Semasa

Mengejvtkan Bila Jabatan Ukur Sendiri yg SAHkan, Rupanya Nilai 3 Berada di Negeri Ini

Selepas kontroversi selebriti popular, Neelofa dan suaminya Haris Ismail yang tidak didakwa atas kesalahan merentas negeri ke Nilai 3, warganet mula menyindir dan berbincang mengenai kedudukan lokasi tersebut.

Terbaru, menerusi laporan Utusan Online, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mengesahkan Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook rasmi, agensi tersebut membalas pertanyaan seorang individu mengenai negeri mana yang ‘memiliki’ Nilai 3.

“Salam tuan/puan, Nilai berada dalam Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor,” balas agensi berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai Supritendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan merentas negeri telah dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara.

Terdahulu, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas dakwaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sebuah kedai karpet di Nilai, awal bulan ini.

Mengikut pertuduhan, Haris gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam manakala Neelofa berdepan satu pertuduhan iaitu tidak membuat imbasan MySejahtera.

Sumber: Utusan Online (Amree Ahmad) , Facebook JUPEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *