Keluarga

Lelaki B0d0h mcm ayh patut hapvs dalam dunia ni. Aku takot nak kawin sebab ayah buat kat ank orang macam tu

Assalamualaikum. Nama aku Nor. Berumur 30 dan masih bujang. Tinggal dengan family. Aku memilih untuk berkongsi cerita bukan untuk meraih simpati. Tapi hanya untuk meluahkan perasaan. Aku tak pernah cerita pada sesiapa masalah aku yang ini.

Aku anak sulung. Jadi memang aku nampak perjalanan hidup mak ayah. Dari aku kecil nampak mak ayah bergaduh memang biasa.

Tapi dulu, aku selalu ingat sebab mak garang sangat and selalu salahkan mak bila mak ayah bergaduh. Tapi bila besar, aku tahu semuanya punca dari ayah.

Sejak kecil aku nampak ayah ni seorang yang family man. Selalu balik kampung. Katanya kalau kena outstation akan usaha balik jugak nak tengok muka anak bini. Bangga dengan anak anak yang sekolah agama.

Tapi semua nya berubah bila dia jatuh sakit. Bila sakit, dia tak kerja. Mak yang membanting tulang sara keluarga. Waktu ni aku masih kat universiti, adik adik semua sekolah.

Makin sakit, makin bodoh. Tu je yang aku mampu terangkan.

Ayah tak bg nafkah keluarga. Semua perbelanjaan rumah mak yang tanggung. Belanja sekolah yuran universiti adik semua mak tanggung.

Termasuk lah makan pakai dia. Dahlah tanggung dia, ayah selalu mengeluh makan tak sedap. Time ni aku bengang jugaklah.

Kami semua keluar kerja pagi balik petang. Dia duduk rumah. Kami balik, kami kena sediakan makan. Bodoh.

Pernah sekali kami adik beradik tegur ayah. Tegur pasal sikap, nafkah, semualah. Tu pertama kali ayah baran kat kami.

Punya banyak masalah kaum lelaki tak bertanggungjawab tunggang agama kat Malaysia ni, dia nak jugak cerita pasal sunat kahwin empat, bidadari syurga, syurga bawah tapak kaki suami. Bodoh.

Bila aku duduk rumah, kantoi jugak lah ayah selalu nak pukul mak. Tapi selalu tak dapat sebab aku ada.

Ada sekali ayah tak tahu aku dah balik, kemain sakit sakit tu laju pergi ke mak, nak pukul mak. Dia perasan aku ada.

Terus dia tak jadi and tengking mak kata mak kurang ajar. Bodoh.

Jadi aku terfikir, masa aku takde kat rumah, mcm mana mak hidup. Mungkin sebab dulu aku sekejap sekejap ada kat rumah,

Ayah, rumah pun takde. Kereta pun hutang lagi. And banyak kali nak kena tarik dah. Bila mak kata gitu, ayah terus terdiam.

Baru sedar, dia mana ada tempat nak pergi. Tak perasan selama ni duduk rumah orang free je. Bodoh.

Satu yang aku perasan. Family ayah pun masalah jugak. Letak perempuan mcm hamba. Selalu salahkan mak kalau rumah bersepah, anak comot, dapur tak berasap.

Selalu pandang rendah kat mak sebab mak cikgu. Padahal takat jadi askar je bukannya gah sangat pun. Padahal takat kerja kampung je tak sedar diri.

Dia tak tahu, mak ni lah yang tanggung darah daging dia. Padahal anak perempuan family ayah semua tak bekerja.

Aku tahu mak tak salah. Sebab mak tanggung sorang selama ni. Kalau aku jadi mak pun, aku akan buat apa yang mak buat. Lelaki bodoh dia tak fikir apa yang dia buat dulu. Dia nampak yang sekarang je.

Lelaki bodoh je yang ambil anak perempuan orang buat hamba. Lelaki bodoh je yang kahwin untuk dia senang.

Lelaki bodoh je pandai buat anak tapi tak pandai jaga. Lelaki bodoh tu ayah aku. Lelaki bodoh patut pupus kat dunia ni.

And sebab ayah, aku tak nak kahwin sampai sekarang. Aku takut, apa yang ayah buat kat anak orang, orang buat benda sama kat anak ayah.

Sumber : ekisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *