Dunia

Vide0 : Elok Photoshoot Dgn Istri Sekali Suaml Terlepas Cakap Nak Buat Gaya Akad Nikah. Menyirap Terus Istri

Zaman sekarang, media sosial telah menjadi tempat untuk orang menonjolkan bakat seperti content menarik tidak mengira usia

Jadi tidak hairanlah jika seseorang itu boleh menjadi famous oleh kerana content menarik mereka yang telah berjaya meraih tumpuan ramai.

Sama seperti Instafamous popular Norreen yang terkenal dengan video-video lawak dan ‘masuk air’ di laman TikTok miliknya.

Baru-baru ini, dia memuat naik satu video mengenai bagaimana di sebalik tabir dia menjadi photographer buat si suami yang menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Video Player

 

Isteri gigih jadi photographer suami untuk model baju Melayu

Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri sedang melakukan photoshoot bersama suaminya untuk mempromosikan design baju Melayu.

Cara si isteri mengarah suaminya melakukan pelbagai gaya semasa sesi tersebut ternyata sangat menghiburkan. Malah, dia juga menyuruh si suami agar melakukan gaya Islamik sambil sedang berpura-pura solat.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si suami dengan tidak sengaja terlepas cakap untuk melakukan gaya akad nikah membuatkan si isteri bertanya adakah dia berhajat untuk berkahwin lagi.

Dia juga siap memberi amaran kepada suaminya untuk jangan pernah berani melakukan perkara tersebut. Lawak betul!

“Berapa kali tengok ulang gelak, adoi tang akad nikah tu tak tahan gelak” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan Norreen seorang yang sangat tegas sehingga si suami takut untuk berlawan dengannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 155.7K likes dan 4,284 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.
Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

Sumber : Says / kisahnyata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *