Hiburan

“Jujur sayang masih ada” baru 3 bulan bercer4ai, Ashira bertemu crush lama, buka hati bercinta semula tapi travma nak kawin lagi

MENGAKUI sedang bahagia mengenali lelaki bernama Fairul Ezuan, penyanyi Ashira bagaimanapun memberitahu belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, berkata dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini membuatkan dirinya masih trauma untuk kembali bergelar isteri.

“Alhamdulillah… saya boleh katakan kami sedang berkawan dan dia adalah yang istimewa.

ashira 2

Ashira kini sedang bahagia bercinta.

“Bagaimanapun belum fikir lagi ke fasa seterusnya… biarlah kami berkawan dahulu. Saya pun sudah beritahu dia untuk tidak terlalu cepat merancang perkahwinan.

“Kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan saya masih trauma. Luka lama pun belum sembuh lagi!” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Ashira berkongsi satu hantaran di media sosial menceritakan bagaimana dia kembali bertemu dengan Ezuan setelah sekian lama terpisah.

Mengakui lelaki itu adalah ‘crush’ pertama ketika masih muda dahulu, Ashira memberitahu kehadiran Ezuan membuatkan dirinya kembali ceria walaupun mereka baru dipertemukan sebulan lalu.

“Kami sudah kenal lama… sejak saya zaman remaja lagi. Kemudian terpisah dan terus tidak berhubung. Kebetulan adik Ezuan adalah salah seorang anggota dalam band saya. Dari situ kami mula berhubung.

“Ketika pertama kali bertemu semula pada 30 Ogos lalu saya takut untuk menegurnya kerana dia hadir menyaksikan persembahan saya dengan seorang wanita. Rupa-rupanya wanita itu adalah isteri kepada adiknya.

Kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan saya masih trauma. Luka lama pun belum sembuh lagi!

ASHIRA

PENYANYI

“Mungkin Allah telah aturkan untuk kembali berjumpa dengan orang yang pernah saya sayang. Jujur rasa sayang itu masih ada. Sepanjang tempoh sebulan ini juga dia buat saya kembali gembira,” ujarnya.

Bercakap tentang penerimaan anak lelakinya dalam hubungan kali ini, Ashira berkata Haziq gembira jika melihat dirinya bahagia.

“Anak saya tidak ada masalah dengan hubungan kali ini. Dia gembira jika saya bahagia,” jelasnya.

ashira 3

Anak juga gembira melihat Ashira kembali bercinta.

Untuk rekod, Ashira pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bad Indigo pada 11 Mac 2021.

Pasangan ini mengumumkan mereka sudah bercerai pada Jun lalu.

Ashira juga sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Megat Shazril Haziq Hadi, 16.

“Sampai Nak Panggil Saya B****” – Ashira Terima ‘Mesej Layang’ Lepas Bergambar Dengan ‘Crush’ Lama

penyanyi Ashira Aziz telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya dan memberi penjelasan selepas foto dirinya bersama seorang lelaki tular di laman Facebook.

Menerusi hantaran tersebut, Ashira mendedahkan bahawa dia telah menerima mesej layang berkali-kali selepas memuat naik gambar tersebut.

Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, mesej layang yang diterimanya itu meminta agar dirinya sedar diri dengan menggunakan panggilan tidak enak kepada dirinya.

Ya saya selalu sedar diri insyaallah belum pernah lupa diri. Saya dah kenal dia ni masa saya umur 14 tahun, dia crush pertama dalam hidup saya.

Bukan baru kenal ya lepastu saya tergedik-gedik tak sedar diri, saya bukan orang yang begitu sampai nak panggil saya B*****.

Dalam pada itu, Ashira turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak senang melihat persahabatan mereka dan berpegang pada ketetapan jodoh.

Saya suka ayat ni ‘if someone was meant to be yours, no matter how long, how far you go, how many people you have in your life, he/she will be yours, it’s just a matter of time’ kalau itu yang Allah tetapkan Syukur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashira Aziz (@ashiraaziz)

Sumber : m star/ beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *