Dunia

“Keluarga perasan dia macam bagi isyarat” Gadis muda menemui ajaI ketika main funfair akibat terckik muntah sendiri

Keterujaan seorang gadis ketika menaiki permainan di sebuah taman tema bertukar tragedi apabila dia dilaporkan meninggal dunia akibat ‘tersedak’ muntah.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di daerah Avcilar, Turki, Istanbul.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, gadis muda dikenali sebagai Zeynep Guynay, berusia 19 tahun dikatakan ‘tersedak’ muntahnya sendiri ketika menaiki sebuah permainan yang dipanggil Kamikaze.

Difahamkan, mangsa muntah ketika menaiki Kamikaze yang secara tidak langsung menyebabkan saluran pernafasannya ‘tersekat’ sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan daripada itu, gadis ini dibawa ke hospital dengan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Kini, pihak keluarga bercadang untuk mengambil tindakan bagi menuntut keadilan atas kematian gadis muda itu dan membuat laporan polis.

Salam takziah diucapkan buat keluarga mangsa. Semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan kehilangan anak tercinta.

Sumber : DaiIy Star / 0hbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *