Hiburan

“Kesian! who’s next?” Pedas kata kata Azwan Ali anggap Noh dan Mizz Nina berpisah sebagai trend

Macam tak percaya hubungan suami isteri antara Noh Salleh dan Mizz Nina berakhir dengan penceraian. Perpisahan ini sudahpun disahkan oleh Mizz Nina sendiri di Instagram miliknya dan rata-rata peminat terkejut dengan berita ini.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu terlebih dahulu telah memfailkan penceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah yang sama. Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Meninjau di ruangan komen, pengumuman itu bukan sahaja menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai bahkan mengejutkan rata-rata rakan artis yang turut memberi kata-kata semangat selain mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua.

May Allah SWT ease everything for the both of you and your son.- Tulis Fazura.

With difficulty comes double eases. Sending u lots of love.- Tulis Ummi Nazeera.

GTHHH PUIII

Kalau rakan artis lain bagi semangat, lain pula komen Azwan Ali atau Diva AA ni yang melihat perpisahan seperti ini sudah menjadi trend artis kini.

“11 Tahun Yang Indah” – Noh Salleh Mengaku Dah Berpisah Dengan Mizz Nina

Hari ini kecoh diperkatakan mengenai berita penceraian pasangan popular Noh Salleh dan Mizz Nina. Menerusi laporan Harian Metro, pasangan itu dikatakan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.

Menjawab kepada spekulasi itu, vokalis kumpulan Hujan ini menerusi satu hantaran di Instagram mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, selepas 11 tahun jatuh bangun bersama, dia dan isteri mengambil keputusan untuk berpisah.

Noh berkata, dia bersyukur Allah SWT telah memberi peluang kepada mereka untuk meluangkan hidup bersama-sama selama lebih 10 tahun itu.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, mereka masih lagi berkawan baik dan mendoakan yang terbaik.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka selama ini.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pagi Yang Gelap ini berharap orang ramai dapat mendoakan perkara yang baik-baik terutamanya dalam waktu idah ini. Dia turut menghargainya sekiranya peminat dapat menghormati privasi mereka.

Sumber : murai / ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *