Hiburan

“Kenpa tak cakap bapa kau dah meniggaI!” Azza Elite ditengking Azwan Ali ketika Iive meIodi, ini yang berlaku masa dia sampai

MASIH bersedih dengan pemergian bapa tercinta pada Isnin, penyanyi dan pelakon Azza Elite terpaksa berdepan dengan kata-kata kesat gara-gara lambat menyiapkan tempahan sejadah jualannya.

Dakwaan lambat menyiapkan sejadah itu dibuat oleh pengacara Azwan Ali yang memberitahu sudah seminggu menunggu tempahan yang dibuat sebelum ini.

Menjawab tuduhan itu, Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari memohon agar Azwan dapat memahami situasi yang sedang dilaluinya ketika ini.
Azza berkongsi berita sedih kehilangan bapa pada Isnin.

“Sampai hati dia tulis begini. Bapa saya baru meninggal semalam (Isnin). Jangan suka-suka hati m4ki.

“Sebab dah terbiasa mulut tu, maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik hendak beli sejadah, aku bersyukur tetapi dalam masa sama fikir juga keadaan orang lain.

“Saya kehilangan ayah. Jangan buat anak yatim begini bang. Ini kali aku lawan!” katanya menerusi laman Instagram pada Selasa.

Sementara itu, Azza mengakui sibuk menguruskan keluarga menyebabkan dia tidak dapat fokus kepada perniagaan.
“Saya tak pernah cari fasal dengan sesiapa. Balik dari Singapura saya sibuk uruskan mak, bapa pula sakit.

“Saya tak boleh fikir orang nak beli sejadah atau sebagainya kerana hanya fokus keadaan ibu bapa,” jelasnya.

Saya tak pernah cari fasal dengan sesiapa. Balik dari Singapura saya sibuk uruskan mak, bapa pula sakit

Terdahulu, Azwan atau Diva AA menerusi laman sosial miliknya meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa menunggu lama tempahan sejadah yang dibeli.

“Dah seminggu aku tunggu sejadah kau. Kau sibuk jahit sejadah ke? Inilah bisnes dengan orang Melayu.

“Duit aku berkepuk-kepuk (banyak). Akumampu bayar. Tak hadap percuma dari kau,” ujarnya.

Azwan Ali Bertemu Azza Elite

Di dalam satu program hiburan Melodi, pengacara Diva AA akhirnya bertemu dengan Azza Elite.

Sebelum bertemu, Azwan Ali ada memberitahu bahawa dia tidak tahu ketika dia melontarkan ayat kesat kepada Azza Elite rupanya ayah Azza baru sahaja meningl dunia.

Dia tahu berita pemergian ayah Azza Elite pun dari rakannya. Diva AA memaafkan Azza Elite tetapi dia tidak memaakkan netizen kerana mereka ini yang menjadi batu api.

VIDEO:

Sumber : kisahnyata

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *