Dunia

Vide0 : Upah Bekas Makwe Suami Jadi MUA, Wajah Pengantin Dihias ‘Tua’ Pada Hari Nikah

Setiap wanita pastinya mahu terlihat cantik di hari perkahwinan mereka.

Jadi, mengupah jurumekap atau MUA ini merupakan salah atu usaha agar nampak menawan pada hari bahagia.

Pemilihan MUA juga biasanya dilakukan atas cadangan orang terdekat ataupun maklum balas yang baik di ruangan media sosial jurumekap tersebut.

Oleh itu, pihak pengantin pastinya berasa yakin untuk menggunakan khidmat MUA berkenaan.

Namun, berbeza dengan seorang pengguna TikTok ini apaabila hasil mekapnya sangat mengecewakan selepas ditatarias oleh MUA yang juga bekas teman wanita suaminya.

Tidak tahu sama ada hasil tangan MUA tersebut disertakan dengan ‘dendam lama’ ataupun memang tidak berkemahiran.

Wajah pengantin berkenaan jauh terlihat lebih berusia daripada wajah asalnya yang cantik tanpa sebarang solekan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

               

Namun, ada juga yang tetap merasakan mekap di wajahnya masih lagi terlihat cantik.

Tetapi cuma di bahagian kening sahaja agak menonjol sehingga menjadikan wajah sedikit berusia berbanding wajah asal.

Sehubungan dengan itu, di ruangan komen rata -rata warganet menitipkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa wanita tersebut di hari bahagianya.

Balas dendam mungkin

Dah tau MUA tu bekas gf suami buat apa booking

   

Klik untuk videonya..

Sumber : dear.anya / Gstv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *