Hiburan

Suka dekat laki orng sebab selalu sangat makan kat kedai gadis ni. Selamba je gadis ni boleh sailang laki orang. Tergamam lepas kahwin ni yang jadi dekat laki tu

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Asalamualaikum .. semasa saya berumur 24 tahun, saya jenis yang ramah dan suka bergaul, saya juga akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yang saya mahu.

Saya juga serius cantik, putih gebu, tinggi ala2 model, dan ramai lelaki yang ingin mendekati saya, dengan berbekalkan plajaran dan segulung degre yang saya ada.

Saya ditawarkan bekerja sebagai pegawai kerajaan, Alhamdulillah juga, bisnes restoran saya semakin maju.

Saya mampu mengupah beberapa orang pekerja untuk membantu saya kerana saya juga sibuk bekerja,, Kisah bermula apabila saya bercuti kerja selama sebulan.

Saya mengabiskan masa yang ada untuk restoran saya, saya melayan pelangan saya, beramah mesra dengan mereka,, ada sepasang keluarga yang menjadi pelangan tetap saya.

Setiap malam seminggu mesti mereka datang ke sini, saya suka tengok pasangan bahagia ini, suami,isteri dan seorang anak mereka yang sangat comel dan isterinya tunggu hari untuk melahirkan anak.

Saya bawa mereka berbual2, rupanya suaminya dari negeri borneo, isterinya pula dari selatan, setiap kali mereka dtg, setiap kali kami berbual,

lama2 kami seperti sahabat, masa birthday saya, mereka turut hadir kerana saya menjemput mereka.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat, saya sering kerumah mereka dan mereka juga sering bertemu dan melepak dengan saya….

Ya saya tahu, saya dah mula jatuh cinta pada suami dia, sebab saya tengok suaminya sangat bertangungjawab, selalu hadiahkan isteri, pegang tangan isteri, tolong isteri buat kerja, jaga anak.

Yang pasti lelaki ini cukup sempurna di mata saya, saya mula mengoda dia, tapi dia menolak saya. Saya lebih banyak kelebihan dari isteri dia,

isteri dia tua dari saya, bertudung labuh macam nenek nenek, suri rumah pula. Sedangkan saya, seribu kali lebih baik, saya bekerjaya, saya ada kereta,ada rumah dan penampilan saya sgt menarik.

Saya minta maaf kat suami dia, saya bg tahu pdnya yang saya tidak mengodanya lagi, tapi dengan satu syarat kami mesti bersahabat macam biasa..

namun dalam hati saya bertekad, saya tetap akan dapatkan dia dengan cara apa sekalipun.

Dalam diam Saya mula mendekati lebih mendalam pada isterinya, saya nak tahu apa yang suaminya suka, apa yang dia tak suka, perkara wajib bagi saya adalah berjumpa mereka.

Saya juga menawarkan isterinya bekerja dengan saya. Saya bagi gaji yang cukup besar.. tapi suaminya tidak setuju isterinya bekerja.

Walau apa cara sekali pun suaminya tetap setia dengan isterinya, saya sangup jadi isteri kedua, tp suaminya langsung tidak berminat pada saya, sampai satu tahap saya jumpa bomh.

Saya nak bmoh tu buat sampai dia bersjud ke pangkuan saya, bila mereka datang ke sini, saya yang layan, air yang mereka order saya yang buat..

dalam air suaminya, saya meletakkan cairan merah saya yang telah dibuat oleh bmoh.

Alhamdulillah Lama kelamaan, suaminya mula terkejar2 saya, terbaik lah bmoh yang saya jumpa ni, sekarang dia mula2 mendekati saya, semakin mereka dtg kesini.

Semakin saya letakkan banda kotor saya ke dalam minumannya.. akhirnya di sujud di kaki saya, dia sendiri dtg bertemu saya, peluk cium saya, katanya dia tak boleh lupakan saya, sayang saya sangat2.

Saya beritahu kepada dia, kalau sayang saya, kawinlah dengan saya, saya terima jika menjadi isteri kedua.

Namun isterinya menolak, isterinya memarahi saya, katanya saya perosak rumah tangga, perampas dan perempuan murahan.

Saya tak rampas laki dia, saya cuma nak menumpang kasih, isterinya malukan saya, aibkan saya.. akhirnya saya suruh dia memilih, saya atau iserinya.

Alhamdulillah dia memilih saya… Selepas saja siap urus kes perpisahan mereka,

kami terus kawin, masa tu dia tak cukup duit, demi sayang dan cinta pada dia, saya keluarha duit untuk berkahwin.

Akhirnya dia jadi hak milik saya, selepas kami kawin, perempuan tu melahirkan anak, dia suruh suami melawat,

tp saya menghalang suami dan suami menurut semua kata saya. Dan akhirnya saya mengandung,

Alhamdulilah, tapi kebahagiaan kami hanya sementara, suami saya di sah kan sakit tahap 4.

Saya buntu tak tahu nak buat apa, dokor cakap nyawa suami hanya tingal 1 tahun, kenapa Allah beri ujian ini? Saya tak nak kehilangan suami saya, dia hak milik saya..

selama suami sakit, saya stop beri dia makan benda kotor saya, tapi kalau saya berhentikan, suami saya akan tercari cari isterinya.. jadi saya terpaksa berikan.. perempuan tu ada dtg melawat.

Tp saya tak beri dia jumpa suami saya.. dan saya terpaksa beri uabat tu pada suami walaupun dia sakit.. saya tak mahu cinta pada saya beralih arah.

Saya sayngkan keluarga saya, dan saya bakal melahirkan anak. Doakan kami.. doakan agar suami saya cepat sembuh.. terima kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://transformasi.pw/2020/12/14/minat-ko-dia/

Hantaran Sampai RM15 Ribu Tapi Satu Kerja Rumah Langsung Tak Tahu Nak Buat. Suami Dia Langsung Tak Marah Tapi Dia Ambil Satu Inisiatif Ini Yang Membuatkan Ramai Orang Terpegun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca serta thanks buat admin. Perkenalkan diri nama saya Zarul (Bukan Nama Sebenar). Lately zarul perasan hantaran jadi hot topic. Let me share my experience. Zarul dah kahwin almost 5 years. Kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan tempat sama dan sama-sama suka.

Jadi lepas grad dapat kerja tetap terus kawin. Wife zarul ni memang cantik dan sejuk mata memandang. korang tahu berapa hantaran kahwin zarul dengan isteri ? RM15K serba satu. Mak ai senak pancrease zarul mula-mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. Tu baru hantaran, belum lagi duit-duit lain nak dirikan masjid ni. Siang malam zarul kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kawin tu. Siang zarul keje dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik-adik lagi.

Zarul anak sulung, bawah adik-adik masih belajar. Seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai zarul sulung, besar oi tanggungjawab zarul. Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu tanggungjawab.

Malam zarul tolong member jual burger dekat area rumah sewa. selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. So dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.

Hampir setahun lebih, zarul dan isteri selamat diijab kabulkan. Happy dia, hanya orang yang dah kawin je faham. So kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. Duduk rumah sendiri, yang zarul beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi. Kira wife zarul ni cuci kaki je masuk rumah. Zarul taknak duduk rumah dengan parents, taknak timbul masalah. Almaklumlah baru-baru kawin ni kan.

Bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri zarul ni, satu keje rumah apa pon dia tak reti buat. Maklum lah dia anak orang berada. Semua bibik sediakan. Aduh! Bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. Balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki.

Masak jangan cakap lah. Memang tak la kan. Zarul sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal-mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat. Zarul balik kampung mengadu kat ibu, tapi zarul yang kena tarbiah balik. Sebab kan sayang wife zarul tu, so zarul ambik inisiatif untuk ajar isteri zarul tu kerja-kerja rumah. Zarul dulu sekolah asrama penuh. So siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemas nya kami orang ni. Haha.

First step, zarul ajak sama-sama wife zarul ni kemas rumah.Ajak taw bukan suruh. So kat sini, wife zarul tu takla rasa macam hamba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri! Lama-kelamaan isteri zarul pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.

Bab masak? Setiap hujung minggu zarul dan wife cuti. So kat sini zarul ajak wife zarul masak. Dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Zarul gigih pasang wifi kat rumah, so biar isteri zarul ni boleh google jer ape yang dia nak masak.

Mula-mula masak memang lah, hangs lah, masin kedaung lah. Tapi lama-lama pergh..! Kalah master chef. So kat sini, bukan alasan tak pandai masak. Tapi rajin or tak Semua ada kat internet tu. Google jer la. Kat sini zarul nak pesan kepada suami-suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik. Dan jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terselindung berjuta hikmah dari-nya.

Lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, nenek korang. Hello..! Ni dah tahun apa dan kau kene lah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja. Jadi kalau wife korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Tu kan kerja korang. Bukan kerja isteri.

Hargai lah isteri korang. Mungkin ada yang kurang mana-mana, manusia takda yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Btw, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami, dan semakin bahagia. Sekarang zarul tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekelan. Next time zarul akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey!

Sumber : apampink

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *