Hiburan

Laporan Perubatan Terkini Nad Zainal Perlu Jalani Rawatan Bvah Pingg4ng, Netzen Syak Sebab Nad Zainal Makan ‘Benda Ni’

Nad Zainal mula menunjukkan perkembangan positif.

“Doktor dah hubungi, hari ini semakin baik. Akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula sebab terdapat kesan sedikit terjejas.

“Bagaimanapun hari ini keadaannya lebih elok berbanding semalam. Mesej daripada emak Nad,”kongsi Sharifah Sharif di Insta Story.

Ugku Ismail sebelum ini memberitan pihak hospital telah menjalankan beberapa rawatan selepas mendapati terdapat pendarahan pada bahagian paru-paru Nad.

“Pada pagi Rabu doktor dapati ada pendarahan baru di bahagian paru-paru dan perlu dikeluarkan. Paras oksigen juga menurun.

“Tetapi kuatnya Nad ini, apa yang dilakukan doktor tidak memberi kesan kepada organ lain. Denyutan jantung dan tekanan darah masih okey. Doktor jangkakan dia kuat dan boleh lawan sakit ini.

Sementara itu meninjau di media sosial, ada netizen yang mend4kwa masalah yang dialami Nad berpunca daripada pengambilan ubat kurus yang dijualnya.

Malah ramai yang kata dah cuba tak ada beri kesan apa-apa pun.

Baca komen:

Diharap agar netizen jangan buat spekulasi bukan-bukan. Doakan sahaja kesembuhan Nad.

“Awak kuat” – Bekas suami Nad Zainal titip doa, minta segera pulih demi anak-anak

BEKAS suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin menitipkan doa agar pelakon itu segera sembuh selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Faliq berharap Nad atau nama sebenarnya Farah Nadiah Zainal Abidin, 32, kuat melawan sakit yang dihadapi demi dua orang anak mereka.

“Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem (Fahad Ibrahim) dan Som (Budi Kalsom),” katanya.

nad zainal 1

Nad dimasukkan ke hospital sejak Ahad.

Faliq menulis kata-kata tersebut menerusi satu hantaran di Instastory pada Rabu.

Dalam pada itu, Faliq juga memohon orang ramai mendoakan Nad yang kini sedang bertarung melawan penyakit di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita pelakon drama Cina Buta ini dimasukkan ke hospital mula mendapat perhatian ramai selepas rakan artis iaitu Ungku Ismail berkongsi perkara tersebut di laman sosial.

Dalam temu bual bersama mStar, Ungku memaklumkan Nad berada dalam keadaan kritikan selepas doktor mendapati terdapat pendarahan pada paru-paru.

nad 22

Nad bersama anak perempuannya.

Susulan itu, Nad perlu menjalani beberapa rawatan bagi masaalah tersebut.

Untuk rekod Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

Awal September lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan perceraian.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *