Hiburan

“Macam murid baca dialog” Ain Edruce Buat PaidReview, Tapi Gelagat Suami Pula Jadi Perhatian

Selebriti berbakat sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara bernama Ain Edruce ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat ‘gil4-gil4nya’.

Kerap berkongsikan kisah kehidupannya menerusi sosial media dan Youtube, peminatnya ramai yang tahu akan perangai ‘masuk air’ selebriti wanita ini.

Tapi rata-ratanya tertumpu kepada suaminya iaitu Amirul Hafiz. Dah banyak kali Amirul meraih perhatian ramai, kali ini satu lagi video terbaru Ain Edruce yang dikongsikan telah mencvri tumpuan peminatnya.

Berdasarkan video yang dimuatnaik menerusi Tiktok ainedruce91, kelihatan Ain dan suami melakukan satu ‘paid review’.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah gelagat Amirul yang kelihatan banyak berdialog dan mengikut skrip yang betul, berbeza dengan kebiasaan dimana selalunya suami kepada Ain ini seakan kekok untuk merekod apa-apa video.

Mirul ni pelik betol sekarang. Asyik nak ikot je kesana ke sini. nak melekat je. Kita cuba cuba jadi ayu pon dia terkejut. ain tengok ramai kawan selebriti sedut #jellyajaibviral ni. sebab tu ain nak try jugak. memang best betol.. sebab benda ni lah kot mirul asyik berkepit dgn Ain. Tp memang best lah. ain tak nak citer banyak korang tengok sendiri kat @Syarifahkhyra. Sedut jelly ni tauu, sbb kita nak cantik dari dalam. ,” tulis Ain di ruangan kapsyen.

Video:

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Zack (@lawak_laah)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 377.7k tontonan, 26.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Ain Edruce dan Amirul Hafiz.

Untuk rekod, Ain berkahwin dengan Amirul Hafiz, pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata, Soraya.

Pelbagai Komen Yang Diberikan Seperti:

yunkss: naik bulu roma tngk mirul blkon.

isra: dah macam murid kena baca dialog dalam buku teks.

Arefundy: Wow mirul ade dialog dh.

NrlZ: amirul payment berapa kali ni? sbb ada dialog woi.

ain nur. fayyadh: mirul ok x tu reaction cam terpaksa je.

صفيرة | Sufairah: blink twice if you need help mirul.

Queen.yaa: Walaupun ikut skrip aku tetap nk tergelak tgk mirul ni.

natasharashdan: Itu kelip mata ke minta bantuan Mirul?

Azika Amanda: alamakk. mata kelip kelip tu, minta bantuann agaknya.

Radika.: hahahaha terhibur ak.

Anna: Muka mirul ya selamba jak.

Putewii: Banyak kali tu mirul kelip mata. hati hati semua minta bantuan untuk mirul ya.

é : penat aihh baca komen.

amalina: uyooo first time mirul datang rehearsal.

Kieera Rahim: Hahahah mcm mana lh masa bercinta diorng ni.

: macam baca dialog buku teks bm, Hahaha.

Alsha: bagus mirul hafal skrip.

Sumber : keramatviral / ainedruce91

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *