Semasa

Saya bukan tak redha. Cuma terkiIan kenapa budak budak tu kunci mulut dan berkvrung dalam rumah masing masing

Bapa kepada kanak-kanak yang ditemui ma ti Iemas di Sungai Plentong di sini mahu s!asatan terperinci dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang berlaku terhadap anaknya.

Muhammad Salleh Abdullah, 51, berkata, dia dan keluarga bagaimanapun redha dengan apa yang berlaku terhadap anak keempat lapan beradik, Rizat, 9.

“Selepas isteri beritahu Rizat tak pulang lagi selepas keluar bermain bersama rakan-rakan pada Jumaat lalu, saya dan sekeluarga terus mencarinya termasuk pergi ke rumah rakan sepermainannya bertanyakan di mana Rizat.

“Namun perkara pelik berlaku apabila kedua-duanya mereka enggan bekerjasama dan memberitahu dengan lanjut di mana Rizat berada sebaliknya bertindak mengunci pintu kediaman masing-masing sehingga ke hari ini,”katanya ketika ditemui Kosmo! di Flat Daisi, Plentong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Salleh berkata, Rizat merupakan seorang budak yang sangat aktif selain jenis yang tidak melekat duduk di rumah.

Tambah Muhammad Salleh lagi, t!ndakannya itu bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya hanya mahu mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku sehingga anaknya lemas di sungai berkenaan.

“Rizat tidak pandai berenang, jadi saya cuma mahu tahu apa yang berlaku, adakah dia terj4tuh sendiri atau ada sebab-sebab lain sehingga perkara bvruk menimpanya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Salleh memaklumkan sebelum m4yat anaknya ditemui, dia terlebih dahulu telah pergi ke sungai tersebut kerana terasa seperti ‘dipanggil’ untuk ke lokasi berkenaan.

“Pagi tadi, dalam pukul 8 pagi saya pergi ke sungai itu dan dalam hati seperti berkata ‘Rizat ada dekat sini’. Saya kemudian pulang ke rumah sebelum tidak lama mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan yang memberitahu Rizat sudah ditemui dan benar, di lokasi saya kunjungi pagi tadi,” ujarnya lanjut.

Terdahulu, Ketua PoIis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak dilaporkan berkata, m4yat kanak-kanak itu ditemukan pada pukul 11.30 pagi oleh seorang awam.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *