Hiburan

“Sudah setahun tidak tinggal serumah dengan suami..” EIizabeth Tan akhirnya dedh cerita sebenar

Walaupun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan masih belum tinggal sebumbung dengan suaminya, Dr Siew Jim.

Elizabeth yang mesra disapa Lizzy berkata, sehingga hari ini mereka masih tinggal bersama ibu masing-masing dan hanya bertemu pada waktu cuti.

“Dia datang bertemu saya sekali atau dua kali seminggu. Kami anggap hubungan kami seperti sedang melayari fasa percintaan dan tak sangka ia lebih menarik sebab ada ruang untuk kami

saling merindui satu sama lain. “Pada mulanya saya tak okey dengan keputusan ini sebab kalau kahwin mestilah kena tinggal sebumbung, tapi kami tak nak biarkan emak kami tinggal seorang diri di rumah.

“Lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan lebih menyukai cara ini apabila kami dapat menjaga ibu masing-masing memandangkan ibu saya dan ibu mentua tidak mahu tinggal bersama,” katanya.

Menurut Lizzy, dia dan suami akan mempertimbangkan untuk tinggal bersama jika dikurniakan anak.

Katanya, dia kini sudah bersedia menimang cahaya mata pertama dan merancang untuk hamil pada Oktober depan.

“Kalau sudah ada anak baru kami akan mempertimbangkannya. Takkanlah saya nak jaga anak seorang diri. Sebenarnya, saya mengambil ubat perancang kehamilan selama dua tahun.

Saya mengambilnya selepas selesai penggambaran filem Abang Long Fadil 3.

“Namun, saya cuba nak hamil, sekitar hujung tahun ini. Jika diikutkan, saya sudah merancang kehamilan, Julai lalu tetapi banyak pula ‘job’ (tawaran pekerjaan) masuk. Jadi terpaksalah dianjak ke bulan seterusnya.

Namun, disebabkan jadual kerja semakin padat, rancangan cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sekali lagi sehingga Oktober,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lizzy bakal muncul sebagai watak utama menerusi filem Abang Long Fadil 3. Diarahkan oleh Syafiq Yusuf, filem terbabit turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.

Lizzy juga diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu runut bunyi bagi filem itu berjudul Payung yang turut menampilkan Zizan sebagai pelakon utama.

Elizabeth Tan Mahu Anak, Suami Belum Bersedia

Selepas setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Elizabeth Tan bersedia untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

Ketika ditemui OhBulan!, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 29, menyatakan dia ingin mempunyai anak secepat mungkin namun suaminya, Siew Jim masih belum bersedia kerana kesibukan jadual kerja.

Bagaimanapun, pasangan ini sepakat untuk berusaha mendapatkan zuriat pada penghujung tahun ini.

Sebenarnya, saya mengambil ubat perancang kehamilan selama dua tahun. Saya mengambilnya selepas selesai penggambaran filem Abang Long Fadil 3.

Saya rancang untuk cuba hamil pada Julai. Tapi, banyak pula tawaran kerja yang masuk. Jadi saya anjak ke bulan seterusnya iaitu Ogos.

Namun, disebabkan jadual kerja makin padat, rancangan untuk cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sehingga ke bulan Oktober.

Lizzy ditemui ketika majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 3 yang diadakan di The Grounds Kuala Lumpur, pada Selasa.

Tambah pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei, doktor juga menyaran untuk dirinya hamil sebelum umur memasuki 35 tahun.

Sebagai seorang wanita, kita ada biological clock dan tahun depan saya sudah berusia 30 tahun. Doktor pun nasihat supaya hamil sebelum usia 35 tahun bagi mengelakkan bayi mengalami autism.

Justeru, kita akan cuba ke arah itu (hamil) pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Knock Knock akui sukar untuk memutuskan sama ada ingin bergelar ibu ataupun tidak.

Susah sebenarnya untuk memutuskan sama ada ingin mendapatkan anak atau tidak. Saya tahu yang saya perlu mengorbankan sebahagian besar karier jika bergelar ibu.

Lepas jadi mak, watak-watak yang ditawarkan mungkin dah lain.. Beza sedikit atau mungkin akan kurang. Saya ambil masa setahun untuk bersedia dari segi mental.

Selain Lizzy, filem Abang Long Fadil 3 turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Shuib, Kazar, Datuk AC Mizal, Joey Daud, Khir Rahman, Jay Iswazir, Daniella Sha dan Siraj.

Filem Abang Long Fadil 3 bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei bermula 8 September 2022.

Sumber : metr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *