Hiburan

“Saya tak pernah chat atau kirim mesej langsung” Selain Telah Berbincang Dengan Aliff Aziz, Rupanya Ini Tindakan Bella Astillah

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 28, mengakui dia tidak memilih watak untuk dilakonkan, namun akan meneliti banyak perkara termasuk berbincang dulu dengan suaminya juga penyanyi serta pelakon,

Aliff Aziz. Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, berkata, sebagai isteri orang, semestinya dia perlu berfikir dan meneliti dengan baik setiap tawaran watak diterima sebelum memberikan persetujuan.

“Saya memang tak memilih dari segi tawaran watak diberikan kerana masih dalam proses belajar. Tapi, asalkan watak itu tidak keterlaluan, okeylah. Sebabnya, anak-anak saya pun menonton TV dan tak mahu mereka tengok yang bukan-bukan.

“Saya tak cuba menunjuk diri baik. Cuma, saya kena fikirkan banyak pihak yang perlu dijaga terutama hati keluarga.

Tapi, Aliff selalu ada membantu kerana dia juga sentiasa berada di set penggambaran menemani saya,” katanya ditemui pada acara sidang media secara virtual, semalam.

Bella yang kini muncul dengan drama terbaharu, Aku Tanpa Cintamu di slot Samarinda TV3, melakonkan watak Nuha, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, namun setiap gerak-gerinya dikawal oleh suami, Adam, lakonan Zamarul Hisham.

Mengulas watak Nuha itu, Bella berkata ia watak yang agak berat dan kali pertama dilakonkannya.

Ujarnya, dia sangat gementar membawakan watak itu, namun berusaha mencabar diri untuk membuat terbaik.”Saya banyak berbincang dengan abang Zamarul dan pengarah, Emi Suffian untuk melakonkan babak dalam drama ini kerana kami menjaga batas dan cuba mengelakkan daripada bersentuhan.

“Saya juga kalau ada apa-apa yang nak tanya atau pesan kepada abang Zamarul, pasti akan kirim mesej kepada isterinya, kak Diana kerana lebih selesa.

Saya tak pernah ‘chat’ atau kirim mesej langsung dengan abang Zamarul,” katanya lagi. Bella berkata, dia malu dan berasa kurang manis sekiranya menghubungi atau mengirim mesej langsung kepada suami orang walaupun atas urusan kerja.

Katanya, dia memang akan mencari Diana dulu kerana itu lebih baik dan profesional.

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *