Hiburan

“Kalau tak mampu jangan tabur janji mani‍s!” Aishah terkilan, hadiah tanah lot banglo masih tak diterima

Baru-baru ini, penyanyi veteran, Datuk Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin meluahkan rasa kecewa apabila dia masih tidak menerima sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi berusia 57 tahun itu di laman Instagramnya, dia terpaksa mengorbankan waktu rehatnya untuk menyelesaikan isu tersebut di mahkamah.

Tegasnya, pihak yang terlibat perlu menunaikan janji yang diberikan untuk memberikan sebidang tanah lot banglo sebaik sahaja dia dinobatkan sebagai juara program berkenaan.

Tambahnya lagi, dia sudah memberi masa lebih lima tahun kepada penaja tersebut untuk menyelesaikan isu ini namun, tiada kata putus atau keputusan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan.

Tidak mahu membiarkan dirinya sebagai penggiat seni terus dianiaya, dia telah mengambil tindakan mahkamah ke atas penaja tersebut untuk menuntut hak yang telah dijanjikan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menitipkan semangat kepada penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu dan mendoakan agar urusan dalam memperjuangkan haknya mendapat keadilan.

          

Untuk Info, Aishah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Gegar Vaganza musim keempat dengan membawa pulang wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah dan sebuah piala.

Sumber : @aishahjmm / Ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *