Hiburan

“Terima kasih belanja, semoga dimurahkan rezeki” pakai baju nipis, Nora Danish jadi m4ngsa keadaan

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok yang dimuat naik seorang pengguna video memaparkan pelakon jelita Nora Danish menjadi perhatian ramai.

Menerusi video itu, Nora dilihat memakai baju berwarna putih terdedah bahu sebelah kiri sedang menjalani penggambaran di sebuah rumah namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

Seperti sudah dijangka, mungkin baju yang dipakai Nora itu sedikit jarang dan nipis itu sekaligus mengundang komen berbaur lucah daripada lelaki miang.

Tidak kurang juga, ada segelintir lelaki memberi komen sindiran dengan mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu kerana ‘belanja’.

Nora Danish Dikritik Pakai ‘Romper’, Netizen Dakwa Sengaja Nak Buktikan Badan Kurus?

perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video berada di depan cermin memakai baju putih.

Menerusi video dikongsikan itu, Nora tampil dengan baju putih lengan panjang namun kelihatan belah tepi kiri dan kanan seperti baju renang yang dipadankan dengan seluar berwarna coklat.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa pelakon itu sengaja membuktikan bantuk badannya kini semakin kurus.

Bagaimanapun, di ruangan komen ada netizen bertanyakan adakah pelakon berusia 40 tahun itu memakai ‘rompers’ seperti bayi.

Sementara itu, ada yang menitipkan pesanan buat aktres itu supaya lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar atau video.

Malah, ramai mendoakan agar Nora diberikan hidayah serta dibukakan hati untuk berhijab suatu hari nanti.  Dalam pada itu, ramai yang memuji Nora yang sentiasa kekal cantik dan sukakan penampilan aktres itu.

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *