cash

Pelakon veteran Normah Damanhuri menangis gembira apabila anaknya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menghadiahkannya sebuah kereta yang dibayar secara tunai.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok Kak KM berkata, pemberian tersebut adalah sebagai tanda sayangnya kepada ibunya itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.

“Ini ikhlas untuk mak, saya dekat mak. Janganlah menangis,” kata Kak KM.

Harga kereta RM102K

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya.

“Walaupun dia macam itu, satu je saya hormat dengan Kak KM dia sangat berbakti dengan emaknya. Sebab itu rezeki dia murah, soal lain itu antara dia dengan tuhan,” kata Ammar.

“Semoga murah rezeki Kak KM untungnya ada anak macam ini. Nanti dah besar teringin nak buat macam ini juga, tapi saya dah tiada emak,” kata Tasya.

“Bagus cara Kak KM layan keluargnya, semoga sentiasa murah rezeki,” kata Dayang.

“Seronoknya kalau saya pun mampu bagi dekat ibu saya macam-macam, tumpang bahagia tengok Kak KM sentiasa layan maknya,” kata Wana.

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih 11,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Sebelum Ini Kak KM Baru Tahu Aksi Tepuk Punggung Salah, Janji Tak Buat Lagi

Tular video aksi tepuk punggung melibatkan empat empat usahawan baru-baru ini, usahawan sensasi, Kak KM memberitahu dia sudah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Rabu lalu.

Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia memberi keterangan selama lebih kurang tiga jam dan dia memberikan kerjasama yang baik.

Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.

“Pihak SKMM harus menjalankan siasatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut. Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan,” katanya.

Menurut Kak KM, dia akan lebih berhati-hati dalam perkongsian di media sosial selepas ini. Ujarnya, dia tidak tahu bahawa video yang dikongsikannya itu salah.

“Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu. Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

“Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku,” katanya.

Sumber : rotikaya / KOSMO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *