Keluarga

Vide0 : lbu Buntu Dua Ank Derita Disihir, Dirasuk Panjat Dinding Sampai Kena lkat

Seorang ibu melalui dugaan terbesar dalam hidup apabila dua orang anaknya, Aliya Mysara (Adik) dan Azri Daniel (Acik) dipercayai terkena ‘buatan’ individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Rozita Ramli memuat naik kisah mengenai anak-anaknya yang menderita hampir separuh nyawa sekali gus memohon doa orang ramai agar dua beradik tersebut diberikan kesembuhan.

RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Difahamkan, anaknya Aliya berkelakuan pelik dan bertindak di luar jangkaan seperti merangkak dan memanjat dinding rumah selain ‘meracau’ akibat dirasuk dalam kejadian dipercayai di rumah mereka di Kota Bharu, Kelantan.

“Ya Allah hantarkanlah hambamu yang boleh membantu keluargaku yang dalam kesusahan..kerana aku tak mampu lagi untuk menerima segala ujian darimu 1 demi 1 ujian yang aku telah terima.

“Sama2 pakat bantu Kak Gee mencari seorang ustaz yang mampu pulihkan Alya,” tulis Rozita yang mesra dipanggil Kak Gee.

Manakala bagi Azri pula selain disihir, difahamkan remaja berusia 17 tahun itu turut mengalami masalah buah pinggang kronik dan memerlukan rawatan rapi di sebuah hospital yang dijaga oleh bapanya.

“Doktor pun hairan dgn keadaan Azri, suruh buat perubatan Islam sebab pelik sangat. Sekarang duit pun diperlukan dan bantuan prubatan batin pun diperlukan …

“Kos perubatan hospital pun tinggi sgt perlukan duit nak kerja pun tak boleh,” kata Rozita.
Menurut Rozita, kejadian tersebut adalah ‘realiti’ dan percaya bahawa ia angkara khianat oleh individu tertentu yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu demi melihat orang lain menderita.

Difahamkan juga, anak sulungnya telah meninggal dunia dua tahun lalu didakwa akibat perbuatan sama yang masih ‘menghantui’ ahli keluarganya sehingga kini.

Tolong share supaya sampai kepada rakyat malaysia yg doa utk anak2 gee..terima kasih byk2 utk semua rakyat malaysia yg tsyg .. love u all

Ya Allah slmtkanlah anak ku yg tak bsalah …apa dosa anak2 ku sampai macam ni mereka di uji…aku redha pada mu ya Allah dgn ujian mu ini dapat aku lalui dgn tenang ..dgn nama Allah aku bsyukur di atas kebesaran mu uji keluarga ku …semoga ada sinar utk anak2 ini doa seorg ibu yg di uji …

terima kasih kepada rakyat malaysia yg tak bhenti bdoa utk anak gee … terima kasih sgt2 hanya Allah yg dapat balas jasa rakyat malaysia yg baik hati bantu keluarga gee dgn doa dan bantuan keewangan… sampai mati gee tak akan lupa jasa kamu semua.. kamu semua sgt2 mbantu dlm semua segi Aminnn pada yg sedakah utk anak2 terima kasih sgt2 sebab mmang gee perlukan keewangan utk anak2 sihat ..utk prubatan hospital atau prubatan batin …jgn putus doa utk keluarga gee supaya cepat dapat sinar kebahagian…

biarlah ada insan yg tak faham kita sebab gee sikit pun tak kisah janji anak2 sihat kembali… ibu rela buat segala galanya demi slmtkan anak sebab anak2 nyawa gee … tlg doa semoga gee kuat di sisi keluarga dan adik bradik yg sgt mbantu gee utk kuat terima kasih kakak gee yg sulong ..adik gee ida dan juga adik ipar gee zahar ..angah kak ..along kak dan semua anak2 terima kasih selalu ada di saat gee susah..

sampai mati gee tak akan lupa jasa kamu semua Aminnn gee doa yg selalu ada dgn gee di saat ini di murahkan rezeki dan dipjangkan umur… semoga kita kekal di dunia dan akhirat Aminnn

Sila Lihat Video Di Bawah

Sumber : OhMyMedia, Facebook Gee Geenoswhite Video Tiktok Ros_801

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *