Hiburan

“Masih ingat pelakon Niezam Zaidi?” Tak sangka ini yang berlaku selepas keluar dari penj4ra

Pelakon Niezam Zaidi akui detik hitam yang pernah melanda hidupnya sebelum ini nyata memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.

Menurut Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Niezam Mohd Zaidi, mentalnya itu dikatakan sedkit terganggu lebih-lebih lagi membaca komen-komen negatif terhadap dirinya di media sosial.

“Kalau saya bukan Islam, mungkin saya dah gila atau bunuh diri. Saya minta maaf kerana berkata sebegini. Banyak perkara yang telah berlaku pada saya. Mungkin orang lain lihat ia kenangan pahit, tapi bagi saya pahit itu adalah ubat.

“Isu kesihatan mental ini janganlah kita ambil mudah. Mungkin kita nampak orang lain tu luarannya okay tapi sebenarnya tidak. Sosial media kita punyai notifikasi dan kita boleh lihat komen-komen daripada netizen sama ada membina atau mengecam.

“Walaupun dengan membaca, tapi komen-komen sedemikian sebenarnya boleh mengganggu mental juga.

Saya kena berhadapan dengan situasi sedemikian dan kerana itu saya berhijrah pulang ke kampung,” katanya kepada MH.

Niezam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra tonton super telemovie yang berjudul Kan Cheong di Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Katanya lagi, disebabkan hal sedemikian, dia memutuskan untuk pulang ke kampung untuk mencari ketenangan dan melebihkan masa bersama keluarga.

“Saya ingin lupakan detik hitam tersebut. Kini, saya lebih kepada mencari ketenangan melalui agama dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Masa senang memang kawan kita ramai, bila susah, keluarga juga yang datang dulu. Masa insiden di Kuala Kangsar, papa saya yang datang. Umur dah 60 lebih datang untuk selesaikan masalah saya.

“Mak saya pula sekarang tengah sakit tiga serangkai dan papa pun dah tua. Kita pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Selagi boleh berjasa, kita buat,” kongsinya lagi.

Nizam yang tidak dapat menahan sebak memberitahu, kekuatan yang diperolehnya ketika ini datang daripada semangat para peminat yang tidak henti-henti menyatakan sokongan terhadap dirinya.

“Orang ramai juga banyak bagi semangat pada saya. Kalau ikutkan, saya memang tak kuat nak hadapi semua ini. Komen-komen membina ini membuatkan saya menjadi tambah bersemangat dan Allah yang menjadikan saya kuat.

“Sejujurnya saya memang dah putus asa dengan kerjaya seni tapi apa yang papa saya katakan, telah mengubah persepsi saya.

“Papa ingatkan saya, kenapa saya masuk di dalam industri ini. Saya masuk untuk beri kesenangan pada keluarga.

“Jadi, saya pilih untuk bangkit. Mulanya saya ingat nama saya dah disenaraihitamkan tapi sebenarnya tidak. Banyak stesen tv yang hubungi saya untuk tawaran berlakon,” ujarnya lagi.

Lihat video:

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Niezam bin Mohd Zaidi. Menggunakan nama komersial, Niezam Zaidi.

2. Kelahiran Ipoh, Perak pada 26 Oktober 1992. Dibesarkan di Kampung Seri Manjoi.

3. Berumur 27 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

6. Merupakan seorang pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

7. Bakatnya dicungkil oleh penerbit filem, David Teo, yang memperkenalkannya sebagai antara muka baharu Metrowealth Pictures seangkatan dengan Wawa Zainal, Shima Anuar, Mikail Andre dan Adibah Yunus.

8. Antara drama dibintanginya seperti Bini-Bini Perkasa, Diandra, Mencintaimu, Ainur Mardhiyah dan Gempur Wira.

9. Termasuk telefilem Misteri Bulan Madu, Last Kopek, Bedah Motor, Menantuku Rock, Saka Zain Jusoh dan banyak lagi.

10. Penglibatannya di layar lebar antaranya menerusi filem Adnan Sempit 3, Longkai, Highland Tower, Jalan Puncak Alam, Mat Moto, Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Kawanku Mati Dalam Rumah Sewa.

11. Laman sosial Instagramnya, @niezamzaidi sehingga kini sudah mencecah lebih 310,000 pengikut.

Fakta Menarik

Kemunculan pertama di layar kaca menerusi drama Diari Platun, manakala pembabitan sulung di layar perak menerusi filem Budak Pailang yang diterajui Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Penglibatan beliau di layar perak kebanyakannya menerusi filem-filem keluaran Metrowealth.

Meninggalkan Metrowealth pada Mac 2015 kerana ingin meneroka lebih banyak peluang kerja bersama produksi lain.

Menerima pencalonan dalam kategori Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster ke-2 (2013) menerusi filem Budak Pailang, namun gagal meraih kemenangan.

Juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Sumber : boom.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *