Hiburan

“Vdeo yang selalu buat Shiub sedih yang teramat” Shuib kongsi momen permintaan arwh Sarah buat ramai sayu

SETAHUN pemergian Allahyarham Siti Sarah turut dirasai oleh bapanya iaitu Raisuddin Hamzah yang mengakui sentiasa mengingati kenangan manis bersama anak perempuannya itu.

Bagi mengubati kerinduan itu, Raisuddin, 66, mengambil keputusan untuk menjaga anak sulung arw4h dan Shuib iaitu Uwais Alqarni, 10.

Memiliki rupa paras seperti Siti Sarah, Raisuddin berkata ia sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu dan mengimbau kembali kenangan bersama arwah semasa kecil.

“Saya menjaga Uwais dan dia sama seperti arw4h Sarah. Uwais selalu tidur dengan saya sejak kecil sehinggalah hari ini. Itulah yang dapat mengubat kerinduan terhadap arw4h.

“Fizikal Uwais terutamanya tangannya sama seperti arwah. Bagaimana sifat manjanya juga saling tidak tumpah seperti ibunya.

“Dalam kesedihan, saya bersyukur ada seorang pengganti yang memiliki sifat sama seperti Sarah,” katanya kepada mStar.

Shuib kongsi rakaman permintaan arwah yang sempat dia tunai

“9.8.2022.Genap setahun sayang pemergian U.Inilah video yg selalu buat i sedih yg teramat.Masa ni pregnant 5 bulan,U nak sgt makan dkt tmpt favourite U,berkali kali call Sbb nak ajak pegi mkn.Bila i pegi amik,buat pulak muka comel ,dgn manja nya skali .Alhamdulillah dpt u mkn kt tmpt yg U nak.Pada suami semua,selagi mana kita boleh tunaikan permintaan org yg kita sayang,cuba lah se habis baik utk memenuhi segala permintaan yg tersayang kerana mgkn itu adalah permintaan yg ter akhir.Terima kasih yg terus mendoakan Siti Sarah,Semoga kita semua diberkati dan di rahmati dunia dan akhirat.Amin.Al Fatihah buat

SITI SARAH BT RAISSUDDIN” tulis Shuib di IG beliau 

Shuib simpan rapi pakaian terakhir Siti Sarah

Hasrat Shuib Sepahtu mengubah suai kediaman yang didiami sejak empat tahun lalu dibatalkan selepas didatangi mimpi isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin seakan tidak bersetuju dengan keputusannya.

Shuib berkata, dia berhasrat mengubah suai kediaman bagi memberi suasana baharu selepas enam bulan pemergian penyanyi lagu Kesetiaan itu akibat pandemlk C0VID-19, tahun lalu.

Malah, kata Shuib, dia juga sudah berbincang dengan pereka dalaman untuk majlis tahlil setahun pemergian arwah isteri yang tercinta itu.

“Namun, saya lupakan hasrat ubah suai kediaman, bulan lalu selepas didatangi mimpi sedih seolah-olah arwh tidak merestui keputusan ini.

“Saya bermimpi masuk ke kediaman baharu dan tercari-cari arwh, namun, beliau tiada. Ketika itu, barulah saya sedar arwh sudah meninggal dunia,” katanya kepada BH Online.

Anggota kumpulan Sepahtu itu berkata, dia masih menyimpan barangan peribadi milik arwah untuk dijadikan kenangan, termasuk baju terakhir dipakai sebelum dibawa ke hospital, setahun lalu.

“Baju terakhir dipakai arwah masih saya simpan dengan elok. Itulah yang menjadi pengubat rindu saya pada arw4h,” katanya.

Shuib bersama bapa mentua Raissuddin Hamzah dan empat cahaya matanya pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya, malam tadi. – NSTP/Saifullizan Tamadi

Shuib bersama bapa mentua Raissuddin Hamzah dan empat cahaya matanya pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya, malam tadi. – NSTP/Saifullizan Tamadi

Shuib berkata, mengenangkan arwah adalah perasaan terlalu mahal harganya.

“Sepanjang 38 tahun hidup, belum pernah saya mengingati sesuatu, setiap hari seperti saya mengingati arwah yang menjadi korban COVID-19 pada 9 Ogos, tahun lalu.

“Saya tak tahu bagaimana nak menterjemahkan perasaan ini. Sudah tentu, saya masih sedih atas kehilangan arw4h, lebih lagi, apabila tiba tarikh penting seperti hari ini.

“Perasaan kehilangan kian terasa. Saya sudah banyak kali ulang ayat ini iaitu saya mengingati arwah tanpa gagal, setiap hari. Bagi saya, mengingati arwah adalah perkara sangat manis.

“Saya juga tertanya-tanya apakah semua ini. Dan jarang berlaku pada seseorang, tetapi saya percaya mengingati arwah cukup mahal nilainya,” katanya yang ditemui pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya, malam tadi.

Tambah Shuib lagi, dia tetap merasakan arw4h masih hidup biarpun sudah setahun pemergiannya. Lebih lagi, jika melihat video yang dimuat naik dalam Instagram (IG) arw4h.

Shuib dan Raissuddin Hamzah pada majlis tahlil yang diadakan di kediaman di Puchong, malam tadi. – NSTP/Saifullizan Tamadi

“Contohnya, admin IG memuat naik video arwah memakai telekung, baru-baru ini. Ketika melihatkan video ini, saya sangat terkejut kerana seolah-olah arwah sendiri memuat naik video ini.

“Namun, akhirnya saya tersedar arwah sudah tidak ada, tetapi videonya seolah-olah masih hidup.

“Sebelum ini, arwah selalu merajuk jika saya tidak lihat IG Story. Arwah selalu anggap, saya hanya melihat IG Story orang lain, tetapi tidak tengok IG Story miliknya.

“Namun, kini semua hanya tinggal kenangan,” kata Shuib.

Berkongsi mengenai anak-anak, kata Shuib, emosi empat permata hatinya, Uwais Alqarmi, 11; Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1, masih terkawal.

“Alhamdulillah, anak-anak sihat dan emosi juga terkawal. Semua semakin pandai dan senang dijaga.

“Ayash semakin sihat. Kini, Mama menjaganya di kampung halaman saya di Johor. Selang dua atau tiga minggu, saya akan menghantar orang untuk mengambil Mama dan Ayash.

“Mujurlah teknologi semakin canggih, jadi saya senang berhubung dengan Mama, setiap hari untuk mengetahui keadaan Ayash,” katanya.

“Selamat hari lahir Ayash Affan” – Shuib rai ulang tahun pertama anak bongsu

PEJAM celik, pejam celik 365 hari sudah berlalu.

Selama tempoh itu juga, penyanyi terkenal tanah air, Siti Sarah Raisuddin kembali ke rahmahtullah akibat COVID-19.

Pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 ditangisi ramai kerana pada penghujung hayatnya, Allahyarham sedang sarat h4mil anak keempat hasil perkongsian hidup dengan pelawak dan ahli perniagaan berjaya, Shuib Sepahtu.

Takdir menentukan Siti Sarah dijemput ke negeri abadi meninggalkan cahaya mata keempat sebagai meneruskan kasih dan sayang selebriti yang sangat disayangi ramai itu.

Ayash Affan dilahirkan secara pembedahan dua hari sebelum ibunya menutup usia.

Tiga hari lalu, Ayash Affan yang genap usianya setahun dikelilingi oleh ayah, adik-beradik, kaum keluarga serta rakan-rakan yang meraikan kehadirannya dengan penuh kasih sayang.

Semua itu terpancar pada perkongsian yang dibuat oleh Shuib menerusi media sosial terutamanya pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya.

Kata Shuib perkongsian di akaun media sosialnya itu merupakan kenangan berharga buat dirinya.

Ayash Affan genap setahun usianya pada 6 Ogos lalu.

“Simpan buat kenangan, hari lahir Ayash Affan yang pertama, 06.08.2022”, tulis Shuib ringkas pada kapsyen.

Dalam perkongsian sama, Ayash menerima dua biji kek sebelum dinyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday oleh Shuib dan keluarganya.

Sambutan sederhana namun cukup bermakna itu turut dihadiri ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani dan bapa mertuanya, Raisuddin Hamzah.

Perkongsian Shuib juga mendapat maklum balas daripada ramai selebriti yang menitipkan doa buat Ayash.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima hampir satu juta tontonan dan 130,000 tanda suka.

Selain Ayash, perkahwinan Shuib dan Sarah turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, 11, Dzahira Talita, 9 dan Ariq Matin, 7.

Sumber : ge mpak / limauasamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *